The Malaysian Insider :: Bahasa |
Deepak fail saman fitnah terhadap Najib Posted: 22 Feb 2013 02:56 AM PST Usahawan karpet Deepak Jaikishan memfailkan saman fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. â Gambar fail Dalam pernyataan tuntutan yang diberikan kepada wartawan, Deepak mendakwa kenyataan Najib awal tahun ini bahawa beliau adalah bukan "seorang yang mempunyai kredibiliti" adalah fitnah. "Kenyataan ini oleh Najib telah memberikan kesan kepada kredibiliti saya kerana ia datang daripada perdana menteri," beritahu Deepak kepada wartawan di lobi Mahkamah Tinggi disini. Deepak baru-baru ini berkata beliau adalah individu yang bertanggungjawab mendrafkan Pengakuan Bersumpah (SD) kedua oleh P Balasubramaniam pada 2008 dalam kes melibatkan pembunuhan model dari Mongolia Altantuyaa Shaariibuu pada tahun 2006. Beliau berkata jika memenangi kes tersebut, kesemua wang pampasan akan diserahkan kepada keluar Altantuyaa. Walaubagaimanapun, jumlah tuntutan tidak dinyatakan dalam dokumen tersebut. Sivarasa Rasiah yang merupakan peguam kepada Deepak menyatakan bahawa perkara tersebut tidak dinyatakan berikutan peraturan baru oleh mahkamah. MENYUSUL LAGI |
MCA Pandan: Tee Keat belum tersingkir, calon belum diputuskan Posted: 22 Feb 2013 02:11 AM PST KUALA LUMPUR, 22 Feb â Krisis dalaman MCA ekoran perebutan calon di kerusi parlimen Pandan berlarutan apabila MCA bahagian menegaskan tiada sebarang keputusan dibuat untuk menyingkir penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar), serta pada masa sama mendedahkan mereka masih belum memutuskan tentang nama calon yang akan bertanding dikawasan tersebut pada Pilihan Raya 2013.
"Sidang media ini bertujuan menjelaskan MCA bahagian Pandan tak pernah menghantar nama calon kepada kepimpinan tertinggi. "Juga tiada sebarang mesyuarat yang memutuskan tentang calon yang akan bertanding nanti," kata Pemuda MCA Chong Sin Woo dalam satu sidang media hari ini.' Pada hari ini juga, seramai 14 ahli jawatankuasa MCA bahagian Pandan tidak termasuk pengerusinya Datuk Eric Ong Chen Huing dan dua naib pengerusi Wong Choy dan Foo Ah Soon telah mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan tentang isu yang didedahkan oleh media baru-baru ini mengenai kawasan tersebut. Mesyuarat tergempar hari ini telah dihadiri exco bahagian antaranya Timbalan Pengerusi MCA bahagian Tan Chuang Yong, Naib Pengerusi Tong Giaw, Ketua Wanita Leong Siew Kam, Setiausaha Chan Chee Peng, Naib Setiausaha Datuk Terrence Chua Cheng Huat, Bendahari Datuk Leow Kum Wah, Naib Bendahari Chang Kam Ming, Setiausaha Penganjur Chung Mun Hing, Naib Setiausaha Penganjur Lee Fook Seng serta ahli jawatankuasa lain yang terdiri daripada Chong Chee Yeon, Lee Kim Loong, Lee Cheing Fong dan Wong Chee Kheong. MENYUSUL LAGI |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan