Selasa, 19 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Singapura jadi ‘Switzerland’ baru untuk pelabur elak cukai, kata peguam Malaysia

Posted: 19 Mar 2013 02:30 AM PDT

Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita
March 19, 2013

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Singapura menjadi destinasi pilihan untuk pelabur asing mengelak daripada syarat perniagaan di Malaysia yang menetapkan undang-undang perkongsian sebagai syarat wajib dan mengelak membayar cukai dan harga tanah di Sarawak kerana negara republik itu mempunyai "Tembok Besar China", kata peguam Malaysia.

Alvin Chong, peguam yang diakatakan mewakili kerajaan Sarawak telah dikatakan telah terdedah pada video penyiasat menyamar dari organisasi aktivis antarabangsa bagaimana untuk memperolehi perkongsian 51 peratus tempatan serta mengelakkan membayar cukai perolehan hartanah (RPGT).

Norlia Abdul Rahman dan kakaknya Fatimah, yang merupakan anak perempuan kepada bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Ya'akub dan sepupu kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dikatakan menjual 5,000 hektar tanah di negeri terbesar di Malaysia itu pada harga US$16.6 juta (RM51.8 juta) dan menjadikan syarikat berpangkalan di UK - Global Witness (GW) yang menyamar sebagai pembeli.

Peguam itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Chong berkata kepada "pelabur" dengan mudah boleh mengaburi undang-undang oleh pendua transaksi tanah di sini dan di Singapura.

Video 16 minit dimuatnaik oleh GW turut dipaparkan dalam siaran Al Jazeera jam 10 pagi tadi.

GW: Semua orang yang kami temui memilih Singapura.

Peguam: Sebab yang sangat jelas.

GW: Adakah kamu cuba mengatakan tiada komunikasi antara Singapura dan sini?

Peguam: Sebab itu kami pilih Singapura. Singapura ada Tembok Besar China. Mereka tidak akan mendedahkan apa-apa kepada kerajaan Malaysia.

GW: Adakah sebab kerajaan Malaysia tidak bertanya?

Peguam: Mereka ada soal, tetapi kerajaan Singapura menolak. Maaf, ia bukan masalah kamu. Mereka adalah New Zealand baru. Bidang kuasa melalui pilihan untuk orang-orang seperti kita. Kami beroperasi menggunakan akaun Singapura juga, kedua-dua entiti peribadi dan korporat.

Bertanding Gelang Patah, Kit Siang umpama ahli politik ‘touch and go’, kata Soi Lek

Posted: 19 Mar 2013 01:56 AM PDT

Oleh Nomy Nozwir
March 19, 2013

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan tindakan penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah, Johor umpama ahli politik "touch and go" merujuk kepada tindakan seringkali berpindah kerusi pilihan raya.

Chua berkata, berdasarkan rekod Lim, beliau tidak akan bertahan lama dalam mana-mana kawasan yang ditandinginya.

"Berdasarkan modus operandi beliau, beliau bertanding 10 kali, menang tujuh kali dan kalah tiga. Jadi apa yang beliau lakukan ketika menang? Tiada siapa ingat apa yang beliau lakukan.

"Kalau kita ingin panggil secara baik, beliau ini ahli politik "langgar lari", atau secara kasarnya, ahli politik "touch and go"," kata Chua (gambar) dalam kenyataannya hari ini.

Chua berkata, membantu orang ramai bukanlah sesuatu yang ada dalam kamus hidup Lim, sebaliknya beliau hanya bertanding untuk kepentingan parti.

"DAP mengatakan mereka sebagai parti berbilang kaum tetapi hanya bertanding di kawasan majoriti Cina. Kali ini beliau memilih Gelang Patah, dan ini adalah tipikal bagi DAP dengan menggunakan taktik Cina lawan Cina," kata Chua lagi.

Menurut Chua lagi, kaum Melayu merupakan kaum terbesar di negara ini, jadi sekiranya DAP melangkaui batas kaum, mereka harus berhadapan dengan Umno pada Pilihan Raya akan datang.

"Mereka harus lawan orang kuat Umno, daripada lawan pendatang baru di kawasan majoriti Cina.

"Jadi saya boleh katakan walaupun DAP mengatakan dalam slogannya tidak kepada perkauman, tetapi mereka tetap menggunakan politik perkauman," kata Chua lagi.

Menurut Chua, DAP sangat bercita-cita tinggi tetapi mereka mengetahui mereka tidak mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) di Johor, kerana itu mereka cuba menggunakan taktik "Cina lawan Cina" untuk menewaskan MCA.

"Jika itu menjadi realiti, kebimbangan saya ialah sistem dua parti menjadi sistem dua kaum dimana Umno semakin kuat dalam kerajaan dan DAP akan mendapat lebih banyak kerusi dalam pembangkang. Kaum Cina akan digunakan sebagai buah catur DAP dan akan kerugian," kata Chua lagi.

Sabtu lalu, sumber dalaman Pakatan Rakyat (PR) memberitahu Lim akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor pada Pilihan Raya 2013.

DAP juga akan bertanding di kawasan Segamat, Kluang, Kulai, Tanjung Piai, Labis dan Bakri yang dikatakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) untuk membantu PR memenangi kerusi pusat dalam pilihan raya paling sengit yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

"Kami mahu memenangi kelompok kerusi baru di Johor dan membantu mengambil alih kerajaan pusat kerana situasi 50-50 ketika ini," kata seorang pemimpin parti kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya dirahsiakan.

"Walaupun kerusi Gelang Patah dimenangi MCA pada pilihan raya lalu dengan 8,000 undi, ia berbaloi untuk mengambil risiko tersebut," tambah beliau.

PKR bertanding di Gelang Patah dalam dua pilihan raya lepas tetapi tewas kedua-duanya kepada Ketua Wanita MCA Johor Tan Ah Eng.

Tan mengekalkan kerusinya pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 8,851 undi, majoriti yang agak kecil berbanding yang 31,666 undi majoriti yang diperolehi pada 2004.

Pengundi Cina membentuk 54 peratus di kawasan tersebut, manakala kaum Melayu dan India pula sebanyak 34 peratus dan 12 peratus secara keseluruhannya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved