Isnin, 25 Februari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


70 anggota SAPP Beaufort keluar parti, sertai UMNO

Posted: 25 Feb 2013 02:50 AM PST

February 25, 2013

BEAUFORT, 25 Feb — Sebanyak 70 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) di sini meninggalkan parti pembangkang itu untuk menyertai Umno selepas kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti tersebut.

Anggota Jawatankuasa SAPP Beaufort, Saidi Kasni yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian Umno kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dalam majlis silaturahim bersama pemimpin yang diadakan di Kg Binunuk di sini semalam.

Azizah yang mengalu-alukan penyertaan mereka berkata keputusan anggota SAPP meninggalkan parti itu dibuat kerana mereka kecewa dengan pucuk pimpinan parti berkenaan yang tidak menepati janji.

"Mereka tertarik dengan cara kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji dan itulah yang menjadi kehendak mereka selama ini," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Saidi yang menganggotai jawatankuasa SAPP Beaufort sejak 2008 berkata beliau dan anggota yang lain kini sudah hilang keyakinan terhadap parti itu.

Beliau mendakwa SAPP tidak pernah prihatin terhadap nasib rakyat sebaliknya hanya pandai menabur janji kosong.

"Janji hendak beri bantuan itu, bantuan ini tetapi akhirnya yang tampil menghulurkan bantuan kepada kami hanyalah BN," katanya.

Sejurus selepas majlis itu, Azizah menghadiri program Skim Rondaan Sukarela (SRS) Dekat Di Hati Peringkat Daerah Beaufort yang berlangsung di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Lubak. — Bernama

Jadikan HSR Taiwan contoh untuk Malaysia-Singapura, kata Nur Jazlan

Posted: 25 Feb 2013 01:17 AM PST

February 25, 2013

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini mencadangkan agar kerajaan Malaysia mengambil contoh pembangunan sistem Kereta Api Laju (HSR) Taiwan bagi digunakan sebagai model pembangunan HSR yang bakal menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed turut mencadangkan agar kerajaan menggunakan kaedah Bina-Kendali-Pindah (BOT) yang melibatkan pihak kerajaan dan yang boleh dilaksanakan dalam membangunkan HSR Malaysia Singapura. — Gambar failAhli Parlimen Pulai itu berkata ianya berikutan pembangunan HSR Taiwan yang menghubungkan Taipei dan Kaohsiung di Selatan  berikutan jaraknya yang lebih kurang sama antara Malaysia dan Singapura selain menggunakan inisiatif Penyertaan Awam dan Swasta (PPP).

"Faktor tambang, tanah dan keupayaan syarikat HSR untuk beroperasi sendiri tanpa perlu bergantung kepada kerajaan adalah perkara yang paling utama dalam pembinaan HSR.

"Di Taiwan, HSR berkenaan adalah milik syarikat persendirian iaitu Taiwan Speed Rail Corporation (THSRC)  dan dikawal selia oleh Biro High Speed Rail milik kerajaan Taiwan," katanya yang juga merupakan Pengerusi UDA.

Jelas Nur Jazlan, dalam lawatannya bersama empat delegasi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke Taiwan baru-baru ini, pihaknya diberikan taklimat terperinci berhubung HSR Taiwan yang mula beroperasi sejak 2007, termasuk empat tahun pertama HSR Taiwan beroperasi, ia mencatatkan kerugian.

""Kita perlu sedar bahawa tambang HSR tidak akan dapat menampung kos operasi kereta api laju ini, kerana harganya perlu kompetitif kerana pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan kapal terbang, kereta api  atau kereta.

"Jadi, apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengoptimakan tanah di kawasan stesen HSR Malaysia-Singapura bagi membolehkan ia menjana pendapatan kepada syarikat yang menjalankan operasi HSR ini," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu telah mengumumkan pembinaan HSR yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura yang dijangka hanya akan mengambil masa 90 minit untuk menghubungkan kedua-dua negara jiran itu.

Selain itu, Nur Jazlan turut mencadangkan agar kerajaan menggunakan kaedah Bina-Kendali-Pindah (BOT) yang melibatkan pihak kerajaan dan yang boleh dilaksanakan dalam membangunkan HSR Malaysia Singapura.

"Satu model pembangunan strategik HSR antara kerajaan dan swasta perlu dilakukan dan antara yang boleh diambil kira adalah melalui kaedah Bina-Kendali-Pindah (BOT) dengan kerajaan membina dan mengendalikan HSR untuk satu tempoh masa sebelum menyerahkan kepada syarikat swasta bagi meneruskan pengangkutan ini," katanya.

Beliau turut berkata kerajaan juga perlu memastikan bahawa HSR berkenaan mesti mempunyai kadar ketepatan masa yang tinggi bagi menarik pengguna menggunakan sistem pengangkutan berkenaan.

Malah Nur Jazlan turut mengingatkan agar kerajaan tidak boleh berterusan menanggung subsidi dalam menyediakan perkhidmatan awam di negara ini, kerana ia akan menyebabkan kos tinggi sekaligus mengakibatkan perbelanjaan kerajaan turut meningkat.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved