Selasa, 8 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Posted: 08 Jan 2013 02:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan penjualan mata wang AS itu, kata seorang peniaga.

Pasaran AS berhati-hati dan menunggu komen daripada pegawai Rizab Persekutuan yang mungkin menerangkan lebih lanjut tentang pemberhentian pelonggaran monetari minggu ini.

Ringgit mungkin mencecah paras 3.0260 dalam jangka masa pendek, kata peniaga itu.

Pada 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.0410/0440 berbanding dolar AS daripada 3.0415/0445 semalam.

Sementara itu, ringgit menyusut berbanding lain-lain mata wang utama. Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.4726/4770 daripada 2.4665/4710 pada Isnin dan susut berbanding yen kepada 3.4778/4816 daripada 3.4645/4691 sebelum ini.

Unit tempatan merosot berbanding pound British kepada 4.8924/8975 daripada 4.8789/8846 pada Isnin dan menyusut berbanding euro kepada 3.9904/9949 daripada 3.9616/9658 semalam. — Bernama

Polis akan kawal perhimpunan 12 Januari, kata Pakatan

Posted: 08 Jan 2013 02:26 AM PST

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, TImbalan Presiden PAS Mohd Sabu dan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali di sidang akhbar tentang perhimpunan. — Gambar oleh Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Polis akan mengawal perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) pada 12 Januari ini dan akan memastikan ianya aman dan menjadi "peristiwa bersejarah", kata penganjur hari ini.

Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata perhimpunan ini akan menjadi "peristiwa bersejarah" di mana mereka belajar dari peristiwa lepas.

"Ditegaskan tadi dalam perjumpaan, IGP (Ketua Polis Negara) berhasrat ini akan menjadi detik bersejarah, untuk belajar dari kelemahan dan kekurangan program-program terdahulu," kata Saifuddin selepas beliau dan penganjur bertemu dengan KPN, Timbalan KPN dan pemimpin tertinggi polis disini.

"Beliau berhasrat untuk memberi servis terbaik untuk memastikan semua hak yang termaktub dalam undang-undang dan Perlembangan dihormati," katanya.

Beliau mengatakan perbincangan selama satu jam di ibu pejabat Bukit Aman sebagai "kondusif", dan berkata perbincangan adalah sekitar perhimpunan dan Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang juga berada dalam sidang media berkata polis memberi kerjasama penuh semasa perbincangan.

"Dan mereka (pihak polis) sendiri akan bersama-sama memastikan himpunan 12 Januari...akan berlangsung dalam keadaan aman dan damai.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved