The Malaysian Insider :: Bahasa |
Lebih 50 orang ditahan di bawah SOSMA berkait dengan militan Sulu Posted: 08 Mar 2013 02:08 AM PST
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengatakan hari ini, suspek yang termasuk perempuan, turut ditahan di bawah Kanun Keseksaan. "Penangkapan ini adalah diperlukan," kata Ismail kepada pemberita di sini hari ini. Tiga suspek pengganas ditahan di bawah SOSMA di Kuala Lumpur, undang-undang kontroversi di mana peguam hak asasi manusia menganggapnya tidak berperlembagaan kerana membenarkan bukti yang tidak mengikut peruntukan dalam Akta Kerahsiaan. MENYUSUL LAGI |
Dua anggota polis cedera terkena balingan batu pada ceramah politik Posted: 08 Mar 2013 01:39 AM PST
Dalam kejadian pukul 11 malam itu, dua koperal polis berkenaan sedang berkawal di kawasan ceramah yang diadakan secara bertentangan, masing-masing membabitkan kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Mohd Ali. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata provokasi tercetus di antara penyokong kedua-dua ceramah disusuli balingan batu oleh individu yang mengenai dua anggota polis terbabit serta seorang awam. Dua anggota polis yang masing-masing berusia 30an mengalami cedera pada badan dan dahi menerima rawatan pesakit luar di Hospital Melaka, manakala lelaki berusia 30an itu pula cedera di kepala, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. "Polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang merupakan peserta perhimpunan dipercayai terlibat dalam insiden tersebut malam tadi," katanya. Sebanyak 70 anggota polis termasuk Pasukan Penggempur Ringan diarah memantau dan mengawal suasana pada dua ceramah berkenaan, katanya Pada masa yang sama, Salehhuddin berkata polis mendapati penganjur kedua-dua ceramah gagal memaklumkan penganjuran perhimpunan kepada ketua polis daerah mengikut tempoh yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012 iaitu sekurang-kurangnya 10 hari sebelum diadakan. Polis akan mengambil tindakan lanjut terhadap penganjur kedua-dua ceramah terbabit mengikut akta berkenaan, katanya. — Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan