Rabu, 6 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Khalid tidak jangka kenyataan Tian Chua tentang Lahad Datu

Posted: 06 Mar 2013 03:56 AM PST

Oleh Nomy Nozwir
March 06, 2013

SHAH ALAM, 6 Mac — Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menjangka Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang (gambar) membuat kenyataan wujud dakwaan 'konspirasi terancang' dalam krisis pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Besar Selangor itu sebaliknya melahirkan rasa hormat dan percaya di atas usaha pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan kedaulatan negara.

"Saya tak tergambar pemimpin PKR akan mengeluarkan kenyataan itu. Menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memberi penghormatan dan kepercayaan kepada usaha institusi kita, polis dan tentera untuk pertahan negeri dan negara.

"Maka dengan dana RM10 juta di bawah Tabung Wira Rakyat Selangor kesemua ahli keluarga wira yang terlibat akan menerima RM20 ribu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco hari ini.

Menurut Abdul Khalid, jasa anggota keselamatan negara akan terus dikenang sebagai pejuang negara yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi memastikan kedaulatan negara tidak tergugat.

Sumbangan itu bagi menyanjung tinggi pengorbanan wira-wira yang terkorban dan cedera dan penyerahan bantuan itu akan dimulakan pada esok.

Pada minggu lalu, naib presiden PKR Chua Tian Chang dilaporkan oleh KeadilanDaily, sebuah portal dalam talian, bahawa insiden tembakan di Lahad Datu dipercayai merupakan "konspirasi terancang kerajaan Umno" untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Kenyataan tersebut menyebabkan bantahan dari bekas anggota polis yang menganggap naib presiden PKR itu cuba mempolitikkan isu tersebut, dan Isnin lalu, 100 bekas polis berhimpun di hadapan Tugu Negara membantah tuduhan Chua itu.

Sesetengah blog pro-BN turut mengatakan Chua menggambarkan kematian anggota keselamatan tersebut sebagai "mati katak" dalam satu ceramah di Puchong Ahad lalu. Chua menafikan membuat kenyataan tersebut, dan mengatakan beliau berada di Johor ketika itu.

Krisis pencerobohan Lahad Datu yang bermula sejak 9 Februari lalu, memuncak apabila pada Jumaat dan Sabtu lalu berlaku kejadian tembak menembak yang mengorbankan lapan orang anggota polis.

Lebih ramai puak bersenjata Sulu terbunuh, kata KPN

Posted: 06 Mar 2013 03:20 AM PST

Oleh Boo Su-Lyn
March 06, 2013

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghadiri sidang media pagi ini. — Gambar oleh Siow Feng SawLAHAD DATU, 6 Mac — Lebih ramai militan Sulu mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di sini tengah hari tadi, kata Tan Sri Ismail Omar, tanpa menyebut sebarang nombor.

Ketua Polis Negara (KPN) itu berkata, pasukan keselamatan meluaskan operasi mereka dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu.

"Pada 4.15 petang, berlaku kejadian tembak menembak di kawasan kampung (Tanjung Batu)," kata Ismail kepada wartawan hari ini.

"Kita percaya terdapat banyak musuh yang mati, tapi kita tak boleh beri sebarang angka pada masa ini," katanya lagi.

Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, yang turut berada di sidang media, berkata hanya sembilan mayat puak bersenjata Sulu ditemui, dari 13 kematian di pihak mereka.

Beliau berkata 12 orang mati sejak Jumaat lalu, manakala seorang lagi mati pagi ini.

Beliau menambah pihak berkuasa kini sedang mencari saki baki mayat pihak musuh.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 13 kematian puak bersenjata Sulu selepas serangan udara ke atas Kampung Tanduoi, tetapi menegaskan jumlah kematian masih tidak diketahui kerana kerja forensik masih belum dijalankan.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved