Jumaat, 1 Februari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Lim mahu PAAB percepat projek bekalan air Perak-Pulau Pinang

Posted: 01 Feb 2013 02:19 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Kerajaan negeri Pulau Pinang meminta Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mempercepatkan Projek Pemindahan Air Antara-Negeri Perak-Pulau Pinang untuk memastikan negeri ini tidak akan menghadapi risiko kekurangan air selepas tahun 2020.

Menurut ketua menteri, Lim Guan Eng (gambar) berkata bahawa Pengerusi PAAB, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali telah memberi jaminan bahawa semua negeri yang telah menandatangani perjanjian penstrukturan semula dengan PAAB akan diberi modal kewangan untuk pembiayaan projek-projek mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pulau Pinang menandatangani perjanjian dengan kerajaan Persekutuan untuk memindahkan aset air di bawah Inisiatif Penstrukturan Industri Perkhidmatan Air pada 2 Jun 2011.

"PAAB adalah pemilik dan pengurus aset air negara di bawah inisiatif tersebut. Antara syarat persetujuan untuk pemindahan aset air adalah supaya tanggungjawab pembiayaan semua projek air negeri yang dianggarkan akan menelan belanja lebih daripada RM3.2 bilion akan ditanggung oleh kerajaan Persekutuan.

"Cadangan Skim Pemindahan Air Sungai Perak telah diluluskan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada 30 Jun 2012 dan disokong oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan sedang menunggu kelulusan pelaksanaan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri," kata Lim.

Lim berkata, 80 peratus sumber air negeri daripada Sungai Muda dan sumber ini hanya boleh menampung permintaan sehingga tahun 2020.

"Terdapat keperluan segera untuk melaksanakan skim pemindahan air antara-negeri untuk memastikan permintaan air masa depan dapat dipenuhi, serta untuk mengurangkan kebergantungan kepada satu sumber iaitu Sungai Muda, dan juga ketidakpastian ekoran aktiviti pembalakan di kawasan-kawasan tadahan air Kedah," kata Lim lagi.

Cadangan Pemindahan Air Mentah Perak-Pulau Pinang akan dilaksanakan dengan mengepam air mentah melalui terowong baru yang melintasi lembangan Kerian dan Sungai Perak, dimana air mentah akan diekstrak dari Sungai Kerian di kawasan berdekatan dengan bendungan rendah Pulau Pinang untuk rawatan di Loji Rawatan Air Kerian, untuk membekalkan air yang boleh diminum ke negeri Pulau Pinang.

Mengikut model bisnes penstrukturan semula air, infrastruktur air mentah akan dibiayai melalui geran daripada kerajaan Persekutuan manakala infrastruktur rawatan air akan dibiayai PAAB, dan projek tersebut dianggarkan berjumlah RM2 bilion dan akan mengambil masa tujuh tahun untuk siap.

"Projek ini dijangka akan menyediakan penyelesaian holistik bagi keperluan masa depan untuk air minum serta sistem pengairan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Lembaga Air Perak (LAP) dan Jabatan Perparitan dan Pengairan sehingga tahun 2050," kata Lim lagi.

Dalam perbentangan bajet negeri 2013, Lim bercadang untuk mendapatkan bekalan air mentah melalui Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak.

Katanya dalam perbentangan tersebut, kerajaan Persekutuan perlu menjalankan projek ini sebagai tanggungjawab mereka dalam perjanjian penghijrahan aset air yang ditandatangani dengan Kerajaan Negeri.

Tarik balik saman AES, pulangkan denda, bekas peguam negara memberitahu Gani Patail

Posted: 01 Feb 2013 01:29 AM PST

Tarik balik saman AES, pulangkan denda, bekas peguam negara memberitahu Gani Patail

Tan Sri Abu Talib Othman menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat. — Gambar oleh Siow Feng Saw

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Pejabat Peguam Negara seharusnya menarik kembali semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan memulangkan semula wang saman dibayar oleh pesalah trafik yang didenda kerana sistem diswastakan itu terbukti tidak befungsi dengan baik, kata Tan Sri Abu Talib Othman memberikan pandangannya berhubung topik panas itu menjelang Pilihan Raya 2013.

Pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun, beliau yang sekarang seorang penjawat awam bersara menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat.

"Ia adalah benar-benar tidak adil dan tidak munasabah untuk membenarkan saman dikeluarkan tetapi tidak membenarkan pendakwaan kes itu jika seseorang atau orang-orang yang disaman ingin mencabar tindakan pihak berkuasa itu.

"Di manakah mereka pergi untuk mendapatkan keadilan? Mahkamah mesti bertindak secara bebas dan tidak menerima arahan daripada Pendakwa Raya," kata beliau dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

Pejabat Peguam Negara dan kerajaan persekutuan dikritik hebat bulan lepas diatas pembekuan pendakwaan pesalah trafik di bawah AES akan tetapi membenarkan sistem itu untuk terus beroperasi.

Pembekuan saman itu diarahkan selepas bantahan terhadap sistem tersebut yang telah mengeluarkan 300,000 saman sejak ia bermula pada 23 September tahun lalu.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang meluas dan mendorong pentadbiran Najib memikirkan untuk menghentikan pelaksanaan sistem yang menyebabkan pengguna menerima dua saman termasuk dari perangkap kelajuan polis di sepanjang lebuh raya.

Tidak berapa lama selepas pembekuan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengatakan sistem AES akan beroperasi seperti biasa dan saman akan terus dikeluarkan, membangkitkan lebih banyak kritikan dari mereka yang menentang sistem tersebut.

"Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu," kata Kong pada 26 Disember.

Namun, Kong turut mengakui saman AES tersebut bermasalah dari sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan tersebut.

Bulan lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.

Dalam satu kenyataan, mereka bagaimanapun menegaskan saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.

Abu Talib, walau bagaimanapun, menyimpan kritikan terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar), yang dilaporkan telah mengakui kelemahan dalam AES.

Abdul Gani dilaporkan berkata saman masih lagi sah akan tetapi mengakui terdapat kelemahan dalam aspek undang-undang saman tersebut dan pejabatnya masih lagi dalam perbincangan tentang bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

Pada 13 Januari, akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia melaporkan peguam tertinggi negara itu keputusan berkenaan dengan ribuan saman yang telah dikeluarkan setakat ini masih tidak boleh didedahkan kerana ianya melibatkan beberapa jabatan.

"Hakikat beliau mengatakan pejabatnya memerlukan masa untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan AES serta memastikan semua peraturan dan tatacara berada di tempatnya  sebelum prosiding mahkamah dimulakan adalah satu pengakuan bahawa sistem tersebut tergesa-gesa dilaksanakan tanpa memikirkan dengan mendalam untuk undang-undang dan hak rakyat," katanya.

Menurut Abu Talib, kenyataan Abdul Gani membuktikan sistem AES tidak diperincikan dengan teliti terlebih dahulu oleh kerajaan sebelum ianya dilaksanakan.

"Jika ia benar, bahawa semua peraturan dan tatacara masih belum tersedia, perkara yang betul untuk beliau lakukan adalah untuk menarik balik semua saman yang dikeluarkan dan memulangkan semula semua denda yang dibayar, jika ada," kata beliau yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi JPJ berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Pihak polis, yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk pemandu ingkar.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) telah menggunakan isu ini menjelang kempen pilihan raya yang perlu diadakan pada April selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat.

http://blogs.wsj.com/chinarealtime/2013/01/24/former-sex-film-star-is-chinas-hottest-new-politician/

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved