Khamis, 21 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


BN yakin mampu menang di Pulau Pinang

Posted: 21 Mar 2013 01:22 AM PDT

March 21, 2013

Barisan Nasional (BN) yakin mampu menewaskan Pakatan Rakyat (PR) dan merebut kembali Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang. — Gambar AFPKUALA LUMPUR, 21 Mac — Barisan Nasional (BN) yakin mampu menewaskan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya akan datang.

PR kini menguasai 29 dari 40 kerusi dewan undangan negeri di Pulau Pinang, dengan Umno memenangi 11 kerusi. Gerakan dan MCA tewas semua kerusi yang ditandingi pada 2008.

Namun The Malaysian Insider difahamkan keyakinan BN untuk membuat kejutan berdasarkan kajian laporan mereka sendiri dan kajian terbaru sentimen pengundi oleh badan bukan kerajaan.

Dalam laporan tersebut mengatakan BN mendahului di 14 kerusi majoriti Melayu, yang dikuasai PKR dan PAS.

Buat masa sekarang, PAS kekal di satu kerusi, PKR lima manakala DAP memenangi 19 kerusi dewan undangan negeri yang kebanyakannya majoriti Cina.

Tetapi menurut kajian akar umni BN melihat terdapat beberapa peluang untuk memenangi kerusi DAP walaupun wujud sentimen anti-BN di kalangan pengundi Cina di seluruh negara.

Sesetengah dari mereka berpendapat BN mampu menang di Padang Lalang, Pengkalan Kota, Bukit Tambun dan Datok Keramat.

Datok Keramat, yang kini dipegang ooleh Jagdeep Singh Deo dari DAP, mempunyai 58 peratus majoriti Cina dengan Melayu mewakili 34 peratus sementara India 10 peratus pengundi.

Pada pilihan raya lalu Jagdeep hanya menang dengan 1,855 undi majoriti. BN yakin akan memenangi undi kaum India dan Melayu.

Bagaimanapun adalah sangat mengejutkan sekiranya BN berjaya memenangi Padang Lalang, yang juga dimenangi DAP, kerana kerusi tersebut merupakan 84 peratus pengundi Cina.

Pengkalan Kota, dengan 95 peratus pengundi Cina, merupakan kawasan yang memerlukan sokongan yang banyak untuk BN menang.

Bukit Tambun, yang kini milik PKR, merupakan sebuah lagi kerusi majoriti Cina, dengan 70 peratus pengundi.

Laporan dari akar umbi BN juga mengatakan mereka mempunyai peluang untuk menang di Pulau Tikus, Jawi, dan Kebun Bunga.

Pulau Tikus, yang kini dimenangi oleh DAP, merupakan kerusi di mana 79 peratus pengundinya terdiri daripada kaum Cina, memerlukan sokongan yang kuat jika BN ingin menang. Namun BN kalah tipis dengan DAP dengan 1,714 undi pada 2008.

Jawi, sebuah lagi kerusi DAP, merupakan sasaran realistik untuk BN, dengan kaum Cina cuma 58 peratus, dengan Melayu 22 peratus dan India 20 peratus.

Kebun Bunga, dimenangi oleh PKR, adalah kerusi yang sukar dimenangi untuk BN yang mempunyai 78 peratus undi.

Pegawai BN percaya keputusan untuk memindahkan beberapa calon kuatnya ke negeri lain seperti Johor menunjukkan pakatan tersebut gagal mentadbir negeri tersebut dan hanya meletakkan muka baru di kerusi tersebut.

PKR gesa pihak berkuasa dedahkan jika militan Sulu datang dari ‘Projek IC’

Posted: 20 Mar 2013 11:59 PM PDT

Oleh Nomy Nozwir
March 21, 2013

KUALA LUMPUR, 21 Mac — PKR hari ini mahu kerajaan mendedahkan perkara sebenar jika militan Sulu yang cuba menawan Sabah 9 Februari lalu datang dari rancangan "Projek IC", iaitu pemberian kad pengenalan kepada warga asing sebagai pertukaran untuk undi.

Kesultanan Sulu menurut jurucakapnya semalam berkata Agbimuddin Kiram — adik kepada Jamalul Kiram III — yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengesahkan pernah bekerja sebagai pembantu pegawai daerah di Kudat, Sabah.

"Pengesahan oleh jurucakap kumpulan yang menggelarkan diri mereka Kesultanan Sulu yang dibuat di Manila bahawa Agbimudin Kiram pernah menjadi pegawai kerajaan di negeri Sabah terus menimbulkan persoalan mengenai latar belakang sebenar konflik pencerobohan di Lahad Datu," kata Rafizi Ramli (gambar), dalam kenyataan yang diberikan hari ini.

"Pengesahan itu mengiyakan kerisauan banyak pihak bahawa kumpulan bersenjata di Lahad Datu turut melibatkan rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang memegang kad pengenalan biru.

"Perkara ini mendedahkan kemungkinan ancaman keselamatan yang timbul akibat dari tindakan pihak tertentu yang dituduh berkait dengan Tun Mahathir Mohamad memberikan kerakyatan tanpa melalui proses yang sah."

Menurut Rafizi, pengesahan itu membayangkan banyak perkara yang masih belum dibongkarkan oleh inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang asing yang ditangguh kerana serangan puak bersenjata Sulu di Lahad Datu yang setakat ini mengorbankan 10 orang pasukan keselamatan Malaysia dan 62 puak bersenjata Sulu sejak konflik berlangsung.

"Apakah Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan biru? Berapa ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru?  Berapa ramai dari kalangan mereka yang mempunyai kad pengenalan biru mendapat kad pengenalan biru di bawah Projek IC?" kata pengarah strategi PKR itu.

"Ini adalah soalan-soalan asas yang wajib dijawab oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, memandangkan beliau seharusnya berterus terang mengenai latar belakang konflik ini dengan rakyat."

Rafizi mencadangkan supaya pertimbangan diambil untuk memulakan serta merta prosiding RCI yang tergendala bagi memastikan semua aspek berhubung pemberian kad pengenalan di Sabah tanpa melalui proses yang sah diteliti dan dibongkar sepenuhnya.

Semalam, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani, memberitahu media Filipina di Manila bahawa Agbimuddin pernah bekerja selaku pembantu pegawai daerah di Kudat, menyokong kenyataan PKR semalam, berdasarkan pencarian dari slip gaji kerajaan Sabah dari arkib negeri.

Idjirani bagaimanapun mengatakan Agbimuddin — adik kepada Jamalul Kiram III — sebagai warga Filipina dan tidak pernah menjadi warga Malaysia seperti didakwa PKR.

Beliau berkata keluarga Kiram, yang mahu menuntut semula hak mereka sejak abad ke-17 terhadap negeri utara Borneo yang kini menjadi milik Malaysia, tinggal di Sabah sejak pembunuhan beramai-ramai Jabidah 1968.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved