Isnin, 25 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib setuju tuntutan pekerja badan berkanun tubuh dana pencen seragam

Posted: 25 Mar 2013 02:54 AM PDT

Oleh Nomy Nozwir
March 25, 2013

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri Perhimpunan Perdana Bersama Tujuh Badan Berkanun Yang Diasingkan, hari ini.KUALA LUMPUR, 25 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk menubuhkan dana pencen seragam bagi tujuh badan berkanun yang diasingkan saraan (BBDS), disamping tuntutan-tuntutan lain dari kesatuan pekerja itu.

Menurut Najib, selain dari dana pencen itu, kerajaan juga bersetuju dengan tuntutan lain seperti imbuhan tetap perumahan, pemberian saguhati kepada mereka yang bersara dan pembayaran bagi pihak majikan untuk tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang seragam bagi kesemua pekerja-pekerja yang terlibat.

"Kita adalah kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat, tetapi kita mesti tunaikan permintaan dalam lingkungan realiti sekarang.

"Jika ekonomi berkembang, hasil negara bertambah, badan berkanun ditadbir dengan baik, kekayaan itu kita kongsi bersama rakyat," kata Najib sempena Perhimpunan Perdana Bersama Tujuh Badan Berkanun Yang Diasingkan, hari ini.

BBDS mewakili 40,000 orang pekerja dalam badan-badan berkanun seperti  Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

Badan-badan berkanun ini dipisahkan sejak 1992 dan mempunyai autonomi sendiri, dari sebelumnya merupakan di bawah sektor awam.

Pada tahun 2005, Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi autonomi kepada tujuh badan berkanun ini untuk menetapkan sendiri kadar peningkatan peratus dalam KWSP.

Menurut Presiden BBDS, Tuan Azman Tuan Yaacob, pemisahan ini pada awalnya dilakukan kerana prestasi mereka yang cemerlang menyebabkan mereka mahu memisahkan dari sektor awam.

"Tetapi sekarang sektor awam, dibawah pentadbiran sekarang telah jauh meninggalkan kita, kita telah ketinggalan...", kata Tuan Azman dalam ucapannya.

Menurut Najib, satu pertemuan antara beliau dan Tuan Azman diadakan pada 22 Februari lalu, dan di antaranya membincangkan mengenai tuntutan-tuntutan pekerja dalam badan berkanun ini.

"Saya sudah tunaikan janji, janji sudah ditepati, kini tiba masanya anda pula untuk menepati janji," kata Najib kepada kira-kira 5,000 orang di dalam dewan, yang memakai baju merah dan bersorak 'I Love PM'.

Langkah ini dilihat sebagai satu cara memenangi hati pekerja dalam sektor badan berkanun, terutamanya menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Presiden Kongres Kesatuan-Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman berkata, beliau berharap kesemua agensi-agensi ini dapat disatukan sebagai penjawat awam.

Kabin sementara ESSCOM tiba di Lahad Datu

Posted: 25 Mar 2013 01:56 AM PDT

March 25, 2013

LAHAD DATU, 25 Mac — Tiga kabin untuk menempatkan pejabat sementara Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) tiba di Pangkalan Polis Marin, di sini hari ini.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata tiga kabin yang berharga kira-kira RM80,000 sebuah itu, dijangka beroperasi secepat mungkin.

"Kami telah memanggil Jabatan Air dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk mencari jalan bagaimana pejabat ini dapat berfungsi dengan kadar segera," kata Mohd Thajudeen ketika ditemui pemberita di sini.

"Kita tempatkan semua kabin di sini (Pangkalan Polis Marin) sementara mencari tapak yang sesuai untuk membangunkan sebuah ibu pejabat di Lahad Datu."

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri Sabah. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved