Rabu, 13 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


ABIM fail saman fitnah RM10 juta terhadap Utusan Melayu

Posted: 13 Mar 2013 04:08 AM PDT

March 13, 2013

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berhubung penyiaran artikel oleh akhbar itu pada 8 Feb lepas.

Presiden Abim, Amidi Abdul Manan sebagai plaintif memfailkan writ saman itu melalui Tetuan Anwar Ismail & Associate di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Amidi menamakan Utusan Melayu dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti wartawannya Lukman Ismail sebagai defendan ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, Amidi mendakwa artikel berjudul 'Pas Benarkan Tarian Lucah, ABIM Hina Isteri Rasullulah' yang diterbitkan pada 8 Feb lalu adalah berniat  untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah serta merendahkan martabat pertubuhan itu.

Beliau mendakwa artikel itu membawa maksud bahawa Abim merupakan pertubuhan Islam yang jahat, tidak berintegriti dan pertubuhan yang tidak boleh dipercayai dan tiada kredibiliti.

Dalam writ saman itu, Amidi menuntut gantirugi teruk, gantirugi teladan, injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada menerbitkan atau menyiarkan mana-mana perkataan fitnah serta kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. — Bernama

“Kami bertempur dengan pengganas sebenar, bukan sandiwara — Jeneral Zulkifli

Posted: 13 Mar 2013 04:01 AM PDT

March 13, 2013

Seramai dua anggota tentera dan lapan anggota polis telah terbunuh setakat ini dalam menghadapi konflik di Lahad Datu, Sabah. — Gambar failPASIR MAS, 13 Mac —Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menegaskan pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas sebenar dan bukan satu sandiwara sebagaimana yang dicanangkan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak faham jika orang kata sandiwara. Nyawa dipertaruhkan... kami menghadapi musuh sebenar dan bukan lakonan.

"Dua anggota tentera dan lapan anggota polis terbunuh, adakah itu sandiwara? Tepuk dada tanya selera," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pengkebumian Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah Ismail di Kampung Bayu Lalang, di sini, hari ini.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah.

Seorang lagi anggota tentera, Kpl Ahmad Farhan Ruslan pula terkorban dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Terdahulu, lebih 3,000 hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi menyambut ketibaan jenazah dua pahlawan negara itu, yang diterbangkan melalui pesawat Charlie C-130, pada kira-kira 9.50 pagi.

Jenazah Ahmad Farhan dibawa ke rumah ibu bapanya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh. Jenazah Ahmad Farhan dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Madrasah Pohon Celagi, Pasir Hor.

Menyifatkan Allahyarham seorang anggota yang berani, Zulkifli berkata siasatan mendapati Ammad Hurairah sempat berbalas tembakan dengan beberapa pengganas sebelum gugur di medan perang.

"ATM akan membantu keluarga Allahyarham, apa saja yang kita mampu," katanya.

Zulkifli turut menyampaikan sumbangan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Ismail Husin, 55, iaitu ayah kepada Ahmad Hurairah selepas  pengkebumian tersebut.

Sementara itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri

Mustapa Mohamed yang turut hadir pada pengebumian itu meminta rakyat Malaysia bersatu dan menghentikan spekulasi berhubung soal keselamatan negara memandangkan ramai anggota keselamatan gugur ketika berjuang di perbatasan.

"Hentikan sagala tohmahan dan fitnah ini yang akhirnya akan meruntuhkan kita dan kita bertanggungjawab sebagai warganegara yang setia pada negara. Kita tak mahu satu pun suara sumbang yang memberi kata-kata yang menunjukkan kita tidak peka dengan kehibaan (yang dialami keluarga mangsa).

"Kita semua rakyat Malaysia amat terhutang budi dan kita berdoa semoga barisan hadapan akan teruskan perjuangan mereka untuk pastikan negara kita selamat sampai bila-bila," katanya.

Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Mohd Sharom Nordin berkata pengorbanan yang dilakukan oleh Allahyarham mencerminkan sikap taat dan setia kepada negara walaupun nyawa yang menjadi pertaruhannya.

"Kalau ada lagi orang mengatakan ini semua sandiwara, saya tak tahu nak cakap apa... rakyat kita, tentera kita sendiri... hari ini anak Kelantan telah mempertaruhakan nyawa untuk kedaulatan negara.

"Hilangkan syak wasangka, ini satu pengorbanan yang diterima Allah S.W.T.," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved