The Malaysian Insider :: Bahasa |
Keluarga sedang uruskan bedah siasat PI Bala, tiada keraguan setakat ini Posted: 15 Mar 2013 02:25 AM PDT
Pada waktu ini, ahli keluarga sedang menguruskan mayat untuk dihantar dari rumah keluarga di Rawang ke hospital Sungai Buloh di sini dimana peguam R Sivarasa sedang menguruskan autopsi untuk dijalankan. Bercakap kepada pemberita, pemimpin PKR itu mendedahkan Balasubramiam mempunyai beberapa masalah jantung pada masa lalu dan mengatakan walaupun keluarga akan menunggu sehingga keputusan bedah siasat keluar, mereka percaya beliau meninggal dunia akibat daripada sakit jantung. "Kelihatan seperti serangan jantung," katanya. Peguam tersebut menambah, Balasubramaniam telah mengadu sakit dada pada waktu pagi dan ahli keluarga telah membawanya ke klinik berhampiran rumah mereka di Rawang. Bekas penyiasat persendirian itu diumumkan mati di klinik lebih kurang pukul 1.30 petang. MENYUSUL LAGI |
Baha Zain diumum Sasterawan Negara ke-12 Posted: 15 Mar 2013 02:12 AM PDT
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, ketika mengumumkannya, berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan anugerah itu pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. "Pemilihan tokoh ini adalah berdasarkan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini. Anugerah kerajaan persekutuan itu melayakkan Baha Zain menerima wang tunai sebanyak RM60,000, Watikah Penghormatan Negara dan mendapat tajaan RM500,000 bagi menerbitkan 50,000 naskah karya beliau untuk diedarkan ke sekolah, jabatan dan agensi kerajaan. Selain itu, Baha Zain juga akan menerima kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan, kemudahan dan keselesanan untuk mencipta karya sastera, menerbitkan karya serta penterjemahaan karya yang sesuai ke dalam bahasa asing. Baha Zain, anak kelahiran Hutan Melintang, Perak, berusia 73 tahun itu, berkarya sejak di sekolah menengah dan mula dikenali menerusi karyanya yang berjudul 'Perempuan dan Bayang-Bayang' yang dihasilkan pada 1974. Antara kejayaan peribadi beliau dalam dunia sastera adalah menerima Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) 2011, Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) 1980 selain Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa (Persatuan Linguistik Malaysia) 2004 dan Anugerah Budaya Gapena pada 2008. Pada Mac tahun lepas, penyair Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya Kemala, 72, dipilih sebagai Sasterawan Negara ke-11. — Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan