Selasa, 26 Februari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Majoriti pengundi tidak gembira dengan ‘Projek IC’ di Sabah

Posted: 26 Feb 2013 02:59 AM PST

Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita
February 26, 2013

Tinjauan oleh Merdeka Center mendapati 60 peratus pengundi percaya sebahagian besar warga asing mendapat kad pengenalan biru untuk menunjukkan status mereka sebagai warganegara. — Gambar failKUALA LUMPUR, 26 Feb — Sembilan daripada 10 pengundi tidak bersetuju dengan langkah Putrajaya memberi kewarganegaraan kepada warga Indonesia dan Filipina untuk tinggal dan mengundi di Sabah, berdasarkan tinjauan pengundi berikutan pendedahan semasa Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai kebanjiran warganegara asing sejak 20 tahun lalu di negeri tersebut.

Merdeka Center, yang melakukan tinjauan bebas ke atas 1,021 pengundi di Semenanjung Malaysia pada akhir Januari berkata, 86 peratus mengatakan mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang digelar "Projek IC" sehingga menyebabkan peningkatan mendadak populasi di negeri Di Bawah Bayu itu.

Tinjauan tersebut menunjukkan 60 peratus pengundi percaya sebahagian besar warga asing mendapat kad pengenalan biru untuk menunjukkan status mereka sebagai warganegara.

Isu yang berbangkit mengenai pendatang haram tidak dikaji berdekad lama menyebabkan kemarahan di kalangan rakyat Sabah khususnya kaum asli seperti Kadazandusun dan Murut, yang merasakan negeri mereka dicabul kedaulatannya dengan kebanjiran pendatang asing dari Filipina dan Indonesia.

Lebih suku daripada populasi di Sabah ialah pendatang asing, sejumlah 889,000 dari 3.2 juta penduduk, iaitu 28 peratus berdasarkan bancian 2010.

Sabah mempunyai 926,638 pengundi menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star pada Jun.

Kehadiran pendatang asing dalam jumlah yang besar membimbangkan penduduk Sabah, selain turut menyalahkan mereka berikutan peningkatan jenayah dan kekurangan peluang pekerjaan.

Selain itu, baru-baru ini lebih 100 orang bersenjata dari Filipina menceroboh Lahad Datu dan mendakwa Kesultanan Sulu memiliki Sabah sejak 2009 serta enggan meninggalkan kawasan berkenaan.

Melihat kepada masalah kebanjiran pendatang asing, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razik bersetuju untuk mengadakan inkuiri suruhanjaya diraja (RCI) bagi mencari jalan penyelesaian.

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama memerintah Malaysia bermula 1981 hingga 2003, dituduh sebagai dalang dalam "Projek IC", dimana kewarganegaraan diberi untuk mendapatkan undi.

Namun bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang mentadbir negeri itu dari 1976 hingga 1985 menafikan kewujudan "Projek IC".

Dr Mahathir dalam sidang media bulan lalu berkata warga asing di Sabah sememangnya layak mendapatkan kewarganegaraan, tetapi menegaskan ia "masih mengikut undang-undang".

Inkuiri yang diketuai oleh bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan disambung semula pada 5 Mac.

Tinjauan 23 Januari hingga 6 Februari yang dibiayai Merdeka Center melihat kepada persepsi pengundi menjelang pilihan raya ke-13 tidak lama lagi, dengan ralat sebanyak 3 peratus.

Badan peninjau itu berkata tinjauan itu dilakukan selepas 12 Januari, iaitu Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan pemimpun Pakatan Rakyat (PR) di ibu negara dan juga liputan media mengenai inkuiri suruhanjaya diraja mengenai Projek IC di Sabah.

Ia juga bertanya pelbagai isu, termasuk mengenai peniaga permaidani Deepak Jaikishan, kenyataan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan yang sering bertentangan dengan kerajaan dan isu kalimah Allah.

DAP buat laporan polis ke atas PM atas tuduhan anti-Islam

Posted: 26 Feb 2013 01:04 AM PST

Oleh Opalyn Mok
February 26, 2013

GEORGE TOWN, 26 Feb — Pemimpin DAP di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur membuat laporan polis serentak ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan beliau bahawa menyokong DAP akan menyebabkan Islam akan ditindas.

Pembantu kepada setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari membuat laporan polis terhadap Najib di ibu pejabat polis di George Town jam 10:30 pagi tadi.

"Semakin kita menghampiri pilihan raya, hampir setiap minggu pemimpin Barisan Nasional (BN) akan mengkritik DAP dan Pakatan Rakyat menggunakan sentimen kaum atau agama yang sangat bahaya," katanya di sidang media selepas membuat laporan tersebut.

"Tuduhan yang menggambarkan DAP sebagai parti anti-Islam adalah tidak benar," katanya lagi.

Zairil merujuk kepada kenyataan Najib apabila melancarkan Jelajah Janji Ditepati di Terengganu baru-baru ini.

Perdana menteri (gambar) yang dipetik kenyataannya dari The Star berkata: "Undi untuk PKR akan menghancurkan akidah, manakala undi PAS akan mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam, dan undi untuk DAP akan melihat Islam akan ditindas."

Zairil mengatakan kerajaan PR Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, menunjukkan DAP bukan anti-Islam tetapi menambahkan lagi perbelanjaan untuk jabatan agama Islam peringkat negeri.

"Kerajaan negeri kini membelanjakan RM60 juta untuk jabatan agama Islam negeri setiap tahun," katanya lagi.

Zairil berkata naib pengerusi DAP Senator Dr Ariffin Omar turut membuat laporan polis ke atas Najib di Kuala Lumpur.

"Kita harapkan polis akan mengambil tindakan ke atas tuduhan tersebut tetapi jika tidak, kita akan ambil tindakan undang-undang ke atas Najib," katanya lagi.

Beliau menambah laporan polis yang diadu oleh DAP "tidak diselesaikan" kerana pihak polis enggan membuat sebarang tindakan ke atas pencetus masalah.

"Setiap kali kita ambil tindakan undang-undang, seperti kebanyakan pemimpin PR menyaman Utusan Malaysia dan menang kes RM1 juta setiap tahun tetapi mereka seolah tidak peduli," katanya lagi.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved