Sabtu, 16 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Cecil Abraham draf pengakuan bersumpah kedua ‘PI Bala’, kata Americk

Posted: 16 Mar 2013 02:08 AM PDT

Oleh Boo Su-Lyn
March 16, 2013

Saudara P. Balasubramaniam menjalankan upacara tradisi sebelum pembakaran mayat. — Gambar The Malaysian InsiderKUALA LUMPUR, 16 Mac — Peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham yang mendrafkan pengakuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P. Balasubramaniam melibatkan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, kata peguam Americk Singh Sidhu.

Americk yang merupakan peguam Balasubramaniam, juga menambah usul SD kedua Balasubramaniam pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam ke-67 hari ini telah digugurkan, memandangkan pencadang berpuas hati dengan langkah diambil Majlis Peguam untuk menangani isu tersebut.

"Tan Sri Cecil Abraham mengakui kepada saya bahawa telah mendrafkan pengakuan bersumpah kedua," kata Americk kepada wartawan yang ditemui selepas AGM Majlis Peguam hari ini.

"Saya tidak berminat untuk buat aduan dengan lembaga disiplin peguambela dan peguamcara. Itu bukan agenda saya. Agenda saya ialah mencari siapa yang mengarahkan beliau melakukannya," tambah Americk.

Balasubramaniam ataupun dikenali "PI Bala" menuduh beberapa personaliti pegawai tertinggi kerajaan yang terlibat dalam pembunuhan Altantunya dalam SD pertamanya pada tahun 2008, dua tahun selepas pembunuhan kejam.

MENYUSUL LAGI

Ringgit diunjur alami dagangan dalam jajaran kecil minggu depan

Posted: 16 Mar 2013 12:20 AM PDT

March 16, 2013

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Ringgit diunjur menyaksikan dagangan dalam jajaran kecil minggu depan setelah sentimen berkemungkinan dipengaruhi oleh pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, kata para peniaga.

Seorang peniaga berkata ringgit juga mungkin terjejas dengan sikap tunggu dan lihat pedagang dan kegiatan pengambilan untung.

Beliau berkata kegiatan pengambilan untung yang sederhana bagaimanapun dijangka menyediakan sokongan kepada mata wang tempatan.

Berdasarkan kepada trend sejarah, sebarang penurunan dan kelemahan berminggu-minggu sebelum pilihan raya umum akan menyediakan peluang belian yang baik, katanya.

Sementara itu, beliau berkata peningkatan keyakinan terhadap ekonomi Amerika Syarikat diunjur meningkatkan minat risiko tetapi pada masa yang sama memberi tekanan kepada ringgit.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit didagangkan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS setelah keyakinan bertambah terhadap ekonomi terbesar dunia itu membantu menaikkan minat risiko tetapi kenaikan berterusan dihadkan oleh kegiatan pengambilan untung.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit lebih rendah berbanding dolar AS pada 3.1225/1245 daripada 3.1045/1065.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 2.4892/5002 daripada 2.4924/4942 tetapi turun berbanding yen pada 3.2519/2550 daripada 3.2508/2546.

Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 4.7212/7255 daripada 4.6568/6604 dan lebih rendah berbanding euro pada 4.0642/0674 daripada 4.0632/0664. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved