Jumaat, 4 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Selangor haramkan pembangunan tanah Boustead di Bukit Raja

Posted: 04 Jan 2013 02:13 AM PST

Khalid bertegas bahawa kerajaan Selangor tidak meluluskan permohonan untuk pembangunan tanah di Bukit Raja, Klang.

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang pembangunan di tanah yang dijual oleh syarikat Datuk Seri Raja Ropiaah Abdullah kepada Boustead Holdings Bhd (BHB) di Bukit Raja.

"Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan sebarang permohonan untuk pembangunan tanah yang diserahkan oleh Suruhanjaya Tanah Persekutuan di kawasan perindustrian Bukit Raja, Klang," kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.

"Jika ada pembangunan di kawasan ini, ia akan dianggap dilakukan tanpa pengetahuan kerajaan negeri, dan kerajaan negeri tidak mengiktirafnya," tambahnya lagi.

Khalid menegaskan kerajaan negeri hanya membenarkan pembinaan kem latihan tentera di tanah Bukit Raja, dan berkata "perkara itu hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran dari Exco Selangor dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES)."

Anak syarikat BHB membeli 80 peratus saham dalam syarikat peniaga permaidani Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd, sebanyak RM30 juta dan RM130 juta merupakan tanah dari syarikat Raja Ropiaah, Awan Megah Sdn Bhd minggu lepas. BHB dimiliki oleh tabung pelaburan kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Deepak pada Rabu lalu mengatakan beliau mendapat "wang yang sedikit" dari perjanjian tanah tersebut, manakala Raja Ropiaah mendapat bahagian yang banyak.

Beliau menyaman Raja Ropiaah untuk tanah tersebut tahun lalu, tetapi telah menggugurkan saman tersebut.

Tidak diketahui apa yang berlaku kepada projek pembinaan pusat pengajian pertahanan yang sepatutnya dibina oleh syarikat Raja Ropiaah dalam pertukaran tanah di Bukit Raja, Selangor dan RM27 juta.

Majlis pecah tanah Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) dilakukan pada 21 November, 2008 tetapi projek tersebut masih kekal misteri, sehingga diketahui ia berada di tempat letak kereta di Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Tinggi di Presint 1 di Putrajaya.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad semalam berkata beliau tidak mempunyai maklumat tentang projek yang dirancang sejak 1971.

Muhyiddin dakwa PAS memecah-belah umat Islam Malaysia dengan ‘Amanat Hadi’

Posted: 04 Jan 2013 02:05 AM PST

Muhyiddin berkata fatwa yang dibawa bersama Amanat Hadi mempunyai unsur bertentangan dengan prinsip Islam.

CHERAS, 4 Jan — Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh PAS cuba memecah- belahkan umat Islam di negara ini menggunakan agama sambil mendakwa ia bertujuan mewujudkan konflik bagi meraih sokongan kepada parti Islam tersebut.

Timbalan presiden Umno itu berkata masyarakat Melayu-Islam yang terdiri daripada 60 peratus kini berpecah kepada beberapa puak ekoran "fatwa sesat" dikeluarkan oleh PAS yang biasanya membawa mesej anti-Barisan Nasional (BN).

Dengan memanggilnya "penyelewengan", Muhyiddin berkata fatwa yang dibawa ini jelas mempunyai unsur bertentangan dengan prinsip Islam yang menggalakkan perpaduan.

Beliau menambah dengan memberikan contoh ke atas perdebatan berterusan terhadap ucapan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang menyeru kepada kehancuran parti pemerintah Umno dan melabel ahli parti tersebut sebagai kafir.

"Terdapat pihak yang memecahkan kita dengan mengeluarkan banyak jenis fatwa yang bertujuan untuk menyemai kebencian dan mewujudkan konflik antara kita," kata beliau setelah menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mukhsin sini hari ini.

"Kita tahu tentang itu. Tersebar luas di media ... ia mewujudkan banyak pecahan di kalangan kita," kata Muhyiddin.

 "Amanat Haji Hadi" telah mengundang banyak kritikan dan bantahan daripada banyak pengkritik terutamanya parti lawan Umno termasuklah bekas ahli PAS yang menggesa Abdul Hadi menarik balik kata-katanya tersebut demi perpaduan masyarakat Melayu dan Islam.

 Namun, Abdul Hadi menolak tuduhan yang mengatakan beliau berdiam diri kerana takut dan hanya akan menyatakan pendiriannya jika diberi peluang untuk ke udara di kaca televisyen.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempertahankan rakannya tersebut dengan menuduh perkara tersebut sengaja diperbesarkan demi kepentingan politik serta mengatakan musuh mereka cuba mengulang isu lapuk tersebut untuk memburukkan imej pasti Islam tersebut.

"Ingatlah ucapan tersebut dibuat pada tahun 1981," kata Anwar kepada media semalam.

"Beliau harus dibenarkan atau diberi ruang untuk menjelaskan pendiriannya. Kita harus mendengar penjelasan beliau terlebih dahulu, "tambah pemimpin PKR tersebut.

Muhyiddin walaubagaimanapun tetap berkeras bahawa "Amanat Hadi" adalah terang-terangan bertujuan menyemai kebencian terhadap parti pemerintah dan menggesa orang pengundi Melayu-Islam tidak terpengaruh dengan cubaan pembangkang menggunakan agama untuk menarik sokongan.

Beliau menggesa pengundi majoriti dalam negara ini untuk menolak pembangkang yang berniat memecah-belah dan berkata pengundi mesti terus menyokong pentadbiran Najib jika mereka mahu Malaysia menikmati kejayaan yang berterusan. 

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved