The Malaysian Insider :: Breaking Views |
Dua laporan polis dibuat berhubung kenyataan hina Sultan Johor Posted: 08 Mar 2013 10:09 AM PST
Laporan itu dibuat Ketua Kampung Kempas, Salim Daud yang mewakili Persatuan Ketua-ketua Kampung Negeri Johor dan Ketua Kampung Senibong Yacob Sahadan. Penghinaan itu didakwa dilakukan individu yang tidak dinamakan itu semalam selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah meminta seluruh masjid di negeri ini mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat dan selepas solat Maghrib secara berterusan bagi mendoakan keselamatan anggota keselamatan yang bertugas di Lahad Datu, Sabah. Laporan polis yang dibuat pukul 3.19 petang ini meminta pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap individu itu. "Saya membuat laporan polis agar satu siasatan dan tindakan tegas dikenakan kepada individu tersebut supaya menjadi pengajaran kepada mana-mana individu dari pelbagai bangsa agar tidak mengikut membuat seperti ini," kata Salim kepada pemberita selepas membuat laporan itu. Yacob pula berkata beliau membuat laporan polis itu kerana berasa amat amat tidak berpuas hati dengan tindakan individu tersebut yang mempersendakan Sultan Johor. Gambar 'print screen' lelaki dari Melor, Kelantan yang dikatakan menghina Sultan Johor itu didapati diedarkan di Facebook malam semalam sebelum akaun Facebook itu dipadamkan. Bagaimanapun, pencarian di laman sosial membawa kepada satu lagi akaun Facebook di mana lelaki itu pada kira-kira pukul 7 pagi hari ini mendakwa di dalam status laman sosial itu bahawa akaunnya telah digodam pihak tertentu. Dalam status itu, lelaki itu mengakui pernah mengkritik keluarga diraja itu dan percaya ianya menjadi punca akaunnya digodam. — Bernama |
Tiada insiden tembakan di Lahad Datu dalam tempoh 24 jam lepas Posted: 08 Mar 2013 09:53 AM PST
Malah, pimpinan tertinggi polis dan tentera sempat menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat bersama kira-kira 200 jemaah di Masjid Al-Hudah, Felda Sahabat 16, di Lahad Datu. Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Op Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Feb lepas. Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter digunakan untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet-jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan. Walaupun tiada tanda-tanda kumpulan itu akan meletak senjata tanpa syarat oleh saki baki kumpulan itu dan dan pasukan keselamatan masih meneruskan operasi susulan, suasana di Lahad Datu mula kembali normal dengan orang ramai mula menjalani rutin harian mereka. "Selepas insiden pertempuran di Kampung Tanjung Batu (kira-kira 15 kilometer dari Felda Sahabat 16) pada 11.30 pagi semalam yang menumpaskan 31 penceroboh, tiada tanda mereka mahu letak senjata api," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km, dari pekan Lahad Datu, hari ini. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang meninjau markas 'Op Daulat' di Felda Sahabat, berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah menletak senjata dan serah diri tanpa bersyarat. Sepanjang operasi pasukan keselamatan sejak 1 Feb, polis menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan itu. Ismail berkata lebih 50 orang itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang baru dikuatkuasa tahun lepas. "Mereka ditahan mengikut akta baharu itu dan dibaca bersama (beberapa seksyen) Kanun Keseksaan," katanya. Najib, yang turut mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu juga dilihat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan mereka di kawasan pantai timur Sabah itu. Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan krisis pencerobohan kumpulan militan selatan Filipina yang mendakwa sebagai Askar Kesultanan Sulu. Setakat ini 52 militan disahkan terbunuh. Insiden itu turut mengorbankan lapan anggota polis iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada hari berikutnya. — Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: ALL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan