Selasa, 16 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pengorbanan MCA di Gelang Patah demi kemenangan BN, kata Ng Yen Yen

Posted: 16 Apr 2013 02:24 AM PDT

April 16, 2013

GEORGE TOWN, 16 April — Pengerusi MCA Negeri Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyifatkan penyerahan kerusi parlimen Gelang Patah di Johor yang menjadi kubu kuat parti itu kepada Umno merupakan pengorbanan yang perlu dilakukan demi memastikan BN kekal menang di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata pengunduran MCA itu juga merupakan strategi yang diatur barisan kepimpinan BN untuk berhadapan dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang telah memilih bertanding merebut kerusi itu kali ini.

"MCA berundur bukan disebabkan masalah dalam komponen parti tetapi pengorbanan ini dilakukan demi memastikan kemenangan BN, PRU kali ini sangat penting dan kita mahu pastikan BN menang kerana keutamaan ialah BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada PRU12, calon BN Tan Ah Eng mengekalkan kerusi Parlimen Gelang Patah dengan majoriti undi 8,851. Pada pilihan raya umum kali ini, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dinamakan sebagai calon bertanding merebut kerusi Parlimen itu dan akan ditentang oleh penasihat DAP Lim Kit Siang.

Mengenai pemilihan calon MCA di Pulau Pinang, Dr Ng yang juga Naib Presiden MCA berkata daripada 10 calon yang dipilih untuk PRU13, MCA Pulau Pinang menampilkan empat muka baharu untuk bertanding di kerusi Parlimen, manakala enam lagi kekal bertanding di kerusi DUN.

"Pemimpin kanan negeri akan membantu calon-calon baharu ini berkempen untuk menang, dan berilah kepercayaan semula kepada kami untuk memerintah," katanya.

Dr Ng yang juga Menteri Pelancongan menjelaskan pengundurannya daripada bertanding pada PRU kali ini adalah sebahagian daripada prinsip parti itu.

"Ini merupakan satu transformasi dalam MCA, senior tidak bertanding tetapi pada masa yang sama tetap memastikan calon MCA menang," katanya yang telah melibatkan diri dalam politik selama 40 tahun serta tiga penggal menjadi anggota Parlimen Raub, Pahang. — Bernama

Kejutan, kekecewaan dalam PRU13

Posted: 16 Apr 2013 02:04 AM PDT

April 16, 2013

KUALA LUMPUR, 16 April — Perlawanan sudah bermula. Rakyat Malaysia kini sudah mengetahui siapa yang sudah digugurkan dan siapa yang akan membawa harapan parti-parti politik yang mereka wakili dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

The Malaysian Insider mengenalpasti kejutan dan kekecewaan awal menerusi senarai calon-calon yang telah diumumkan.

KEJUTAN

● Datuk Seri Najib Razak - calon merajuk sudah mula nampak dan ancaman sabotaj adalah sesuatu yang nyata, oleh sebab itu presiden Umno ini mesti diberikan pujian kerana meletak kira-kira 50 peratus muka-muka baru di peringkat negeri dan 30 peratus calon baru di peringkat persekutuan.

● Datuk Seri Mohamed Hassan dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir - kedua-dua penyandang ini berhadapan cabaran daripada dalam parti dan bukan hanya daripada pembangkang, dengan pemimpin utama Negeri Sembilan dan Perak itu kemungkinan berhadapan disingkirkan sebagai menteri besar oleh pemimpin berpengaruh lain dalam parti. Namun, Najib jelas melihat ia suatu tindakan yang bodoh jika tiba-tiba membuat pertukaran di negeri yang mereka sandang, disamping tida k mengendahkan sebarang perselisihan dalaman yang berlaku.

● Pujian kepada PAS. Mereka telah menunaikan janji untuk membariskan calon bukan Islam. Adakah sesiapa akan boleh membayangkan pada suatu hari nanti parti Islam akan meletakkan seorang penganut Kristian atas tiket parti tersebut.

● Datuk Seri Ong Tee Keat. Malahan PKR sendiri merasakan Rafizi Ramli akan berhadapan halangan besar sekiranya Ong diletak sebagai calon, memandangkan status calon boleh menang pemimpin MCA tersebut.
Namun Najib menerima cadangan supaya meletak peguam Gary Lim untuk mempertahankan kerusi MCA tersebut. Tiada apa yang boleh diperkatakan selain hasrat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah dipenuhi kerana parti itu memberi kerusi mereka kepada Umno.
● Datuk Seri Ali Rustam. Ketua Menteri Melaka popular tersebut akan bertanding di kerusi Parlimen, sekaligus memberi isyarat beliau akan merebut jawatan tertinggi dalam pemilihan parti, kemungkinan timbalan presiden.

● Datuk Seri Rais Yatim. Beliau dijangka mempertahankan kerusi kerana mempunyai hubungan rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi faktor usia dan kritikan ketakupayaannya menangani kontroversi akhirnya berkesan ke atas menteri penerangan tersebut.

● Penduduk kelas pertengahan di Lucky Gardens mempertahankan hak mereka untuk menanam bendera kecil sebagai tanda sokongan calon kegemaran mereka dan menentang pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dimana ia berada dibawah penyeliaan calon BN.

● Walaupun mengambil cuti selaku presiden Perkasa untuk berkempen, Datuk Ibrahim Ali terpilih oleh BN untuk bertanding di Pasir Mas. Pujian kepada BN kerana tidak memilih seorang tokoh yang boleh memecah-belahkan. Tetapi kemungkinan beliau akan bertanding sebagai calon bebas.

KEKECEWAAN

● Datuk Zulkilfi Nordin. Betul kah? BN dan pentadbiran Najib yang melaungkan slogan 1 Malaysian telah membuat keputusan memilih seorang ahli politik dan juga naib presiden Perkasa yang baru-baru ini melabel masyarakat India adalah "Keling" sebagai calon mereka di Shah Alam. Jadi, sahlah Perkasa dan Umno mempunyai kaitan antara satu sama lain.

● Datuk Seri Abdul Rahman Maidin. PAS akhirnya berjaya mendapatkan tokoh korporat tetapi bekas pemimpin MRCB datang dengan beban tersendiri. Lebih baik menerimanya secara berhati-hati sebagai seorang ahli PAS dan meletak calon profesional muda di Tasik Gelugor.

● Tan Sri Khalid Ibrahim. MB Selangor itu berpindah daripada kerusi DUN Ijok, yang telah menjadi sebuah kerusi liabiliti ke sebuah kerusi selamat di Pelabuhan Klang. Kadang-kadang anda ingin melihat lebih banyak ahli-ahli politik seperti Nurul Izzah Anwar yang telah memutuskan untuk keluar mempertahankan Lembah Pantai dan bukannya bergerak ke kawasan yang selamat.

● Calon MB Selangor. BN mendakwa mereka memiliki empat calon yang telah disenarai pendek untuk mengisi jawatan tertinggi di Selangor dan tidak akan mendedahkan identiti mereka kerana takut ia akan memberi tekanan kepada calon yang bertanding. Notis kepada seseorang di BN: jika kamu tidak menangani tekanan dan teliti, jangan terlibat dalam politik. Pengundi Selangor layak untuk mengetahui tentang calon MB mereka.

● Hanya enam daripada 222 calon Parlimen BN di bawah umur 35 tahun. Apa mesej itu kepada pengundi muda, muka-muka baru, pembaharuan dan transformasi. Sebanyak 40 peratus calon berusia bawah 40 tahun yang cuba masuk dan mahukan suara yang lebih besar.

● Perang logo antara PR dan PSM. Bukankah ini suatu perkara kebudak-budakan dan ancaman pergaduhan tiga penjuru adalah suatu yang berbeza dengan imej satu padu yang digambarkan terhadap mereka.

●Kebergantungan ke atas calon-calon yang berpengalaman yang sudah tiga penggal atau lebih dan masih bertanding dalam Pilihan Raya 2013 sama ada daripada BN ataupun PR. Jika sesetengah daripadanya tidak dapat naik selepas tiga penggal, lebih baik memberi laluan kepada calon yang lebih muda dan mempunyai kemampuan.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved