Ahad, 6 Januari 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


How to buy a book… or not!

Posted: 05 Jan 2013 06:06 PM PST

JAN 6 ― The recent Big Bad Wolf book sale was awesome. As expected. With three million books on sale, it's no wonder I was spoiled for choice.

Alas, you can't always get what you want.

Due to budget constraints, some books were left behind.

There was this one book that I took a liking to. All I read was the synopsis on the book cover and yes ― admittedly, I judged a book by its cover.

To protect the name of the innocent (and avoid getting sued by publishers for the following criticism), let's call this book Z.

Like most people at the Big Bad Wolf sale, I was overwhelmed by the choices of books. Z didn't initially stand out from the massive selection. I merely chanced upon it and read what I thought was an interesting outline of the book.

Due to its hefty (in relative terms) price tag, I quickly put the book down and continued my search for other books. However, time and again, I was drawn back to the section where Z was. For some reason, I was drawn to it.

The book was pricier than the other books ―  most of them going for ridiculously low prices ― and caused me to hesitate. There are a few factors to consider when choosing a book ― like how many pages it has, who the author is and how interested am I in the subject matter. Price is just another factor.

So even though I had moved on from that aisle, I found myself returning to the section and leafing through Z's pages ― which, I might I add, is a bestseller ― and finding that there were some things that I found disturbing or discomforting… creating an unpleasant experience for me.

So I placed the book back and bought another book that provided a pleasing experience.

Now that the sale is over, I find myself thinking of the book again (I guess that's why the intriguing author made it to best seller) but the book will only be available at its usual sky high price ― unreachable to a mere pawn like me.

Maybe I should try again next year when the Big Bad Wolf sale comes around again.

Here's the question: would you work harder to get that acclaimed book everyone is talking about despite its high cost, wait for a book sale when an offer is made (and oh boy, you could be waiting for a looong time) or ditch the book because you didn't like the bits you read instead of finding out what made it a bestseller in the first place?

* This is the personal opinion of the columnist

Tanah runtuh: Dalang bertanggungjawab perlu dihukum

Posted: 05 Jan 2013 03:52 PM PST

6 JAN ― Kira-kira dua minggu lalu, penduduk di Lembah Klang digemparkan dengan insiden tanah runtuh di Bukit Setiawangsa.

Akibatnya, beberapa buah rumah banglo milik Ahli Parlimen seperti Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Zulhasnan Rafique menjadi mangsa bencana itu. Kesudahannya, rumah mereka terpaksa dirobohkan atas faktor cerun tanah yang kurang selamat.

Apa yang menghairankan, terdapat juga rumah-rumah yang dibina di atas kawasan bukit, sesuatu yang tidak sepatutnya dibenarkan dalam konteks pembangunan rumah.

Dan beberapa hari yang lalu pula, satu kejadian tanah runtuh turut berlaku di Putra Heights, Subang. Dalam insiden yang berlaku jam 6.15 petang Khamis itu, tujuh kenderaan tertimbus akibat lumpur yang dibawa oleh tanah runtuh itu. Mujur dalam kedua-dua malapetaka terbabit, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Apa yang berlaku di kedua-dua kawasan itu jelas mengundang satu situasi yang merunsingkan.  Sejauhmanakah selamatnya rumah-rumah yang dibina di atas kawasan tanah tinggi? Berapakah lagi kawasan lain yang terdedah dengan risiko sedemikian? Mungkinkah juga terdapat kes-kes sama yang tidak dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa?

Apa yang berlaku di kedua-dua kawasan itu tidaklah mengejutkan. Sebaliknya, tanda-tanda mengenai kemungkinan berlakunya tanah runtuh sudah pun ketara sejak dahulu lagi. Malangnya,  tidak ramai yang tidak menyedarinya. Mungkin juga ramai yang memilih untuk tidak mengendahkannya sehinggalah berlakunya tragedi. Inilah tabiat buruk kebanyakan rakyat Malaysia yang hanya bertindak apabila ditimpa bencana.

Tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993, merupakan detik hitam dalam sejarah pembangunan negara. Bukan sahaja nyawa tidak berdosa melayang begitu sahaja, bahkan kelemahan dari segi pemantauan pihak berkuasa terhadap projek-projek pembangunan terbongkar.

Barangkali, tragedi Highland Towers tidak akan berlaku jika pihak berkuasa tempatan, PBT kita lebih peka dan tidak memberikan kelulusan kepada pemaju membina projek perumahan secara sewenang-wenangnya.

Seperti kebiasaan, reaksi oleh pihak berkuasa tempatan, PBT terhadap insiden-insiden sebegini cukup mengecewakan.  Apabila kes dilaporkan oleh pihak media, baharu ada sedikit kemajuan dari segi reaksi mereka. Mereka nampaknya lebih bertindak mengikut musim dan hanya bergerak apabila didesak.

Lebih membingungkan, sering kali kedengaran reaksi semerta PBT apabila berlakunya sesuatu bencana alam, sebuah jawatankuasa bertindak akan ditubuh untuk menegakkan kebenaran.

Agak menghairankan, di negara kita, begitu banyak jawatankuasa bertindak ditubuhkan saban kali berlakunya sesuatu bencana. Anehnya, apa lagi yang perlu disiasat jika bukti kesalahan adalah jelas di hadapan mata kita? Proses mengumpul data, menyiasat dan memberikan konklusi kepada isu mungkin memakan masa berbulan-bulan lamanya.

Dalam konteks ini, apa yang ingin dimahukan rakyat ialah solusi atau jalan penyelesaian yang dikemukakan daripada jawatankuasa terbabit. Rakyat tidak mahu mendengar alasan tetapi satu jawapan jujur dan ikhlas daripada PBT serta pihak berwajib.

Rakyat sering diberi janji bahawa satu penyelesaian terperinci akan dilakukan namun ketuntasan laporan akhir siasatan pula tidak memperincikan hukuman terhadap dalang. Sewajarnya, dalang yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan. Tidak timbul soal belas kasihan terhadap mereka yang bersalah.

Hanya dengan cara ini sahaja, mereka yang bersalah akan merasa gerun dengan peraturan sedia ada dan tidak melampaui batas-batas yang dibenarkan. Mungkin ada baiknya PBT "bangun" daripada mimpi ini dan bertindak segera sebelum kredibiliti rakyat terhadap mereka terus tercalar. 

Jika proses keadilan sedemikian tidak dapat ditegakkan, kepada siapa lagi rakyat boleh bergantung harap kepada sistem keadilan negara untuk membela nasib mereka?

Penubuhan jawatankuasa bertindak hanyalah sebahagian daripada proses untuk mengenal pasti masalah yang timbul tetapi ianya tidak membantu menangani akar-umbi masalah itu.

Justeru, adalah penting untuk pihak berwajib lebih "hands-on" dalam isu ini sebelum lebih ramai nyawa penduduk tidak berdosa terus melayang. Jangan biarkan berlaku lagi satu tragedi seperti Highland Towers.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved