The Malaysian Insider :: Bahasa |
SPR yaking PRU-13 diadakan serentak di seluruh negara termasuk Lahad Datu Posted: 12 Mar 2013 03:12 AM PDT
Ini kerana katanya keadaan di kawasan itu, khususnya Kampung Tanduo, bertambah baik dan beliau yakin situasi di situ dan kawasan sekitar akan kembali tenang dalam masa terdekat. "Saya tidak akan membuat spekulasi mengenai keadaan di Lahad Datu khususnya di Tanduo dan sekitarnya, namun saya cukup yakin dengan usaha pasukan keselamatan, keadaan di situ kembali aman," katanya pada sidang media selepas merasmikan taklimat susulan pegawai pengurus, penolong pengurus dan pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya bagi pilihan raya umum ke-13, di sini hari ini. Menurut Abdul Aziz terdapat dua pusat mengundi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian dan SK Tunku di kawasan Zon Merah yang diisytiharkan susulan insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo pada 12 Feb lepas. Zon Merah terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tunku yang kini diwakili Barisan Nasional (BN) menerusi Datuk Mohd Suhaili Said. DUN Tunku pula terletak dalam kawasan Parlimen Silam bersama-sama DUN Lahad Datu dan Kunak. Beliau juga mengesahkan Daftar Pemilih sehingga 31 Dis lepas yang diwartakan pada 22 Feb lalu akan terpakai jika Parlimen dibubar hujung bulan ini. Bagaimanapun proses pembersihan Daftar Pemilih itu masih diteruskan sehingga Parlimen dibubar, katanya. Menurut Abdul Aziz, Sabah kini mempunyai 982,644 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang selain 24,497 pengundi berdaftar bagi kawasan Parlimen Labuan. Beliau berkata SPR akan menempatkan 17,615 petugas di Sabah bagi menguruskan proses pilihan raya di negeri itu yang dijangka menelan belanja RM50 juta, meliputi 25 kerusi parlimen di Sabah dan satu di Labuan serta 60 kerusi DUN. Mengenai pengangkutan udara dan air khususnya di kawasan luar bandar Sabah, Abdul Aziz berkata perkhidmatan helikopter akan diguna di 86 pusat mengundi, manakala bot pula di 55 pusat mengundi. Mengenai pasukan penguat kuasa, beliau berkata lima kawasan parlimen iaitu Sepanggar, Kota Kinabalu, Batu Sapi, Sandakan dan Tawau akan dipantau dua pasukan, manakala di kawasan lain satu pasukan. Bilangan pengundi pos berdaftar luar negara untuk Sabah ialah 65 orang setakat ini, termasuk 20 di Kota Kinabalu, sembilan masing-masing di Penampang dan Putatan serta lapan di Tawau. Abdul Aziz turut mengingatkan parti politik yang akan bertanding agar berkempen secara berhemah dan bertanggungjawab tanpa membangkitkan isu sensitive terutama berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu. "Saya yakin 'orang-orang Sabah' ini baik-baik belaka, tidak ada yang suka memburuk-burukkan orang lain, dan saya fikir, kalau semua pihak betul-betul berkempen (dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan) dan bertanggungjawab, pilihan raya kita akan berjalan dengan baik dan tiada masalah," katanya. "Pihak polis kita akan mengawal keadaan di semua kawasan sepanjang tempoh kempen pilihan raya, dan dalam keadaan tertentu, jika perlu, kita boleh juga meminta bantuan dari pihak tentera," katanya. Beliau turut menasihati pengundi di Sabah terutama di Lahad Datu agar menunaikan tanggungjawab mereka apabila pilihan raya diadakan. "Jangan takut dan jangan dengar khabar angin. Keluarlah beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Aziz meminta para petugas, terutama pengurus dan penolong pengurus pilihan raya supaya menjalankan tugas mereka dengan adil tanpa rasa takut atau berat sebelah. — Bernama |
Peguam Najib dan Pak Lah mohon ketepikan sapina perbicaraan PKFZ Posted: 12 Mar 2013 02:32 AM PDT KUALA LUMPUR, 12 Mac — Peguam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penyandang terdahulu Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) ataupun Pak Lah telah memberi isyarat akan mengenepikan sapina bagi anak guam mereka bagi memberi keterangan dalam perbicaraan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), kata Wong Kian Kheong.
Wong berkata hari kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi beliau perlu menemubual Najib dan Abdullah, sebelum membawa mereka memberi keterangan dalam pembelaan Dr Ling. Namun, beliau masih belum menerima sebarang maklum balas daripada peguam kedua-dua individu tersebut. Apabila ditemui luar kamar mahkamah hari ini, Wong mengesahkan sapina yang telah dikeluarkan belum lagi disampaikan, menegaskan temubual perlu dijalankan terlebih dahulu. Dr Ling yang berkhidmat sebagai menteri pengangkutan selama 17 tahun daripada Januari 1986 hingga Mei 2003 didakwa menipu Kabinet untuk meluluskan pembelian tanah PKFZ yang pada awalnya dianggar benilai RM1.1 bilion tetapi ia kemudiaan meningkat dengan berganda kepada RM4.6 bilion hingga tahun 2007. Semakan yang dibuat oleh sebuah firma perakaunan PricewaterhouseCoopers (PwC) mendedahkan pada 2009 jumlah keseluruhan termasuk faedah daripada pembayaran semula hutang boleh mencecah RM12.5 bilion. Sejak Disember 2009, enam individu telah didakwa di mahkamah termasuk bekas presiden MCA, Dr Ling dan penggantinya selaku menteri pengangkutan iaitu bekas timbalan ketua MCA Tan Sri Chan Kong Choy. Dr Ling juga berhadapan dua lagi pertuduhan tambahan atas menipu Kabinet untuk mempercayai terma pembelian — daripada RM25 sekaki termasuk faedah 7.5 peratus - telah diakui dan dipersetujui oleh JPPH walaupun menyedari tiada perjanjian yang wujud. Beliau berhadapan hukuman penjara selama tujuh tahun jika disabit kesalahan, atau denda, atau kedua-duanya keatas pertuduhan pertama dibawah seksyen 418 Kanun Keseksaan. Pertuduhan tambahan yang dihadapinya pula sedikit ringan, lima tahun penjara, atau denda, atau kedua-duanya. Perbicaraan selanjutnya akan bersambung pada 18 Mac nanti. Saksi lain yang dijangkan akan dipanggil ialah timbalan CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Faizal Abdullah, saksi pakar Sajjad Akhtar daripada firma perakaunan berasal dari Singapura. Awal hari ini, bekas menteri kabinet Tan Sri Fong Chan Onn memberi keterangan Dr Ling tidak menipu beliau keatas pembelian tanah PKFZ, sementara seorang lagi menteri Kabinet, Datuk Seri Rais Yatim masih lagi belum dipanggil untuk memberi keterangan. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan