Rabu, 30 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


‘Jangan laju bro, kampung tak lari ke mana’ tema kempen keselamatan jalan raya Tahun Baru Cina

Posted: 30 Jan 2013 01:52 AM PST

'Jangan laju bro, kampung tak lari ke mana' tema kempen keselamatan jalan raya Tahun Baru Cina

PETALING JAYA, 30 Jan — Dalam usaha membantu kerajaan menangani kadar kemalangan jalan raya menjelang Tahun Baharu China ini, Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) akan mengedar poster dan pelekat kereta dengan tema 'Jangan Laju Bro.

Kampung tak lari ke mana'. Poster serta pelekat kereta yang mempunyai tema itu akan diedar kepada pengguna di rumah tol semua lebuh raya seluruh negara sepanjang kempen itu yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Yang Dipertua PSKLM Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata tema yang menggunakan bahasa mudah dan ringkas itu dipilih kerana ia lebih dekat di hati dan senang diingat oleh pemandu di negara ini.

"Ia lebih 'catchy' (menarik) tapi dalam masa sama berkemampuan menyampaikan mesej yang besar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Awan Besar, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah LLM Datuk Ismail Md Salleh. Noorizah berkata beberapa selebriti seperti Amber Chia, Nash Lefthanded, Usop Wilcha dan pelakon Zul Ariffin akan menyertai kempen itu dengan menyampaikan nasihat dan panduan pemanduan berhemah kepada pengguna jalan raya.

"Sesi jelajah akan diadakan di R&R Gunung Semanggol, Lebuhraya Utara-Selatan pada 2 Feb untuk membolehkan pihak pengurusan dan selebriti bertemu pengguna bagi mendapatkan respon berhubung kualiti dan tahap perkhidmatan lebuh raya," katanya.

Selain itu, Noorizah yang juga Pengarah Urusan Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad (Plus), berkata 99 peratus kemalangan di lebuh raya negara ini berpunca daripada sikap pemandu yang tidak mengutamakan aspek keselamatan dalam pemanduan.

Antara faktor utama kemalangan ialah memandu dalam keadaan mengantuk dan letih serta memandu melebihi had laju yang ditetapkan, katanya.

Sementara itu, Amber berkata beliau aktif dalam kempen keselamatan jalan raya kerana pernah kehilangan beberapa individu rapat termasuk seorang bapa saudara akibat kemalangan.

"Kematian disebabkan kemalangan lebih sukar untuk dihadapi keluarga berbanding meninggal akibat sakit kerana ia berlaku secara tiba-tiba," katanya.

Penyanyi Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias yang pernah mengalami saat cemas apabila keretanya dilanggar lori pula memberitahu, pemandu kenderaan berat perlu lebih menghormati pengguna jalan raya. — Bernama

Daftar pemilih tak mungkin 100 peratus bersih, kata SPR

Posted: 30 Jan 2013 01:43 AM PST

PUTRAJAYA, 30 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata adalah mustahil untuk daftar pemilih bersih sepenuhnya, walaupun menerima tuntutan untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa tidak ada sebuah negara yang 100 peratus daftar pemilihnya bersih kerana kematian, berpindah atau penarikan kewarganegaraan.

"Kita telah cuba sebaik yang boleh untuk bersihkan daftar pengundi mengikut undang-undang," kata Abdul Aziz kepada pemberita hari ini.

"Jika saya bersihkan daftar pemilih hari ini, esok seseorang (mungkin) mati, ia akan tidak bersih lagi."

Abdul Aziz mengatakan SPR tidak boleh secara undang-undang mengubah daftar pemilih sewenang-wenangnya.

SPR turut menyebut tarikh pilihan raya 2013, dimana perdana menteri Australia Julia Gillard mengumumkan pilihan raya negara itu berlangsung lapan bulan dari sekarang.

"Apa saya boleh katakan tarikh pilihan raya semakin hampir," kata Abdul Aziz lagi.

"Kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain, kita ada cara kita sendiri."

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved