The Malaysian Insider :: Bahasa |
Anwar kritik ahli Pakatan dalam merebut kerusi calon Posted: 09 Mar 2013 02:37 AM PST "Ini adalah pemikiran sempit dan tidak melihat kepada gambaran yang luas," kata ketua pembangkang tersebut Beliau berkata akar umbi mungkin mahu untuk kerusi, atau mungkin menuntut untuk kerusi, tetapi adalah salah untuk mengugut untuk mendapatkan kerusi. "Jangan korbankan prinsip PR hanya kerana mahu merebut kerusi di satu atau dua kawasan," kata ketua umum PKR itu lagi. Beliau berkata bantahan sering terdapat di akar umbi manakala pihak pimpinan PKR, DAP dan PAS tidak mempunyai masalah antara satu sama lain. Anwar berkata hubungannya dengan PAS adalah seperti rakan karib yang mahu memperkukuhkan Islam dalam negara ini. "DAP juga, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah seperti keluarga saya," katanya lagi. Bekas timbalan perdana menteri itu berkata PR tidak sempurna dan ada kelemahan. "Kita hanya boleh memohon kepada Tuhan untuk kita menjadi lebih baik," katanya lagi. Konvensyen negeri PR menyaksikan 200 delegasi dari PKR, PAS dan DAP hadir dalam acara separuh hari itu. |
Anwar kata dirinya tidak bersalah dengan permohonan maaf bapa Saiful Posted: 09 Mar 2013 12:23 AM PST
"Alhamdulilah, mereka boleh adakan konspirasi sekali, dua kali, tahun 1998 dan sekali lagi 2008, dan konspirasi itu akhirnya didedahkan Azlan," katanya kepada 10,000 penyokong Pakatan sempena sambutan lima tahun kemenangan Pakatan Rakyat di Esplanade malam tadi. "Saya sentiasa tidak bersalah dari kes pertama hingga tahun lalu, mahkamah membebaskan saya dengan tuduhan ini tahun lalu," katanya lagi. Ketua umum PKR itu berkata, pengakuan ayah Saiful mendedahkan konspirasi ke atas beliau adalah kerana "berkat doa" untuk kebenaran didedahkan. Kemudian, bekas timbalan perdana menteri itu berterima kasih kerana Azlan tampil ke hadapan memberitahu kebenaran dan mendedahkan konspirasi. Azlan mendedahkan dalam sidang media bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk pegawai khas perdana menteri, untuk memburukkan Anwar dengan tuduhan liwat. Azlan berkata semua sidang media beliau dan Saiful disediakan pegawai khas perdana menteri dan seorang peguam. Tahun lalu, mahkamah tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar ke atas tuduhan meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di sebuah condom di Kuala Lumpur. Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan ke atas keputusan tersebut, dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes tersebut pada 22 Julai. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan