Rabu, 9 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Selepas 400 tahun ‘Allah’ dalam Bible, CFM mahu teruskan

Posted: 09 Jan 2013 02:53 AM PST

Berdasarkan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, kumpula Christian Federation of Malaysia (CFM) mengesahkan setiap mereka boleh mengamalkan ajaran agama masing-masing. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 9 Jan  — Kumpulan Christian Federation of Malaysia (CFM) berpendirian adalah hak perlembagaan mereka untuk terus menggunakan perkataan "Allah" sebagai rujukan kepada Tuhan mereka dalam Bible berbahasa Melayu sepertimana amalan lebih 400 tahun lalu walaupun Sultan Selangor melarang penggunaan perkataan Arab itu untuk bukan Muslim.

Badan yang mewakili 90 peratus gereja di seluruh negara berkata, Kristian berkata bahasa Arab  "digunakan gereja yang menggunakan Bahasa Melayu, termasuk Orang Asli Kristian, Baba Kristian, Kristian Sabah dan Sarawak, termasuk mereka di Malaysia Timur."

"Berdasarkan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, CFM mengesahkan setiap mereka boleh mengamalkan ajaran agama masing-masing, dan dalam hal ini, gereja bebas menggunakan Al Kitab, dalam semua kegiatan gereja, perjumpaan, dan di rumah," kata Pengerusinya, Bishop Datuk Ng Moon Hing dalam satu kenyataan hari ini.

Perkara itu timbul selepas Majlis Agama Islam Selangor memutuskan bukan Muslim dilarang menggunakan perkataan itu, walaupun Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 berkata perkataan "Allah" tidak terhad kepada Muslim, dan Gereja Katholik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan itu dalam akhbar mingguannya, Herald.

Masyarakat Singh, yang juga menuntut hak penggunaan perkataan itu dalam kitab suci mereka turut terkesan dengan peraturan tersebut.

MENYUSUL LAG

Parti KITA hairan sikap PAS dan akur dengan peringatan Sultan Selangor

Posted: 09 Jan 2013 02:01 AM PST

SUNGAI PETANI, 9 Jan — Parti KITA negeri Kedah hairan dengan sikap pemimpin PAS termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) yang bersetuju orang bukan Islam dibenar menggunakan kalimah Allah.

Pemimpinnya Zamil Ibrahim berkata PAS dan semua pihak sepatutnya akur khalimah itu adalah hak eksklusif bagi orang Islam seperti peringatan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam dan ia tidak dibenar digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Tindakan tegas memang patut dikenakan terhadap pihak yang memperlekeh fatwa berhubung perkara itu, katanya mengulas laporan akhbar yang menyebut Nik Aziz sebagai berkata demikian semalam.

Dalam masa yang sama Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohd Misri Idris dalam kenyataan berkata Sultan Sharafuddin menitahkan bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali diguna di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana yang difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010. 

"Apa yang disuarakan Sultan Sharafuddin adalah jelas. Pemimpin pakatan pembangkang harus ingat bahawa baginda adalah Sultan Selangor dan ketua agama negeri yang mesti dihormati.

"Perlembagaan dan Rukun Negara menetapkan kesetiaan kepada Raja dan negara, dan mmempertikainya bererti menderhaka. Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kena ingat itu," kata Zamil, yang juga bekas Ketua Pemuda PKR Kedah. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved