Selasa, 5 Februari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Barry Wain, wartawan dan penulis buku skandal Dr M meninggal pada usia 69

Posted: 05 Feb 2013 02:56 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Feb — Wartawan veteran Australia Barry Wain yang menulis buku tentang Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia hari ini di hospital di Singapura.

Beliau meninggalkan isterinya Yvonne dan anak lelaki, david.

Dikenali oleh rakan-rakan sebagai wartawan antarabangsa berdedikasi yang sudah lama menetap di asia adalah karyawan tamu Institute of Southeast Asian Studies  (ISEAS) di Singapura.

Beliau sudah menetap di Sabah lebih 40 tahun dan merupakan pekerja Far Eastern Economic Review pada tahun 1970.

Wain kemudiannya menyertai Asian Wall Street Journal pada tahun 1976 dan merupakan koresponden di Kuala Lumpur dan Bangkok pada awal 1980an.

Beliau kemudiannya menjadi pengarang urusan Asian Wall Street Journal.

Posisinya di ISEAS membenarkannya untuk menulis "Malaysian Maverick", biografi Dr Mahathir yang dianggap oleh ramai pemerhati sebagai seimbang dan informatif mengenai karier perdana menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia itu.

Polisi pendidikan perlu elak fokus golongan pertengahan, kata IDEAS

Posted: 05 Feb 2013 02:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Feb — Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) hari ini menggesa Putrajaya supaya tidak terlalu menfokuskan kepada golongan pertengahan dalam menentukan polisi pendidikan memandangkan ia menyebabkan golongan yang tidak mampu akan tercicir kerana sistem tidak adil tersebut.

Dalam kenyataan media hari ini, IDEAS mendedahkan penemuan dalam projek kajian "Suara Golongan Miskin" mendapati kanak-kanak yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah berhadapan kualiti pendidikan yang buruk.

"Mereka tidak mempunyai kelebihan untuk mampu memilih sistem pendidikan swasta atau sekolah yang lebih baik di luar kawasan mereka tinggal dan tidak mempunyai saluran yang mencukupi kepada sumber alternatif pendidikan seperti tuisyen luar dan internet," kata Wan Saiful Wan Jan (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan tersebut lagi, sekiranya kitaran tersebut berterusan dan tidak berlaku rombakan ia akan memberikan kesan kepada keadaan sosio-ekonomi terutamanya kepada golongan bawah tersebut yang terdiri daripada 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar diseluruh negara.

IDEAS juga mendedahkan cabaran utama yang dihadapi oleh golongan bawah tersebut untuk mendapatkan pendidikan yang baik adalah antaranya tambahan yuran yang dikenakan oleh pihak sekolah, tekanan rakan sebaya, ibu bapa tidak berkemampuan untuk menyediakan pendidikan tambahan, persekitaran sekolah yang diskriminasi, guru tidak berkualiti dan kesukaran pertuturan bahasa dalam sekolah vernakular.

Sejajar dengan itu, IDEAS telah mengambil langkah kerjasama dengan Asia Sdn Bhd dalam program mereka tersebut untuk menjadi suara kepada golongan 40 peratus tersebut.

"Kami mempunyai dua misi iaitu memberikan suara kepada golongan miskin dan terpinggir dalam proses menentukan polisi pendidikan negara dan membantu orang awam membuat polisi, syarikat korporat dan perbadanan memahami keperluan dan aspirasi golongan bawah 40 peratus ini dalam pendidikan," ujar Wan Saiful lagi.

Selain itu, IDEAS juga menekankan kepentingan kerajaan dan agensi lain yang bertanggungjawab memperbaiki kualiti sekolah dan memastikan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah ini menerima pendidikan berkualiti.

Dalam perkembangan lain, Wan Saiful berkata IDEAS akan melancarkan peringkat kedua program  "Suara Golongan Miskin" sambil berharap syarikat swasta dan dermawan untuk membantu mereka bagi menjayakan hasrat murni mereka tersebut.

Badan tersebut sebelum ini mengkritik Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada tahun lepas kerana kekurangan ketelusan dan tidak mengeluarkan empat laporan penting yang mampu mencalarkan kredibiliti pelan tersebut.

Empat laporan merujuk kepada laporan Bank Dunia, UNESCO, laporan panel yang dipengerusikan oleh Naib Cancelor Universiti Sains Malaysia  Tan Sri Dzulkiflee Abdul Razzaq dan satu lagi lembaga penasihat yang dipengerusikan oleh Tan Sri Wan Zahid Wan Noordin.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved