Khamis, 28 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mempertingkat kemahiran berbahasa Inggeris di sekolah

Posted: 28 Mar 2013 02:55 AM PDT

March 28, 2013

PUTRAJAYA, 28 Mac — "Pelajar kami mempamerkan peningkatan dalam ujian kemahiran Bahasa Inggeris," jelas Guru Besar di sebuah sekolah menengah di sini kepada Bernama.

Pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, seramai 50 pelajar mencapai A dalam subjek bahasa Inggeris dan angka itu terus melonjak kepada 85 pelajar pada tahun lepas.

"Pelajar hari ini perlu banyak bertutur dalam bahasa Inggeris, tahap keyakinan mereka akan meningkat dan ini membantu mereka bertutur dengan penuh yakin dalam bahasa itu," tegas beliau.

Sistem pelajaran bagi sekolah rendah kini menyaksikan penilaian kebolehan berbahasa Inggeris dibuat berdasarkan sekolah yang dinamakan "Pentaksiran Berdasarkan Sekolah" atau PBS.

Ia dikuatkuasa tiga tahun lepas. Bagi sekolah menengah, penilaian PBS adalah pada tahun kedua peringkat perlaksanaannya.

Terdapat enam jalur untuk penilaian bagi setiap pelajar mempamerkan kemahiran mereka dalam bahasa itu secara harian, mingguan atau bulanan.

Kurikulum sekolah

Sistem pelajaran di sekolah rendah kini bukan lagi berdasarkan peperiksaan kerana sudah tentu bahasa adalah satu perantara yang digunakan secara harian dalam pertuturan dan bukan hanya dalam bentuk penulisan sahaja.

Bagi Noorshazeele Zakaria, seorang mahasiswa tahun akhir di universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau menceritakan guru bahasa Inggerisnya sentiasa pentingkan sesi membaca karangan dan belajar nahu semasa beliau berada di sekolah menengah beberapa tahun lepas.

"Penggunaan bahasa Inggeris dalam bilik darjah ketika itu adalah penting. Saya dan rakan-rakan begitu suka pembelajaran subjek Bahasa Inggeris dan kami bertutur seberapa banyak yang boleh dalam bahasa itu.

"Pada masa sekolah rendah, sesi belajar subjek bahasa Inggeris begitu menceriakan. Kini setelah berada di universiti, bahasa Inggeris banyak digunakan sebagai bahasa perantara.

"Pembentangan kursus dijalankan dalam bahasa Inggeris dan saya dapati pendedahan semasa saya di bangku sekolah banyak membantu," jelas beliau.

Cerita Noorshazeele lagi, guru bahasa Inggerisnya di sekolah menyelitkan pelbagai "permainan" dalam sesi pengajaran bahasa itu bagi menambah motivasi dan minat dalam subjek berkenaan.

Tahap

"Sebagai guru bahasa Inggeris, kami menilai pelajar secara berterusan tidak kira sama ada ketika mereka berada dalam kelas atau ketika bertutur di luar bilik darjah.

"Pelajar yang bercakap dengan kami dalam bahasa Inggeris, dapat memberi gambaran terhadap penguasaan bahasa Inggeris mereka dan ini membolehkan kami mencatat kemajuan yang mereka capai," kata seorang bekas guru subjek bahasa Inggeris kepada penulis di Shah Alam baru-baru ini.

Di bawah penilaian sistem PBS sekarang, pelajar diberi penilaian secara lisan tanpa bergantung kepada ujian bertulis.

"Ujian yang dijalankan satu ketika dulu bergantung hanya kepada penilaian sekali sahaja. Ada pelajar yang tidak mencatat keputusan yang baik ketika ujian itu dijalankan mungkin kerana faktor resah atau sesuatu masalah yang tidak diduga seperti sakit dan itu adalah sungguh malang sekali.

"Penilaian secara PBS adalah lebih holistik dan meliputi kebolehan pelajar. Penilaian dijalankan secara berterusan mengikut spesifikasi dan kebolehan yang diperoleh dalam bilik darjah," jelas seorang pegawai Pelajaran Daerah Selangor yang pernah bertugas sebagai seorang guru sekolah.

Sekiranya pelajar mencapai tahap penilaian bagi kurikulum yang diajar dalam kelas, penilaian itu akan bergerak ke tahap yang lebih tinggi dan pelajar diberi peluang mempertingkatkan keupayaan mereka.

Pelan Pembangunan Pelajaran Malaysia bagi tempoh 12 tahun iaitu 2013-25 bertujuan melahirkan masyarakat muda yang mahir berbahasa Inggeris.

Ini juga akan menyaksikan masyarakat Malaysia berupaya menggunakan bahasa Inggeris dengan lebih yakin di tempat kerja masing-masing.

Pelan Pembangunan itu juga berhasrat memenuhi konsep "kualiti" di mana setiap rakyat Malaysia yang muda berupaya mencipta kejayaan dalam pelajaran. — Bernama

Singapura alu-alukan hukuman ke atas bekas diplomat Romania

Posted: 28 Mar 2013 02:46 AM PDT

March 28, 2013

SINGAPURA, 28 Mac — Singapura mengalu-alukan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Bucharest terhadap bekas Kuasa Usaha Romania di republik itu.

Dr Silviu Ionescu pada semalam dijatuhi hukuman penjara tiga tahun berhubung kes kemalangan di Singapura pada Disember 2009.

Kenyataan itu dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar Singapura sebagai respon kepada media berhubung hukuman tersebut yang dijatuhkan selepas perbicaraan selama dua tahun lapan bulan.

Ionescu didapati bersalah atas tuduhan membunuh, mendatangkan kecederaan secara cuai dan meninggalkan tempat kemalangan.

Beliau disabit kesalahan melanggar tiga pejalan kaki ketika memandu kereta milik kedutaan Romania.

Salah seorang pejalan kaki itu merupakan rakyat Malaysia berusia 30 tahun yang maut bersabit kejadian itu. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved