Ahad, 14 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib: Kemudahan awam boleh ditingkatkan tanpa perlu tukar kerajaan

Posted: 14 Apr 2013 03:07 AM PDT

April 14, 2013

KUALA LUMPUR, 14 April — Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited meningkatkan pengangkutan awam untuk kemudahan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini serta menambah tidak perlu mengubah kerajaan untuk melakukannya.

Najib berkata kerajaannya sentiasa peka dan mendengar masalah yang dihadapi rakyat, antaranya masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota dan kelemahan sistem pengangkutan awam.

"Kerajaan sememangnya prihatin tentang keperluan dan kepentingan rakyat," kata Najib semasa merasmikan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini di Bandar Tasik Selatan. .

"Masalah kesesakan jalan raya dan kemudahan pengangkutan awam adalah masalah utama di ibu kota, walaubagaimanapun kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam."

Najib juga berkata salah satu contohnya adalah dengan pembinaan terminal TBS yang bernilai RM570 juta, dimana menurutnya masalah kesesakan di ibu kota berpunca daripada bas yang banyak terutamanya di Pudu Raya.

"Kerajaan telah membina TBS ini untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di ibu kota yang berpunca daripada bas yang banyak terutamanya di Pudu Raya.

"Dengan pembinaan TBS ini, kita dapat mengurangkan 500 bas yang tertumpu di Pudu Raya," tambah Najib.

Disamping itu, Najib juga mengumumkan satu lagi pembinaan terminal sama iaitu Terminal Bersepadu Gombak untuk mengurangkan kesesakan di sekitar Lembah Klang.

Disamping itu, Najib juga mengingatkan ratusan hadirin yang hadir bahawa kerajaan mampu menangani masalah kesesakan dan pengangkutan awam serta menegaskan tidak perlu sehingga mahu menukar kerajaan.

"Yang penting adalah bukan menukar kerajaan yang sedia ada tapi lihat keberhasilannya.

"Itu anda perlu tanya pada diri sendiri, sama ada perlu menukarnya untuk mendapatkan keberhasilan yang diharapkan atau kekalkan kerajaan hari ini yang sedia ada sudah buktikan keberhasilannya," kata Najib lagi.

MENYUSUL LAGI

Bekas MB Selangor Mat Taib akan sertai PAS, kata sumber

Posted: 14 Apr 2013 02:57 AM PDT

Oleh Md Izwan
April 14, 2013

KUALA LUMPUR, 14 April — Borang kemasukkan yang sudah diisi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib kini berada ditangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, kata sumber yang juga pemimpin tertinggi veteran PAS hari ini.

Muhammad merupakan bekas pemimpin utama dalam Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.

"Ya, Muhammad akan sertai kami," kata pemimpin tertinggi veteran itu kepada The Malaysian Insider. "Beliau sudah mendekati beberapa pemimpin utama ketika ini.

"Ini agak signifikan buat kami, ia satu kelebihan walaupun dosa lampau dan kesalahan yang dilakukannya dahulu."

Sumber tersebut juga memberitahu pengumuman akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman yang dihubungi walau bagaimanapun pula berkata mungkin terdapat kebenaran berita tersebut, tetapi tidak dapat mengesahkannya memandangkan belum menerima borang daripada Muhammad lagi.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved