Selasa, 26 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kerugian akibat jenayah komersil meningkat RM0.5b, kata polis

Posted: 26 Mar 2013 02:53 AM PDT

March 26, 2013

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Jumlah kerugian membabitkan jenayah komersil pada 2012 meningkat kepada RM1.6 bilion berbanding RM1.1 bilion pada tahun sebelumnya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata bagaimanapun bilangan kes menurun kepada 18,386 pada tahun lalu berbanding 22,033 pada 2011.

"Kes membabitkan antaranya penipuan, salah guna harta, pemalsuan dan wang palsu. Mengikut operasi dan siasatan yang dibuat, kebanyakan kes dilakukan warga asing antaranya dari negara-negara Afrika iaitu Nigeria, Afrika Selatan, Ghana, Uganda, Guinea dan Zambia.

"'Trend' penjenayah sekarang ialah menipu dengan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau Internet," katanya pada wawancara khas dengan pemberita di pejabatnya, di sini hari ini.

Beliau berkata sesetengah warga asing itu mengambil kesempatan daripada dasar kerajaan yang mengalakkan mereka melanjutkan pelajaran di Malaysia. 

"Mereka datang ke sini untuk mengambil kesempatan melakukan jenayah...pada mulanya mereka akan mendaftar dan membayar yuran persekolahan, tetapi ada yang langsung tidak masuk kelas kerana tujuan sebenar mereka datang ke Malaysia ialah menipu," katanya.

Ditanya mengenai punca orang ramai mudah menjadi mangsa golongan ini, Syed Ismail berkata sikap tamak kadang-kadang membuatkan masyarakat leka sekalipun mempunyai pendidikan yang tinggi.

Katanya masyarakat juga mudah terpedaya dengan paparan gambar pada Internet.

"Antara contoh penipuan yang dilakukan melalui Internet ialah (Love Scam) contohnya apabila seseorang akan meletakkan gambar yang cantik di Facebook...tetapi secara realitinya kita tidak tahu muka sebenar orang tersebut maka kita perlulah berhati-hati," katanya.

Beliau juga berkata semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani jenayah seperti itu selain kerjasama antara polis dan pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. — Bernama

Kit Siang cadang DUN di bawah Pakatan dibubar serentak dengan Parlimen

Posted: 26 Mar 2013 02:33 AM PDT

March 26, 2013

NUSAJAYA, 26 Mac — Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dibubar serentak dengan pembubaran Parlimen untuk kemudahan pengundi.

Di antara empat negeri di bawah Pakatan Rakyat beliau berkata, DUN Selangor akan tamat tempoh pada 20 April manakala Kelantan enam hari kemudian.

Pembubaran serentak adalah untuk tidak menimbulkan kesulitan kepada para pengundi, kerana pilihan raya dapat dijalankan serentak, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat operasi DAP Gelang Patah di sini hari ini.

Lim berkata, beliau akan menyampaikan pandangannya mengenai perkara tersebut pada mesyuarat bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur nanti. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved