Sabtu, 13 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PKR kecam penyokong PAS Bera, gesa fokus kepada pilihan raya

Posted: 13 Apr 2013 02:33 AM PDT

Oleh Md Izwan

April 13, 2013

KUALA LUMPUR, 13 April — PKR Temerloh hari ini dalam satu kenyataan mengecam tindakan penyokong PAS Bera yang menggunakan media arus perdana bagi mendesak supaya kerusi Parlimen terbabit tidak diberikan kepada rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ketua cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Hamid dalam satu kenyataan hari ini berkata PAS Bera sewajarnya menghormati setiakawan yang terjalin sesama parti dalam PR dan sepatutnya berbincang secara baik untuk menyelesaikan sebarang pertikaian.

"Berbeza dengan PAS Bera, PKR Temerloh membuat bantahan dengan cara yang tertib, mengikut saluran, disiplin, berhemah dan tidak bersifat konfrontasi," kata Ahmad Nizam yang merujuk kepada bantahan ke atas Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang diumum PAS sebagai calon kerusi parlimen Termerloh.

Ahmad Nizam juga mendakwa PAS Bera memutar-belit fakta mengatakan PKR telah berjanji untuk mengembalikan kerusi Parlimen Temerloh kepada PAS selepas Pilihan Raya 2008 seperti yang dilaporkan oleh TV3 dan juga akhbar pro-Umno, Utusan Malaysia.

"Tidak ada sebarang perjanjian di antara Keadilan Temerloh dan PAS pada tahun 2008 untuk mengembalikan Parlimen Temerloh kepada PAS.

"Dakwaan PAS Bera tersebut bukan sahaja tidak tepat,  malah mungkin mereka terkhilaf menerima maklumat," kata beliau lagi.

Malahan, Ahmad Nizam juga berkata keputusan melibatkan Parlimen Bera telah diputuskan rundingan dan perbincangan, bukannya secara memihak kepada satu pihak sahaja.

"Kami difahamkan keputusan berkaitan Parlimen Bera dibuat secara bersesama dan bukannya tanpa sebarang perundingan dan persetujuan dengan PAS.

"Ini berbeza dengan layanan terhadap kami di mana Presiden PAS sebagai sebahagian dari taktik bagi mendapatkan Parlimen Temerloh membuat pengumuman bersifat unilateral," terangnya lagi.

Dalam Pilihan Raya 2008, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Saifuddin Abdullah menewaskan Ahmad Nizam Bin Hamid dengan majoriti 2,441 undi.

"Di saat getir ini kewajarannya ialah seluruh kekuatan Pakatan Rakyat perlu difokuskan bagi menjamin kemenangan Pakatan Rakyat  bukan sahaja di Parlimen Bera malah di seluruh negeri Pahang," tegasnya lagi.

Pada Pilihan Raya 2008, PR berjaya memenangi empat kerusi daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua daripada 14 kerusi parlimen di Pahang.

Pakatan sepakat utamakan perpaduan dalam usaha tawan Putrajaya

Posted: 13 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis dan Ida Lim
April 13, 2013

JOHOR BAHRU, 13 April — Pemimpin pembangkang hari ini sepakat menamatkan perselisihan antara mereka, sekaligus menumpukan usaha Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Johor bagi menyumbang kerusi dan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). "Mari kita ketepikan sikap perselisihan dan bersama menuju ke Putrajaya," kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau (gambar) yang kemudiannya dilihat bersalaman dengan Pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Meng.

Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini dilaporkan berselisihan selepas Dr Chua dan Dr Boo secara terbuka mahukan kerusi Parlimen Gelang Patah yang kini akan ditandingi veteran DAP Lim Kit Siang

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut berkata, "kepercayaan dan konsensus" antara ketiga-tiga parti -PAS-PKR-DAP- terikat bersama dalam PR.

"Ini adalah asas atau prinsip yang mengikat Pakatan Rakyat," kata Saifuddin dalam ucapannya sewaktu melancarkan manifesto PR untuk negeri Johor.

Prinsip "give and take" dan "yakin dan percaya" antara pemimpin-pemimpin PR jelas Saifuddin adalah perlu dalam kalangan pemimpin mereka bagi mencapai matlamat utama mereka itu.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved