Rabu, 6 Februari 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


635 majikan tangguh pembayaran gaji minimum di Johor

Posted: 06 Feb 2013 03:08 AM PST

NUSAJAYA, 6 Feb — Sebanyak 635 majikan di negeri ini dibenar menangguh pelaksanaan pembayaran gaji minimum kepada pekerja mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Johor M. Asojan. 

Beliau berkata mereka terdiri daripada ahli Persatuan Hotel Malaysia dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia. 

"Ahli Persatuan Hotel itu akan mula melaksanakan pembayaran gaji minimum pada bulan Oktober manakala ahli Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan pada April tahun ini," katanya. 

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Asojan berkata penangguhan itu dipohon kerana majikan menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran gaji minimum sebanyak RM900 yang mula dikuatkuasa awal tahun ini. 

Menurut beliau, majikan yang mempunyai kurang lima atau kurang pekerja, boleh mengemukakan permohonan penangguhan kepada Majlis Perundingan Gaji Negara sebelum April tahun ini. 

Majikan boleh berbuat demikian dengan mengemukakan borang maklumat syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia; laporan kewangan yang telah diaudit untuk tempoh tiga tahun yang terakhir; dan maklumat bilangan pekerja tempatan dan pekerja asing secara berasingan berserta butiran gaji mereka. — Bernama

Nasharudin salah platform desak PAS keluar pakatan — Husam

Posted: 06 Feb 2013 02:49 AM PST

KOTA BAHARU, 6 Feb — Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berada di platform yang salah bila beliau mendesak parti itu keluar dari pakatan pembangkang.  

Husam (gambar) berkata desakan Nasharudin itu tidak relevan lagi kerana (beliau) sudah tidak menjadi anggota Majlis Syura Ulama PAS.

"Ustaz Nasha kini berada di luar (Majlis Syura Ulama PAS). (Maknanya) tak guna saluran (yang betul)," kata Husam kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di sini, hari ini.

Bercakap dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam, Nasharudin mendesak agar PAS keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Menurut Nasharudin walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.

Menjelaskan perkara itu lagi, Husam berkata jika Nasharudin masih berada dalam Majlis Syura berkenaan sudah tentu pandangan anggota Parlimen Bachok itu akan diberi perhatian sewajarnya.

"Ustaz Nasha boleh membuat rayuan terhadap pelucutannya dalam Majlis Syura itu jika mahu berada kembali," katanya.

Nasharudin dipecat dari Majlis Syura Ulama pada 13 Jan lalu atas alas an beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Sementara itu Husam secara sinis meminta Umno memberi ruang kepada Nasharudin agar mempertahankan kerusi Parlimen Bachok atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata adalah lebih baik jika Umno berbuat demikian jika Nasharudin sememangnya tidak lagi berminat berjuang melalui PAS yang kini dilihat lebih cenderung menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya rasa Datuk Dr Awang Adek Hussin perlu memberi ruang kepada Ustaz Nasha mempertahankan Parlimen Bachok atau meletakkan Ustaz Nasha ke tempat lain yang dirasakan boleh menang," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved