The Malaysian Insider :: Bahasa |
Muhammad Ridhwan ditahan bawah SOSMA — PDRM Posted: 01 Apr 2013 02:23 AM PDT
Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata Muhammad Ridhwan ditahan untuk siasatan lanjut setelah polis mengambil keterangannya. "Kami tahan dia di bawah Sosma dan dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor," katanya kepada Bernama di sini. Muhammad Ridhwan, yang berbaju Melayu merah dan berserban hitam, dilihat hadir bersama kenalan dan peguamnya di balai polis itu pada 11.05 pagi untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah. Lelaki berusia awal 50-an itu menyerah diri selepas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam menamakannya sebagai orang yang dicari untuk membantusiasatan berhubung kes berkaitan Operasi Daulat. Hamza berkata Muhammad Ridhwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, diminta menyerahkan diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran. Dengan penahanan itu, jumlah mereka yang ditahan di bawah Sosma bagi membantu siasatan kes pencerobohan Sabah, kini ialah 122 orang. — Bernama |
Rais ingatkan penduduk luar bandar jangan terlibat eksperimen dakwat kekal Posted: 01 Apr 2013 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 April — Rakyat, khususnya di kawasan luar Bandar diminta berwaspada dan menolak sekiranya ada pihak mendakwa ingin mengajar bagaimana menggunakan dakwat kekal menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Katanya sekiranya dakwat yang digunakan dalam eksperimen itu adalah sama dengan dakwat kekal yang akan digunakan SPR dan telah dicalitkan atau diletakkan pada mana-mana jari seseorang itu, maka individu berkenaan tidak lagi akan dibenarkan mengundi pada PRU-13. "Justeru, kita menggunakan peluang keemasan ini (memberikan ingatan), jangan gadaikan, jangan biarkan mana-mana pihak untuk menggunakan peluang itu bagi kepentingan politik mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian berikutan dakwaan ada percubaan pihak tertentu mengambil kesempatan menjelang pilihan raya untuk mengadakan eksperimen menggunakan sejenis dakwat yang dikatakan kononnya sama seperti dakwat yang dikeluarkan SPR semasa pilihan raya nanti. Pihak terbabit mendakwa mereka hendak mengajar pihak tertentu di kampung-kampung, mukim-mukim, dan daerah-daerah kononnya dakwat seperti yang dicontohkan itulah yang akan digunakan semasa pilihan raya atau mengundi. SPR sebelum ini memutuskan menggunakan dakwat kekal pada PRU-13 di mana semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak diberi kertas mengundi. — Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan