The Malaysian Insider :: Bahasa |
Abang Sarjan Sabaruddin sokong serangan terhadap pengganas Sulu Posted: 05 Mar 2013 02:37 AM PST SHAH ALAM, 5 Mac — Abang kepada seorang anggota polis yang terkorban dalam serangan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah Jumaat lepas, menyokong penuh tindakan kerajaan melancarkan serangan hari ini untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata itu. Che Azni Ahmadun, 49, abang susuan kepada Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud, 46, berkata langkah itu perlu untuk mempertahan kedaulatan dan keamanan negara. "Jangan biar pihak luar perkotak-katik keselamatan negara kita, jangan pertikai apa yang kerajaan kita laksanakan. Mandat telah diberi kepada anggota keselamatan kita. "Dan ini (serangan) adalah tindakan terbaik untuk jaga keamanan di Sabah," katanya ketika dihubungi Bernama. Sabarudin antara dua anggota komando polis VAT 69 yang terkorban dalam kejadian itu yang tercetus apabila pasukan keselamatan bertembung dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkenaan. Turut terkorban dalam insiden itu ASP Zulkifli Mamat, 29. Che Azni, seorang pesara tentera, turut menghentam sesetengah penulis blog yang membuat pelbagai kenyataan negatif berhubung kematian anggota polis yang bertugas di lokasi kejadian. "Saya sangat sedih dengan artikel-artikel ini...sanggup mereka keluarkan kenyataan bahawa insiden di Lahad Datu satu sandiwara.
"Hormatilah perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban. Daripada berkata seperti itu, lebih baik jadi barisan hadapan, angkat senjata...adakah mereka ini berani?" katanya. Beliau turut meminta rakyat Malaysia bersatu dan mendoakan kesejahteraan anggota keselamatan yang ditugaskan di Sabah. — Bernama |
SPR yakin proses PRU-13 di Sabah akan berjalan lancar — pengerusi SPR Posted: 05 Mar 2013 02:35 AM PST MELAKA, 5 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Sabah akan berjalan lancar dan tidak tergugat dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di negeri itu.
"Hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam negara perlu diutamakan dan kita juga tidak mahu mana-mana pihak membuat spekulasi keadaan di sana (Sabah)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat ulangan bagi Pengurus dan Penolong Pengurus Pilihan Raya Bagi Negeri Melaka dan Negeri Sembilan sempena PRU-13, di sini hari ini. Insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah yang dilapor sejak 12 Feb, mengorbankan lapan anggota keselamatan negara — dua di Lahad Datu dan enam di Semporna. Seramai 13.29 juta pemilih berdaftar sehingga 31 Dis lepas diwartakan SPR pada Februari lepas, dengan lebih dua juta daripadanya adalah pengundi baharu. — Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan