Khamis, 14 Februari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Polis kata tiada laporan ancaman ke atas Psy

Posted: 14 Feb 2013 01:16 AM PST

[unable to retrieve full-text content]GEORGE TOWN, 14 Feb – Pihak polis tidak menerima sebarang laporan ancaman ke atas bintang dari Korea Selatan Psy pada Isnin lalu, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah. "Saya tidak tahu sebarang ancaman keatas Psy atau sesiapapun. "Ini adalah kali pertama saya dengar ini tapi mungkin ianya dikendalikan oleh Bukit Aman," kata The ...


Ketua Polis P.Pinang: Kawalan ketat kerana ancaman sabotaj

Posted: 14 Feb 2013 01:16 AM PST

Bintang dari Korea Selatan, Psy merupakan tarikan utama ke majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional yang diadakan di George Town awal minggu ini. — Gambar fail

GEORGE TOWN, 14 Feb -- Terdapat ancaman sabotaj semasa persembahan Psy berlangsung pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN), kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini.

"Kami terima maklumat ancaman sabotaj terhadap persembahan Psy sejak daripada malam beliau menjejak kaki di Pulau Pinang.

"Kami telah mengawal ketat setiap waktu keatas beliau sehinggalah bertolak pulang pada malam Isnin lalu," kata beliau.

Abdul Rahim berkata kehadiran terlalu ramai orang dan kawalan keselamatan ketat menyebabkan bintang popular Korea tersebut terlewat naik ke pentas semasa acara berlangsung.

Sebelum ini khabar angin mengatakan bintang  "Oppa Gangnam Style" enggan naik keatas pentas untuk menyertai pemimpin BN dalam acara menggaul yee sang pada majlis yang menarik hampir 60 ribu orang pada hari tersebut.

Awal hari ini, Pengerusi BN Teng Chang Yeow berkata terdapat satu cubaan ancaman terhadap nyawa artis sensasi K-pop tersebut sebelum tiba di sini dan pihak polis terpaksa mengawal kawasan sekitar sebelum beliau naik ke pentas dan mengakibatkan kelewatan tersebut.

"Ketika itu keadaan agak sesak dan bukan mudah untuk mengawal ketat Psy, jadi kami terpaksa berhati-hati semasa mengiringinya daripada khemah ke pentas memandangkan kawalan terpaksa dibuat setiap sudut," kata Abdul Rahim.

Beliau bersetuju kawalan keselamatan ketat sebagai punca kelewatan Psy naik ke pentas pada Isnin lalu.

"Bukit Aman memberitahu kami tentang ancaman sabotaj semasa persembahannya, maka kami terpaksa lebih berhati-hati untuk merahsiakan lokasinya sepanjang beliau disini," ujar beliau lagi.

Abdul Rahim turut menambah malahan pada petang Isnin, selepas majlis di padang Han Chiang semasa Psy berada di restoran Tanjung Tokong juga telah menyebabkan ratusan peminatnya turut sama hadir disana.

"Hanya dalam beberapa minit,  hampir 300 peminat menunggu beliau untuk berjumpa dengannya dan kami terpaksa membawa beliau pergi serta-merta," kata beliau.

Teng sebelum ini menafikan spekulasi mengatakan Najib meninggalkan pentas selepas Psy tidak tampil keatas pentas semasa dijemput menggaul yee sang bersama pemimpin BN tempoh hari.

Beliau berkata acara menggaul "yee sang" bukan sebahagian program Psy dan terdapat salah faham apabila pengacara majlis tidak mengikut aturcara yang ditetapkan.

Majlis rumah terbuka tersebut yang diadakan di padang Han Chiang telah dihadiri sebanyak lebih 60,000 orang.

Penyanyi  "Oppa Gangnam Style" yang nama sebenarnya Park Jae-Sang dan juara Asian Wave 2012, Shila Amzah merupakan tarikan utama dalam majlis tersebut yang bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada 1 petang.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved