Ahad, 10 Februari 2013

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Perdana menteri lakukan tinjauan mesra di persiaran Gurney

Posted: 10 Feb 2013 07:50 AM PST

GEORGE TOWN, 10 Feb — Orang ramai yang berada di kawasan Persiaran Gurney di sini, terutama di gerai makanan, terkejut apabila dihampiri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan tinjauan mesra di kawasan itu hari ini.

Dalam tinjauan itu, perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra dan bersalaman dengan pengunjung serta peniaga.

Najib dan isteri turut menjamu selera beberapa makanan seperti sate, laksa, pasembur dan air kelapa yang dijual di gerai yang terdapat di situ.

Terdahulu, Najib berjalan kaki kira-kira 100 meter dari Hotel G ke Persiaran Gurney selepas menghadiri jamuan malam sempena Tahun Baharu Cina bersama media Pulau Pinang. Seorang peniaga laksa Rosni Mohd Yusof berkata beliau berbangga kerana perdana menteri dan isteri memilih gerainya untuk menjamu selera.

Beliau yang berniaga di situ sejak 10 tahun lepas berkata ini kali pertama pemimpin nombor satu negara datang menikmati makanan di kawasan itu yang menjadi antara lokasi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan.

"Seronok la pertama kali perdana menteri mai (datang) makan laksa kat sini. Rasa bangga, rasa seronok...tak pernah orang besar macam ni mai makan kat sini," katanya kepada Bernama.

Peniaga sate Mohd Zairul Izwan Mohd Idrus berkata beliau terkejut apabila tiba-tiba perdana menteri sampai di gerainya terus mengambil kipas lalu mengambil alih tugasnya mengipas sate.

"Tiba-tiba dia ambil kipas dan kipas sate yang sedang dibakar. Saya tergamam tetapi dalam masa yang sama gembira dan terharu melihat perdana menteri begitu mesra dengan rakyat.

"Terima kasih banyak-banyak kepada perdana menteri kerana sudi menikmati sate resepi keluarga kami," katanya.

Stephen Wong, 27, berkata beliau yang nampak Perdana Menteri berjalan kaki di hadapan Plaza Gurney, terus mendekatinya untuk bersalaman.

"Dari jauh saya nampak ramai orang dan bila dilihat rupa-rupanya perdana menteri. Jadi, saya ambil peluang untuk pergi lebih dekat dengannya dan berjaya bersalaman. Beliau turut mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai'," katanya kepada Bernama.

Kamariah Shamsudin, 45, yang bercuti di Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina berkata beliau terkejut dengan kehadiran perdana menteri di kawasan berkenaan.

"Kami sekeluarga berasa sangat bertuah kerana dapat melihat pemimpin nombor satu negara dengan lebih dekat dan tak sangka beliau kelihatan sangat mesra dan bersalaman dengan semua orang berhampirannya," kata Kamariah yang berasal dari Selangor. — Bernama

Artist in profile: Young Dreams

Posted: 10 Feb 2013 07:26 AM PST

'First Days Of Something' is the latest single from Norway's Young Dreams. — All Rights Reserved

BERGEN, Feb 10 — Scandinavian pop collective Young Dreams are ushering in summer with their new single "First Days Of Something" and will be releasing their debut album in the coming months; the group have been described as a "young, dream combination of rustic harmonies and intricate musicianship" by the Guardian.co.uk.

Who?
Pop collective Young Dreams hail from the picturesque city of Bergen in Norway and feature up to 12 people in a shifting lineup helmed by Matias Tellez. The group are gearing up to release their debut LP "Between Places" on March 1/4/5 (AU, UK, US) via Modular. The group have just dropped "First Days Of Something," the second single to be taken from their forthcoming LP after "Fog Of War" dropped last year.

Why the buzz?
Young Dreams's latest track "First Days Of Something" has caused a massive stir across the indie music blogs. Music mag NME sums up the track as "a bit of bright optimism as winter wears on, reaching for the skies but dwelling on earthly concerns"; blog Ja Ja Ja Music calls it "a new, heavenly relatable and summer-ready single" and Stereogum describes it as "boast[ing] a catchy harmony-rich chorus and a vast sound."

What to listen to?
Check out "First Days OF Something" on Soundcloud at: https://soundcloud.com/modularpeople/young-dreams-first-days-of and stream the group's first single "Fog OF War" on YouTube at: http://www.youtube.com/watch?&v=ZUaS1_jPbkM

Where to see?
Young Dreams will be playing February 14-16 at BY:Lam festival in Oslo, Norway before heading to this year's music, tech extravaganza SXSW in Austin, Texas (March 8-17). For further news of tours and gigs check out the band's website (http://www.youngdreams.no), Facebook (https://www.facebook.com/youngdreamsband) and Twitter (@youngdreamsband). — AFP-Relaxnews

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved