Jumaat, 29 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Breaking Views


Sikap terbuka rakyat di Sarawak memudahkan usaha melaksanakan pembangunan negeri — Taib Mahmud

Posted: 29 Mar 2013 10:17 AM PDT

March 30, 2013

KUCHING, 29 Mac — Sikap terbuka rakyat di Sarawak banyak membantu memudahkan usaha melaksanakan pembangunan di negeri ini, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, di sini malam ini. 

Katanya, melalui sikap sedemikian, beliau telah memperolehi sokongan yang padu untuk melaksanakan dasar politik pembangunan beliau apabila mengambilalih tampuk kepimpinan negeri ini 32 tahun lepas.

Abdul Taib berkata semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum di negeri ini sentiasa ditekankan bagi memastikan tiada siapapun ketinggalan dalam mengecapi pembangunan.

Beliau menyatakan demikian dalam wawancara program "Bicara Rakyat" yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari sini.

"Itu (perpaduan di kalangan pelbagai kaum) merupakan satu keuntungan bagi saya. Satu faktor yang menyebabkan saya berjaya (untuk merangka pelan pembangunan Sarawak) dengan lebih mudah daripada yang saya jangka pada mula-mulanya (menjadi Ketua Menteri)," katanya.

Menurutnya, fokus pembangunan awal beliau adalah untuk memastikan kesemua penduduk di Sarawak dapat dihubungi biarpun melalui infrastruktur jalan yang tidak begitu baik.

Abdul Taib berkata Sarawak kini sedang menjalani proses gelombang kedua pembangunan yang bertujuan membuka lebih banyak lagi peluang kepada rakyat di negeri ini untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Menurutnya pembangunan gelombang kedua ini melibatkan pelaksanaan program Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dengan mengeksploitasi potensi tenaga diperbaharui yang ada di Sarawak seperti hidroelektrik untuk menarik pelaburan dalam industri berteknologi tinggi.

Industri-industri ini, katanya, akan mewujudkan bidang-bidang pekerjaan baharu di negeri Sarawak yang lebih menekankan kemahiran teknikal.

Sehubungan itu, Taib berkata, kerajaan negeri sekarang telah banyak melaksanakan program untuk memupuk minat di kalangan generasi muda untuk mengambil jurusan teknikal sebagai kerjaya mereka.

"Daripada 800,000 ribu peluang pekerjaan (yang dijangkakan melalui pelaksanaan SCORE), kira-kira 70 peratus adalah dalam bidang teknikal," katanya. — Bernama

Tun Mahathir ramal BN capai keputusan baik pada PRU-13

Posted: 29 Mar 2013 10:16 AM PDT

March 30, 2013

ALOR SETAR, 29 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada 'tsunami' pilihan raya umum 2008 katanya sambil menambah bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.

"Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam pilihan raya umum ke-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini hari ini.

Katanya PRU 13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN ... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi, hanya 'pakatan'. Mereka juga tidak mempunyai satu pun simbol atau mempunyai agenda khusus. saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik," katanya.

Terdahulu dalam ucapanya, Dr Mahathir berkata rakyat perlu menilai kembali nikmat yang mereka kecapi ketika ini dan tidak terlalu termakan hasutan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, pada PRU 13.

Katanya tidak sepatutnya berlaku rakyat mahu menukar kerajaan pada ketika mereka menerima pelbagai faedah tetapi mengungkit apa yang mereka tidak peroleh.

"Kita suka cari kesalahan di sana sini. Ada orang tak hargai segala yang diterima. Ungkit konon negara tak bebas, kerajaan zalim...tekan rakyat, tak beri

kebebasan, sedangkan kita terima macam-macam.

"Bukan ada sebab pun nak tukar kerajaan, nak tukar hanya atas sebab kebencian. Kena fikir baik-baik, utamakan orang yang berbakti, bukan kepada orang yang langsung tak boleh diterima. Kalau dia boleh jadi pemimpin buat apa tukar,"

Merujuk Kedah sekarang yang tidak mempunyai pemerintahan yang cekap, beliau  berkata banyak pembangunan yang dinikmati Kedah adalah daripada kerajaan pusat dan orang yang mendapat kekayaan adalah kerana dasar kerajaan pusat.

"Kena tentukan siapa boleh siapa tak boleh (jadi kerajaan). Nak ada kerajaan yang berwibawa. Kalau tak, kita jadi mangsa. Janganlah mengundi kerana marah," katanya.

Dr Mahathir turut ditanya mengenai hasrat kerajaan Filipina untuk kembali membuat tuntutan ke atas Sabah sebagai sebahagian wilayah mereka.

Beliau berkata itu hak Filipina untuk berbuat demikian tetapi untuk membawanya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak.

"Boleh bawa ke mahkamah hanya jika kita setuju sama. Kalau dia sendiri  takkan diterima. Kalau nak rayu kepada UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) mereka boleh buat tetapi sama ada UN nak sokong adalah perkara lain.

"Selain itu, sama ada kita akur kepada UN jika buat keputusan memihak kepada Filipina tiada undang-undang yang nak memaksa kita ikut UN jika rayuan dibuat satu pihak sahaja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana meluluskan peruntukan yang besar untuk usaha membangunkan

semula Pekan Rabu Alor Setar, yang merupakan satu lokasi ikonik bagi Kedah dan bandar raya ini.

"Saya merupakan peniaga di Pekan Rabu sebelum ini. Saya pernah menjual pisang goreng di Pekan Rabu. Ia keputusan yang baik untuk membaik pulih Pekan Rabu. Namun, setelah anda memulihkannya, ia harus dikekalkan," katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan pusat akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan peruntukan RM55.58 juta.

Ismail berkata projek Yang diletak di bawah kementeriannya itu akan melibatkan kerja meroboh bangunan lama dan diganti dengan bangunan baharu setinggi tujuh tingkat. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved