The Malaysian Insider :: Bahasa |
Hadi: Video lucah babitkan pemimpin kanan PAS satu fitnah Posted: 12 Apr 2013 03:22 AM PDT Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan PAS yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini. "Kita (PAS) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rusila hari ini. Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon PAS untuk bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini. Katanya PAS berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu. Semalam di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan PAS. — Bernama |
Haron Din masih ahli PAS, akan bertanding di Parlimen Arau — Hadi Awang Posted: 12 Apr 2013 03:06 AM PDT Beliau sebaliknya menegaskan veteran parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada pilihan raya umum ke-13 ini. Hadi berkata demikian ketika ditemui pemberita di Rusila, Marang di sini, berhubung khabar angin itu. — Bernama |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan