Jumaat, 1 Mac 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Women can be just as good

Posted: 28 Feb 2013 04:29 PM PST

March 01, 2013

Zan Azlee is a documentary filmmaker, journalist, writer, New Media practitioner and lecturer. He runs Fat Bidin Media www.fatbidin.com

MARCH 1 — I've always been a proponent of gender equality. I believe that anything a man does in the world, a woman can do just as well or even better.

And that is why I never hold the door open for my wife whenever we go anywhere. Neither do I carry the groceries when we go shopping. She is woman, hear her roar!

Then my daughter Athena Azlee was born and my feminism spirit soared through the sky. I banned all princess paraphernalia and media content in the house, and Barbie was sent to melt in hell.

Now, I read and consume anything related to gender equality in the media. So I guess I've been quite the feminist, if you can call me that.

I'm a regular listener of the Freakonomics podcast and yesterday, the creators, Steven Levitt and Stephen Dubner, released an episode titled "Women are not men".

In it, they highlight the fact that all throughout history, statistics have always shown that women always lagged behind men, be it in the workforce, sports or whatever. And they still do.

Women make less income than men at work even if they are doing the same job. Women hold fewer managerial or authoritative positions compared to men.

And according to the Freakonomists, women also register fewer patents, own fewer copyrights, and are less prone to taking risks that eventually lead to higher payoffs.

But, of course, with more awareness, education and ideal parents like me who are raising daughters, the gender gap is slowly closing, and hopefully will one day disappear.

What is interesting to me is why there is a gap in the first place. And apparently, according to the findings stated in the podcast, it's all to do with culture. So everything can be changed.

So why are women paid lower than men in the workforce? It's because they rarely ask for a raise and are content with what they have compared to men. You could say they are happier than men.

Apparently, statistical data also shows that fewer women drown compared to men and even fewer women are struck by lightning. And why is this significant you might ask?

Well, it's because men are overly confident compared to women. They think they can swim better than they actually do and are more invincible than they really are! So they take more risks.

As reported in the podcast, an economist, Uri Gneezy, conducted a study. He observed the most patriarchal culture in the world, the Masai in Tanzania.

This is a culture that practises female genital mutilation, where men have the right to beat their wives and where women are the ones doing manual labour.

Gneezy got them to play a risk-taking game with tennis balls and, true enough, the women tended to score less in risk-taking compared to the men.

Then he went to the most matriarchal culture in the world where the women were the leaders who made decisions, they were the ones who inherited property, and where children carried the surnames of their mothers.

Yes, just like you, I thought he had visited some small village that practised adat pepatih in Negri Sembilan. But no, he didn't. He actually went to north India and visited the Khasi tribe.

They played the same risk-taking game with tennis balls. And yes, the women scored way higher than the men did. It was almost like a total opposite of the Masai.

So it shows that, aside from the obvious differences between men and women (I'll let you think hard about what they are), women and men can be equals. It really is nurture and not nature.

However, there are areas where women should just maintain being behind men and try not to close the statistical gap. Men are way ahead when it comes to committing crimes. Way to go macho men!

I'm glad I heard the podcast and even more glad that these economists and researchers are doing studies like these for the advancement of the female gender.

But I am most glad to have two females in my life who are actually my life — my wife Jasmine and my daughter Athena. Despite and in spite of everything, it's a perfect life!

So as we enter the month of March, I would like to wish these two sexy girls a happy birthday (their birthdays are only a week apart)! My life is dedicated to the two of you, no doubt about it!

And just like how my parents gave me the confidence to be able to do whatever I wanted in life, I will try my best to do the same for Athena.

She can decide to be a war journalist, documentary filmmaker, fashion designer, cheerleader or whatever (really Jasmine, I swear!). The important thing is that she knows she can do it and that I will have her back.

My mummy Sophia and my poh-poh Ang Swee Poh are pretty awesome too. But I'll write an article for them some other time since they weren't born in March! (Phew! A guy has to cover all the bases!)

* This is the personal opinion of the columnist.

Sekolah, universiti dan masa hadapan pendidikan

Posted: 28 Feb 2013 04:10 PM PST

March 01, 2013

Zul Fikri Zamir ialah seorang guru, felo di dalam Artist for d'Oppressed, pengasas bersama Teach For The Needs (TFTN) dan kaki backpack. Cita-citanya selain membuka sekolah sendiri ialah mengembara menaiki Trans Siberia dari Beijing ke St Petersburg.

1 MAC — Saya percaya pendidikan sifatnya dinamik. Zaman dahulu sebelum sekolah wujud, manusia menuntut ilmu dengan mengembara dan berguru kepada bijak pandai dari satu tempat ke tempat yang lain. Ilmu diperoleh daripada ahlinya menurut bidang tertentu. Kemudian sekolah diperkenalkan, ilmu bertukar tangan dari ahli bijak pandai kepada institusi seperti universiti. Sehingga sekian lama, kita percaya sekolah dan universiti adalah pemilik ilmu.

Sebahagian daripada kita yang tidak mempunyai peluang untuk masuk ke sekolah atau universiti dan diperakukan oleh sekolah dan universiti tersebut akan dikenali sebagai individu yang tidak berilmu. Ilmu kita rujuk hanya melalui sekeping surat perakuan. Kemudian, Internet diperkenalkan, ilmu bercambah dan membiak di dalamnya. Warga dunia mula menyedari bahawa bukan sekolah dan universiti sahaja boleh menawarkan ilmu. Google dan Wikipedia secara tiba-tiba menjadi guru bukan sahaja kepada pelajar, tetapi juga kepada pensyarah universiti.

Revolusi Model "Behaviour"

Awal 1900 atau lebih tepat sekitar 1913, kemunculan model "tingkah-laku" mempengaruhi kajian-kajian psikologi di Barat. Ivan Pavlov lebih awal dengan anjing; John B. Watson menggunakan tikus putih, Harry F. Harlow pula menggunakan monyet; menyebabkan kerangka psikologi Barat secara dasarnya mengkaji psikologi haiwan untuk memahami manusia. 

Ini adalah perkara yang pelik kerana psikologi jiwa manusia tidak boleh disamakan dengan sifat haiwan. Noam Chomsky di dalam "The Case Against B.F. Skinner." (1972) mengkritik metodologi Skinner dengan menyatakan kerja makmal Skinner tidak boleh dirujuk kepada manusia memandangkan Skinner bukanlah seorang saintis kerana beliau menolak fahaman "hypothetico-deductive model of theory testing" serta bukan seorang pakar dalam bidang "tingkah-laku". Tetapi perkara yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana psikologi tingkah laku ini digunakan sebagai sains kawalan sosial.

Kerangka pengajaran dan pembelajaran subjek psikologi pendidikan di Fakulti Pendidikan misalnya; perhatikan bagaimana sains "dendaan+ganjaran" diajarkan kepada bakal guru untuk menghasilkan sesebuah tingkah laku yang diingini. Di akhirnya, sebuah masyarakat penakut tercipta kerana diajarkan takut untuk berubah.

Masa Hadapan Ilmu

Penggunaan psikologi haiwan di dalam falsafah psikologi pendidikan ini pada akhirnya melahirkan manusia anti-kemanusiaan. Manusia yang dilahirkan tanpa roh ilmu menggunakan sekolah-sekolah moden dan universiti ini hilang sifat manusianya kerana sikap mereka yang beriman kepada emosi haiwan.

Realiti pendidikan semasa yang meletakkan satu parameter untuk mengukur kesemua "multiple-intelligence" manusia secara linear akan menyebabkan seluruh potensi manusia diukur hanya melalui sekeping sijil seperti ijazah. Sistem penilaian sebegini akan menyebabkan tumpuan berlebihan diberikan kepada aspek penilaian — seterusnya menyebabkan hilangnya roh di dalam proses pencairan ilmu itu sendiri. 

Masa depan harus segera berhenti mengukur anak-anak secara psikiatrik. Generasi pasca Facebook dan Twitter ini harus diberi peluang memilih bahan pembelajaran mereka serta bebas dari kongkongan masyarakat zaman ini yang hanya sedar akan kepentingan diri mereka sendiri.

Masa depan anak-anak zaman ini bergantung kepada bagaimana sikap kita pada hari ini. Zaman-warga tua tahu semuanya sudah berakhir. Kita harus segera berhenti berlagak untuk mencorak masa hadapan mengikut acuan pemikiran kita menurut zaman ini. Yang lebih penting; ilmu pada hari ini akan mencorak kemanusiaan pada masa hadapan.

Kemanusiaan vs Persaingan

Jordan Humphreys (2013) di dalam makalah beliau bertajuk "What is university for? (and what it should be like)" menjelaskan beberapa ciri bagaimana institusi seperti universiti berfungsi untuk memenuhi keperluan kapitalisme. Pertama menurutnya; universiti melatih pekerja kolar putih dan profesional yang kebanyakannya akan memenuhi sektor kerajaan dan korporat. Syarikat besar dikatakan mendapat manfaat besar dengan mengurangkan kos latihan.

Kedua, universiti adalah tempat di mana latihan ideologi dilaksanakan. Eksploitasi sistem kapitalisme ini diajarkan sebagai propaganda. Menurut beliau lagi, pelajar didedahkan dengan pelbagai ideologi pro-kapitalis dan liberalis-kiri; sebuah jalur pemikiran yang mengkritik sistem tetapi tidak menolak kapitalisme secara keseluruhannya. Universiti memainkan peranan penting untuk menghasut masyarakat agar menerima status-quo sebagai sebahagian dari item kemanusiaan.

Peperiksaan tanpa henti, penilaian dan pembentangan kelas adalah latihan untuk menyediakan pelajar kepada persaingan. Bukan lagi sebagai gedung ilmu — universiti kini adalah pusat latihan persaingan; umpama sebuah kilang. Pelajar yang boleh bersaing akan menduduki keas tertentu manakala pelajar yang tidak boleh bersaing menurut kerangka mereka akan ditinggalkan. Sifat kemanusiaan seperti tolong menolong dan saling membantu sebagai manusia tenggelam di dalam cita-cita hubris kapitalis menjadikan pelajar kini sekali lagi kurang sifat kemanusiaannya. Idea seperti solidariti di dalam masyarakat ditukar ganti kepada "persaingan sihat".

Perang Idea

Walaubagaimanapun, zaman berubah. Ini bukan lagi zaman industri di mana negara yang paling banyak membuat senjata akan menguasai dunia. Ini adalah zaman di mana idea dan ilmu yang diamalkan menjadi penentu tamadun sesebuah negara bangsa.

Pendidikan harus segera kembali kepada konsep memanusiakan kembali manusia. Model kerangka berasaskan persaingan harus diseimbangkan dengan sikap kemanusiaan. Ilmu harus bisa mengajarkan psikologi jiwa manusia berbeza dengan emosi haiwan yang diuji di dalam makmal.

Anak-anak harus diajar untuk mempunyai impian yang tinggi, bukan setakat karier yang tidak mampu-capai. Sekolah dan universiti yang di-institusikan menggunakan model "top-down industrialised" bukan lagi cara untuk menyampaikan ilmu. Maklumat lewat Google telah mengambil alih peranan sekolah sebagai penyampai maklumat. Kini guru menjadi pusat pendidikan kritikal yang akan menentukan arah dan hala tuju pelajar — bukan jemaah nazir yang turun ke sekolah setahun sekali.

Ekosistem pendidikan yang semakin terbuka membolehkan perkongsian maklumat dimanfaatkan kepada penjanaan ilmu secara kolektif. Universiti harus berubah dari pemilik ilmu kepada penyebar ilmu. Dalam situasi "real time", anak-anak kita seharusnya terdedah kepada perang idea. Dunia akan membuktikan di dalam peperangan ini, ilmu yang dipraktikkan untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan kemanusiaan khususnya akan menang dan menerajui dunia sebagaimana kata Seth Godin, penulis buku "Stop Stealing Dreams (What is school for?)"; "Our job is obvious we need to get out of the way, shine a light, and empower a new generation to teach itself and to go further and faster than any generation ever has. Either our economy gets cleaner, faster, and more fair, or it dies."

Masa hadapan memerlukan pendidikan yang demokratik, inklusif serta tidak tertakluk kepada kuasa popular. Ilmu seharusnya keluar dari perangkap institusi yang menekan dan menindas. Potensi manusia jauh lebih besar dari sekeping kertas kerana di akhirnya ilmu harus diamalkan untuk merawat masalah masyarakat.

Lebih besar dari itu, ilmu bukan untuk ditinggalkan di rak-rak perpustakaan atau di laman web Jurnal ISI/Scopus sahaja.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved