Ahad, 17 Februari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Dr M mahu kerajaan tapis media alternatif

Posted: 17 Feb 2013 03:11 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau lebih rela kerajaan menapis internet daripada media alternatif terus dimanipulasi.

Bekas perdana menteri itu berkata dalam blognya chedet.cc bahawa video penyanyi sensasi Korea Psy di Pulau Pinang, yang menunjukkan orang ramai berkata "No" (tidak) kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi mempertikaikan video tersebut dengan mengatakan video itu diubahsuai.

"Saya akan hilang kebebasan dalam media apabila kerajaan mungkin merampas kebebasan saya," kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc hari ini.

"Terus terang saya rela kerajaan menapis saya, kerana jika saya tidak suka apa yang kerajaan buat, saya boleh buat apa sahaja untuk menolak parti yang membentuk kerajaan. Tetapi saya tidak boleh buat apa untuk menghentikan orang ramai yang cuba merampas kebebasan saya melalui media alternatif," katanya lagi.

Dr Mahathir berkata mengenai video Psy yang semakin popular di Facebook, "diubahsuai" dengan "kumpulan tertentu" dengan kamera video dan mikrofon yang berkata "No" (tidak) kepada soalan Najib kepada orang ramai sama ada mereka bersedia untuk Barisan Nasional (BN).

Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun hingga 2003, pernah berjanji Malaysia tidak akan menapis Internet untuk menarik pelabur membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Beliau mengulangi pendiriannya dalam Persidangan Ketua Pelajar Malaysia Tahunan Ketiga pada 2011, walaupun mengatakan tindakan disiplin perlu diambil terhadap penyalahgunaan Internet.

Dr Mahathir bagaimanapun pada Jun tahun lalu berkata Putrajaya perlu memikirkan semula kebebasan mutlak dalam Internet.

Beliau berkata ada beberapa negara mengenakan pengawalan dan menghalang "laman web kotor" dan menghukum mereka yang merosakkan minda pengguna Internet.

Dr Mahathir juga berkata "kebenaran juga boleh dibuat kelihatan seperti penipuan", merujuk kepada video seks melibatkan ketua pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur, tetapi tidak menyebut nama bekas timbalannya itu.

"Selepas ketua pembangkang itu dilihat bersama perempuan yang jelas sekali mengadakan hubungan seks, ia boleh dibuat kelihatan seperti penipuan seperti ditunjukkan dalam video tersebut, ia boleh diubahsuai," kata Dr Mahathir.

Beliau juga berkata blognya digodam sebanyak lima kali.

"Orang ramai tidak boleh melayari laman blog saya dan saya disenyapkan," kata perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia.

Dr Mahathir mendakwa orang ramai bebas menulis apa sahaja dalam media alternatif kerana tidak dikawal oleh editor.

"Kebebasan hampir mutlak. Adakah ini nilai demokrasi?" katanya lagi.

Dr Mahathir juga berkata laman web lucah juga berleluasa kerana kebebasan media alternatif.

PAS akan keluar Pakatan jika rugikan Islam dan Melayu, kata Abdul Hadi

Posted: 17 Feb 2013 02:05 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya pakatan tersebut merugikan Islam dan kaum Melayu.

Presiden PAS itu berkata sedemikian di hadapan 10,000 penyokongnya di Kuala Nerus, Terengganu dalam usaha mendapatkan sokongan kaum terbesar itu menjelang Pilihan Raya 2013.

"Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, PAS keluar PR! Tidak ragu-ragu lagi," katanya dipetik Sinar Harian, yang meletakkannya di muka surat hadapan hari ini.

Akhbar berbahasa Melayu itu melaporkan Abdul Hadi (gambar) berkata tidak mempunyai isu dengan rakan PR lain dan yakin pakatan tersebut tidak akan memberi impak negatif kepada Melayu, yang secara perlembagaannya juga orang Islam.

Ahli parlimen Marang itu berkata kerjasama politik DAP dan PKR memperkukuhkan Melayu dan Islam.

"Bahkan kita berjaya membuat anjakan paradigma dengan kemenangan calon-calon seperti Dr Siti Mariah Mahmud, Fuziah Salleh yang bertanding dengan calon-calon bukan Melayu Islam dimenangkan oleh pengundi Melayu dan bukan Islam," kata Abdul Hadi lagi.

"Itu perubahan yang besar yang dapat kita wujudkan."

Dr Siti Mariah adalah ahli parlimen Kota Raja mewakili PAS, manakala Fuziah, dari PKR merupakah ahli parlimen Kuantan yang kedua-duanya kerusi bandar dan mempunyai demografi pelbagai kaum.

Baru-baru ini, terdapat perasaan tidak berpuas hati dari kaum terbesar ini dengan terdapat khabar angin hak perlembagaan mereka dicabar golongan minoriti.

Isu kaum dan agama yang sukar dipisahkan di Malaysia, menjadi topik penting menjelang pilihan raya yang akan diadakan pada April apabila mandat Barisan Nasional tamat.

Baru-baru ini, debat berkenaan kalimah "Allah" menimbulkan kontroversi dimana umat Islam percaya perkataan Arab itu ekslusif untuk Islam, walaupun Mahkamah Tinggi pada 2009 membuktikan sebaliknya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved