Khamis, 24 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Dolomite Properties dakwa belum dimaklumkan tentang pembatalan projek kondo

Posted: 24 Jan 2013 02:47 AM PST

Gambar fail Ronnie Liu bersama penyokong Pakatan Rakyat menunjukkan pelan diluluskan untuk kondominium dibina Dolomite Properties.

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Pemaju kondominium kontroversi Dolomite Properties Sdn Bhd mengesahkan belum dimaklumkan tentang pengumuman hari ini mengenai pembatalan projek di Batu Caves oleh kerajaan negeri Selangor.

Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) supaya memaklumkan pembatalan projek tersebut kepada pemaju.

"Saya tidak tahu mengenai perkara tersebut.

"Kerajaan negeri Selangor belum maklumkan apa-apa kepada kami," kata Sucha Singh, pengurus yang bertanggungjawab mengendalikan projek Dolomite ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, ahli mesyuarat negeri (Exco) yang dihubungi juga mengesahkan pihak mereka belum memaklumkan perkara tersebut kepada pemaju tetapi langkah seterusnya yang akan diambil ialah mengadakan perbincangan dengan pemaju tentang pampasan.

"Kenyataan itu dibuat hari ini, kerajaan negeri belum memaklumkan lagi," kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu.

Sementara itu, seorang lagi exco yang dihubungi, Elizabeth Wong memberitahu The Malaysian Insider perkara melibatkan pampasan dan beberapa perkara berbangkit akan dibincangkan dengan pemaju dalam pertemuan yang bakal diatur kemudiaan.

"Satu lagi perbincangan akan diadakan dengan pemaju pada satu tarikh lain, dimana kami juga perlu bertindak adil.

"Isu utama kami sekarang ialah melibatkan keselamatan orang ramai dan keputusan hari ini menjelaskannya," katanya.

Pada 30 Oktober tahun lalu, kerajaan negeri Selangor memberikan arahan untuk menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves serta melantik badan penyiasat bebas.

Walaubagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada sambutan Deepavali tahun lalu berjanji kerajaan pimpinannya akan membatalkan projek pembinaan kontroversi tersebut berhampiran pusat keagamaan masyarakat Hindu di Batu Caves jika kembali memerintah Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil yang kini memperoleh sokongan daripada pemimpin MIC yang turut sama membantah pembinaan itu.

Malah, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), turut tidak menolak, kemungkinan perpindahan Yang Dipertua Datuk Zainal Abidin Aala ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dalam tempoh 24 jam dipercayai mempunyai kaitan dengan isu tersebut.

Pada 26 Oktober 2012, ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.

Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai demonstrasi tersebut.

Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves itu dianggap sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan kawan tumpuan bagi aktiviti keagamaan masyarakat Hindu dan meliputi sejumlah 170,000 kaum India yang merupakan kumpulan utama pengundi di kawasan bandar Selangor.

Selangor batalkan projek kondo Batu Caves

Posted: 24 Jan 2013 01:44 AM PST

Gambar fail perhimpunan di Batu Caves pada 26 Okt tahun lepas.

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan projek kondominium kontroversi di Batu Caves akan dibatalkan selepas Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan penerangan oleh Jawankuasa Bebas yang mengkaji dan menilai pembangunan dikawasan tersebut.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini telah mengarahkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) supaya memaklumkan perkara tersebut kepada pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd.

"Jawankuasa Bebas bagi mengkaji dan menilai pembangunan di Batu Caves dan kawasan sekitarnya telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada Selasa lalu.

"Selepas mendengar penjelasan itu, saya membuat keputusan supaya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd untuk pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 26 tingkat," kata MB Selangor tersebut.

Menurut Abdul Khalid, keputusan membatalkan tersebut diambil demi keselamatan orang ramai disekeliling serta bagi mengelak kejadian tidak diingini jika projek 26 tingkat kondo tersebut diteruskan.

"Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah membentangkan secara terperinci status pembinaan struktur dan bangunan di Batu Caves serta tahap keselamatannya.

"Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana projek pembangunan yang boleh mengancam keselamatan rakyat," tambah beliau lagi.Pada 30 Oktober tahun lalu, kerajaan negeri Selangor memberikan arahan untuk menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves serta melantik badan penyiasat bebas.

Walaubagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada sambutan Deepavali tahun lalu telah menabur janji dengan mengatakan kerajaan pimpinannya akan membatalkan projek pembinaan kontroversi tersebut berhampiran pusat keagamaan masyarakat Hindu di Batu Caves jika kembali memerintah Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil yang kini memperoleh sokongan daripada pemimpin MIC yang turut sama membantah pembinaan itu.

Malah, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), turut tidak menolak, kemungkinan perpindahan Yang Dipertua Datuk Zainal Abidin Aala ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dalam tempoh 24 jam dipercayai mempunyai kaitan dengan isu tersebut.

Pada 26 Oktober 2012, ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.

Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri S. Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai demonstrasi tersebut.

Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves itu dianggap sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan kawan tumpuan bagi aktiviti keagamaan masyarakat Hindu dan meliputi sejumlah 170,000 kaum India yang merupakan kumpulan utama pengundi di kawasan bandar Selangor.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved