Khamis, 14 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mahkamah akan dengar rayuan tentang ‘Allah’ pada Mei

Posted: 14 Mar 2013 02:22 AM PDT

March 14, 2013

Kes rayuan penggunaan 'Allah' akan dibawa ke bulan Mei. — Gambar failKUALA LUMPUR, 14 Mac — Pertelingkahan penggunaan perkataan "Allah" akan mula dibicarakan kembali di mahkamah Mei ini, dan dilihat bakal memberikan pencerahan kepada Muslim dan bukan Muslim di negara ini yang bertelagah sejak tiga tahun lalu berhubung pengggunaan perkataan Arab tersebut.

Mahkamah Rayuan menetapkan pendengaran oleh enam pihak berkuasa agama negeri pada 8 Mei menentang keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang memberikan kebenaran kepada Gereja Katolik untuk menggunakan prkataan Arab itu dalam penerbitan berbahasa Melayu mereka, The Herald, dan menambah "Allah" tidak hanya eksklusif kepada Islam.

Peguam Gereja Katolik S Selvarajah berkata kepada The Malaysian Insider rayuan telah ditetapkan hari ini selepas kes di bawa ke mahkamah rayuan.

"Pengurusan kes untuk rayuan pada 25.4.2013. Pendengaran rayuan oleh pihak berkuasa negeri pada 8.5.2013," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.

Enam pihak berkuasa agama negeri itu adalah:Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu. Mereka menegaskan perkataan "Allah" eksklusif untuk umat Islam.

Persatuan Cina Muslim Malaysia juga dijangka bersedia untuk mencabarnya.

"Mereka merayu untuk mengetepikan, yang mana rayuan perlu didengar dahulu," kata Selvarajah, merujuk kepada cabaran pihak berkuasa agama tersebut yang sebelum ini ditolak Mahkamah Tinggi.

Kementerian Dalam Negeri merayu kepada Mahkmah Tinggi, hanya ditetapkan untuk pengurusan kes pada 25 April tanpa sebarang tarikh khusus untuk pendengaran.

Rayuan itu difailkan KDN awal 2010.

Gereja Katolik bersetuju dengan larangan KDN daripada menerbitkan perkataan Allah sehingga rayuan itu selesai.

Krisis penggunaan kalimah Allah muncul sejurus Pilihan Raya 2008 dan sekali lagi pada Pilihan Raya 2013 yang mana menimbulkan pertelagahan antara Muslim dan bukan Muslim di negara ini.

Majoriti rakyat Malaysia adalah Muslim dengan membentuk 60 peratus daripada keseluruhan 28 juta populasi penduduk.

Isu penggunaan kalimah itu kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sekali lagi menggesa kerajaan untuk membenarkan ianya digunakan komuniti Kristian dalam perutusan Krismas 2012.

Dua helikopter tentera darat tiba bagi perkukuh Operasi Daulat

Posted: 14 Mar 2013 01:54 AM PDT

March 14, 2013

LAHAD DATU, 14 Mac — Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109, tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.

Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (gambar) semalam bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat perlu ditambah untuk terus menggempur penceroboh militan khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.

Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat. Selain helikopter itu, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di sini secara berperingkat.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved