Selasa, 15 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Dakwaan Kerajaan Jepun bayar RM207 bilion sebagai pampasan pada buruh paksa adalah palsu

Posted: 15 Jan 2013 08:02 AM PST

Dakwaan Kerajaan Jepun bayar RM207 bilion sebagai pampasan pada buruh paksa adalah palsu

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Kementerian Kewangan hari ini berkata dakwaan kononnya kerajaan menerima pampasan RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang menderita selepas terlibat sebagai buruh paksa dalam pembinaan kereta api Siam ke Burma semasa Perang Dunia Kedua, adalah palsu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, dakwaan itu yang dikatakan berpunca daripada memo yang dikeluarkan kementerian bertarikh 29 Mac 2011 adalah palsu.

"Memo tersebut telah dipalsukan dan satu laporan polis telah dibuat pada 26 Sept tahun lepas. kes ini sedang disiasat polis," kata kenyataan itu.

Penjelasan Kementerian Kewangan terpaksa dibuat selepas laman-laman blog pembangkang mendakwa wujudnya pembayaran RM207 bilion dari Jepun tetapi wang tersebut kononnya telah dilesapkan.

Akibat fitnah tersebut, Kedutaan Jepun telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan pada 9 Jan lepas untuk mendapatkan penjelasan disebabkan kerajaan Jepun tidak pernah membayar pampasan RM207 bilion itu.

Ini menunjukkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin memburuk-burukkan dan menjatuhkan imej dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan Kementerian Kewangan. — Bernama

Kerajaan perlu warta tempat untuk perhimpunan awam, kata Majlis Peguam

Posted: 15 Jan 2013 07:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menyarankan agar kerajaan mewartakan satu tempat untuk mengadakan perhimpunan awam dalam usaha memastikan ia berjalan secara aman.

Lim berkata perkara itu juga bakal mencerminkan tindakan kerajaan dalam mematuhi hak kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga berkata Akta Perhimpunan Aman perlu dikaji semula bagi memasukkan pindaan yang dicadang oleh Majlis Peguam. Bercakap kepada Bernama hari ini, Lim berkata pindaan itu akan menjadikan undang-undang tersebut lebih progresif.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih perlu mewarta mana-mana tempat sebagai venue untuk mengadakan perhimpunan awam. 

"Tempat itu ialah di mana perhimpunan boleh diadakan tanpa sebarang keperluan untuk pemberitahuan awal, atau mendapat keizinan pemilik atau penghuninya," katanya.

Sementara itu, dalam pembentangan bertajuk 'National Harmony: To Be Nurtured By Leadership and Not Compelled By Legislation' pada Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan dan Hak Asasi hari ini, Lim berkata dalam kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia, kerajaan telah mengiktiraf keperluan memperkukuh perpaduan nasional.

"Bagi mencapai objektif ini, kerajaan telah mengumumkan pemansuhan undang-undang tidak popular seperti Akta Hasutan, yang pada mulanya diganti dengan Akta Perhubungan Kaum dan kini oleh Akta Keharmonian Nasional.

"Hari ini dan esok menyediakan peluang lebih baik untuk menggambarkan cara melindungi serta menggalakkan perhubungan antara kaum yang seimbang berbanding kebebasan bersuara," katanya.

Beliau juga berkata hubungan antara kaum bukanlah suatu perkara yang mudah dan boleh ditangani dengan sekadar menggubal undang-undang. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved