Sabtu, 30 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tun Abdullah yakin keupayaan BN menang besar PRU-13

Posted: 30 Mar 2013 02:56 AM PDT

March 30, 2013

KEPALA BATAS, 30 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk menang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata ini berikutan BN telah berusaha keras membawa perubahan besar kepada negara dan rakyat menerusi pelbagai perancangan dan program transformasi.

"Nak kerajaan yang kuat perlu menang dua pertiga kerusi Parlimen dan saya yakin BN boleh dapat kerana mereka telah bekerja keras.

"Saya harap mereka (rakyat) akan terus bagi sokongan (kepada BN) supaya segala program transformasi dan perancangan dapat diteruskan pada masa hadapan. Itu semua adalah untuk rakyat juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni KD Sri Pinang bersama masyarakat Permatang Sintok di sini hari ini.

Pada program sehari itu, seramai 75 anggota pasukan simpanan sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia bersama penduduk kampung membaiki rumah orang miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU), menjalankan kerja gotong royong dan aktiviti membersih rumah di kawasan itu.

Mengenai pembubaran Parlimen, beliau berkata ia bukan satu isu kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai jangka masa tertentu untuk berbuat demikian. — Bernama

Perlindungan insurans, imbuhan RM500 untuk warga kerja Pos Malaysia

Posted: 30 Mar 2013 02:52 AM PDT

March 30, 2013

SHAH ALAM, 30 Mac — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan 16,191 warga kerja Pos Malaysia Berhad di seluruh negara akan menerima pelan perlindungan insurans untuk diri sendiri dan keluarga selain imbuhan istimewa RM500.

Beliau berkata pelan insurans itu menjadi perlindungan jika kakitangan syarikat dan anggota keluarga mereka menghadapi kecemasan.

Muhyiddin mengumumkan berita gembira itu ketika berucap pada Majlis Mesra Bersama Warga Kerja Pos Malaysia di Pusat Mel Nasional di sini.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata imbuhan RM500 untuk setiap warga kerja Pos Malaysia itu akan dibayar bersama gaji bulan April manakala pelan insurans itu membabitkan anggaran kos RM670,000 setahun.

"Imbuhan ini ialah tanda penghargaan Pos Malaysia atas usaha gigih warga kerjanya," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin menerima sumbangan RM80,000 yang disampaikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, hasil kutipan warga Pos Malaysia dan Koperasi Pos Nasional Bhd untuk membantu keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Selain itu, beliau menyampaikan komputer Netbook 1Malaysia kepada 12 anak warga Pos Malaysia yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Muhyiddin menarik perhatian sungguhpun peredaran zaman menyaksikan ledakan teknologi seperti yang dicerminkan oleh penggunaan e-mel dan kecanggihan telefon pintar, namun perkhidmatan pos masih memainkan peranan penting dalam kehidupan harian masyarakat.

Ini termasuk dalam soal penghantaran bungkusan dan dokumen penting.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata pimpinan negara melakukan perubahan dan menangani pelbagai isu secara terancang bagi memastikan nasib rakyat terbela dan pendapatan mereka meningkat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan prasyarat kepada segala usaha kerajaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat dan memastikan ekonomi negara terus berkembang ialah keselamatan yang berterusan. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved