Sabtu, 16 Februari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Anwar nafi terima anugerah ‘Huguan Siao’ di Sabah

Posted: 16 Feb 2013 03:18 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau menerima anugerah "Huguan Siao" sepertimana dilaporkan media, dan berkata ini adalah putar belit dari media milik Barisan Nasional (BN).

Ketua pembangkang itu berkata, beliau hadir dalam satu acara di Sabah, tetapi hanya menyampaikan ucapan sebelum pulang ke ibu negara.

"Tidak ada pengumuman tentang saya menerima jawatan Huguan Siao. Saya hanya datang memberi ucapan, kemudian saya pulang.

"Saya cuma bimbang sama ada ianya ada salib dalam pemakaian itu atau tidak, kerana ia akan digunakan oleh Umno untuk menyerang saya," kata Anwar (gambar), yang merujuk pada apa yang berlaku kepada Tengku Razaleigh Hamzah semasa memimpin parti Semangat 46.

MENYUSUL LAGI

Agihan bantuan kerajaan selesai pada Mac, kata Ahmad Husni

Posted: 16 Feb 2013 01:43 AM PST

IPOH, 16 Feb — Pembayaran empat inisiatif bantuan kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat akan diselesaikan sepenuhnya sebelum akhir Mac ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya keempat-empat bantuan itu, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M), Bantuan Awal Persekolahan dan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) mula diagihkan secara berperingkat sejak Januari lalu dan ia diharap dapat mengurangkan beban rakyat.

"Keempat-empat bantuan kerajaan ini telah mula dinikmati penerima yang terdiri daripada masyarakat pelbagai lapisan. Kita jangka keempat-empat bantuan itu akan selesaikan diserahkan pada akhir Mac ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian SVTB1M bagi Parlimen Tambun di sini hari ini.

Katanya SVTB1M telah diserahkan kepada 26,089 penerima setakat semalam selepas kerajaan meluluskan sumbangan itu kepada 73,653 veteran tentera tidak berpencen.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata sehingga Rabu lepas, sebanyak 1.4 juta penerima isi rumah dan 72, 858 penerima bujang telah menunaikan baucer BR1M masing-masing dengan peruntukan RM724 juta.

"Bagi yang mahu mengetahui status permohonan BR1M, mereka boleh menghubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri dan tarikh tutup permohonan pada 15 Mac ini. Kita mahu rakyat tahu hal ini dan buat permohonan sebelum tarikh itu," katanya.

Mengenai Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100, beliau berkata sebanyak 5.24 juta pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan telah menerima peruntukan membabitkan RM524 juta.

Bagi sekolah swasta, agama negeri dan agama rakyat, pembayarannya sedang diproses dan juga akan diselesaikan sebelum 31 Mac ini, katanya.

Sementara bantuan BB1M bernilai RM250 yang disasar diagihkan kepada 1.3 juta penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara juga sedang dilaksanakan dan akan selesai menjelang Mac, katanya.— Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved