Sabtu, 26 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Keluarga Sugumaran akan berdemonstrasi depan Bukit Aman, tuntut bedah siasat kedua

Posted: 26 Jan 2013 02:38 AM PST

Keluarga Sugumaran akan berdemonstrasi depan Bukit Aman, tuntut bedah siasat kedua

Ahli-ahli protes tentang kematian C Sugumaran. — Gambar oleh Boo Su Lyn

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Keluarga C Sugumaran dan penyokong akan berdemo di hadapan ibu pejabat polis di Bukit Aman pada 29 Januari ini untuk menuntut bedah siasat kedua diadakan selepas pihak polis enggan memberikan kerjasama ke atas tuntutan mereka, kata peguam N Surendran.

Naib presiden PKR itu berkata, beliau sudah menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tetapi tidak menerima balasan.

"Pihak keluarga Sugumaran kecewa tentang perkara ini kerana pihak polis masih menghalang post mortem kedua.

"KPN pula masih enggan membalas surat menuntut post mortem kedua dijalankan," kata Surendran apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

MENYUSUL LAGI

Muhyiddin enggan ulas IPCMC selepas Hisham mendiamkan diri

Posted: 26 Jan 2013 01:58 AM PST

SUNGAI BESAR, 26 Jan — Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mengulas mengenai Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) yang dicadangkan selepas dakwaan polis membunuh seorang pengawal keselamatan.

Timbalan perdana menteri adalah pemimpin tertinggi yang enggan mengulas selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein menolak untuk memberi komen, walaupun Majlis Peguam, badan bukan kerajaan serta parti pembangkang sejak 2006 menyeru agar IPCMC ditubuhkan untuk mengubah institusi polis.

"I'm not gonna answer that (Saya tidak akan jawab soalan itu). Soalan lain," katanya (gambar) pada sidang media hari ini apabila ditanya apakah IPCMC perlu diadakan selepas kematian C.Sugumaran Rabu lalu.

Saksi berkata pada Khamis lalu polis menggari Sugumaran sebelum dikatakan diserang oleh sekumpulan lebih dari 20 orang di rumahnya di Batu 12, Hulu Langat pada Rabu lalu.

Ketua polis daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab mengatakan tidak ada siasatan polis ke atas kematian Sugumaran di mana bedah siasat menunjukkan beliau mati akibat sakit jantung.

Tetapi Hishamuddin menolak kenyataan Abdul Rashid dan mengatakan mungkin ada siasatan berasingan tentang kematian misteri Sugumaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberitahu Parlimen Jun lalu bahawa kerajaan tidak merancang untuk menubuhkan IPCMC.

Kematian Sugumaran dikaitkan dengan kematian yang melibatkan polis seperti kematian Chang Chin, A. Kugan dan R. Gunasegaran pada 2009, serta kematian kanak-kanak Aminulrasyid Amzah pada 2010, serta kematian yang melibatkan polis dalam dua tahun ini.

Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, terdapat 1,500 tahanan mati ketika ditahan pihak berkuasa.

Peguam keluarga Sugumaran N. Surendran dan Latheefa Koya mahu siasatan berasingan untuk pembunuhan.

Peguam dari PKR itu berkata keluarga Sugumaran akan ke ibu pejabat polis Bukit Aman Selasa hadapan bagi menuntut bedah siasat kedua dijalankan.

Polis nafi memukul Sugumaran, dan berkata mereka menggarinya dengan bantuan 10 orang dari orang ramai, selepas Sugumaran didakwa mengamuk dengan sebatang besi.

Polis turut menafikan menaburkan serbuk kunyit ke muka Sugumaran, walaupun di gambar terdapat serbuk kuning di muka lelaki tersebut.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved