Rabu, 27 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Kampung Tanduo ditutup, penduduk dipindah ke lokasi baharu, kata polis

Posted: 27 Mar 2013 08:49 AM PDT

March 27, 2013

LAHAD DATU, 27 Mac — Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baharu yang akan diputuskan kemudian.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Feb lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.

"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat. -

Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.

Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.

Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi ini.

Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. — Bernama

Apple to launch ultra-high definition TV, says report

Posted: 27 Mar 2013 08:36 AM PDT

March 27, 2013

SAN FRANCISCO, March 27 — New rumours emerge from the company's supply chain partners that the Apple TV is real and could go into production before the end of the year

The news, from Digitimes, a news site with a mixed track record when it comes to Apple rumors but with excellent sources within the company's Asian supply chain partners, suggests the TV set will feature voice and motion control functions and will have a resolution of 3840x2160 pixels.

Digitmes' sources claim that the project has been in development for some time but is being delayed by the fact that the best display manufacturers in the region are already working at full capacity to meet demand for ultra-high definition TVs in China. As a result the TV's launch could be postponed until early 2014 when capacity returns to the supply chain.

Rumors have been circulating for nearly two years now that Apple is about to move into the TV business but most experts agree that there are insufficient profit margins or room for innovation within that market segment to suit

Apple's business model. What's more, the ultra-high-definition TV market is still in its very early stages — TVs that support the technology currently retail for US$20,000 (RM60,000) and there is very little native content of a sufficiently rich definition available. Yet, despite these very real issues, tech sites, hedge fund managers and analysts alike persist in their claims that an Apple TV is only months away. — AFP/Relaxnews  

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved