Jumaat, 19 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Anak Patto dicalon bertanding di Batu Kawan

Posted: 19 Apr 2013 03:34 AM PDT

April 19, 2013

Kasthuri Patto diletak bertanding di kawasan Parlimen Batu Kawan. - Gambar failGEORGE TOWN, 19 April — Anak perempuan bekas Anggota Parlimen Ipoh dan timbalan setiausaha DAP mendiang P. Patto antara calon DAP yang akan bertanding di tujuh kawasan Parlimen dan 19 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

Kasthuri Patto, 33, diletak bertanding di kawasan Parlimen Batu Kawan.

Zairil Khir Johari, 30, Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula merupakan calon tunggal Melayu yang akan bertanding di kawasan Parlimen Bukit Bendera.

Guan Eng pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih manakala Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dan anaknya Jagdeep Singh Deo masing-masing akan mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor dan DUN Datok Keramat.

Dua lagi calon muka baharu wanita ialah Yap Soo Huey, 30, dan Lim Siew Khim, 42, yang masing-masing akan bertanding di Dun Pulau Tikus dan Dun Sungai Pinang. – Bernama 

Mahkamah tolak permohonan Azmin, Chegubard

Posted: 19 Apr 2013 03:26 AM PDT

April 19, 2013

Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim memutuskan bahawa permohonan Azmin tidak mempunyai merit. - Gambar fail

KUALA LUMPUR, 19 April — Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali dan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard' hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk mengetepikan dua daripada tiga pertuduhan yang dihadapi berhubung perhimpunan Bersih 3.0, pada 28 April tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim yang menolak permohonan itu memutuskan bahawa permohonan kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut tidak mempunyai merit.

Kamardin berkata perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April, tahun lepas telah dikeluarkan di bawah bidang kuasa sah yang diberikan kepadanya mengikut Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah.

Perintah itu ialah perintah Mahkamah Majistret yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April hingga 1 Mei 2012.

Kamardin berkata berdasarkan kepada semua afidavit, fakta dan keadaan yang berlaku dalam kes ini mewajarkan Majistret Zaki Asyraf mengeluarkan perintah itu mengikut Seksyen 98 pada 26 April 2012 kerana terdapat keadaan yang memerlukan perintah itu dikeluarkan segera dan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata walaupun Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) telah berkuatkuasa  yang memberikan hak kepada orang awam untuk menganjur dan menyertai perhimpunan aman tanpa senjata, namun peruntukan mengikut Seksyen 98 kanun itu masih kekal dan tidak dihapuskan oleh Parlimen.

Kamardin berkata larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk pihak penganjur perhimpunan menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat perhimpunan aman tanpa senjata yang dirancang adalah munasabah dan selaras dengan undang-undang kecil DBKL.

"Pihak polis tidak boleh dikatakan bertindak secara melulu untuk menghalang perhimpunan yang dirancangkan termasuk mendapatkan perintah itu daripada majistret.

"Larangan atau sekatan oleh pihak polis (adalah) ekoran daripada keputusan DBKL yang tidak membenarkan perhimpunan awam diadakan di Dataran Merdeka seperti dipohon pihak penganjur," katanya.

Pada tahun lepas, Badrul Hisham dan Mohamed Azmin memfailkan permohonan untuk mengetepikan dua daripada tiga pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April tahun lepas.

Dalam permohonan itu, mereka mendakwa perintah Zaki Asyraf tidak sah kerana  dikeluarkan di luar bidang kuasa dan/atau ultra vires dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang berkuat kuasa pada 30 Jan, yang membenarkan perhimpunan secara aman diadakan.

Mereka berkata pihak berkuasa yang sepatutnya melarang orang ramai mengadakan perhimpunan secara aman ialah polis, dan bukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, seperti yang disebut dalam perintah itu.

Pada 18 Jan lepas, mahkamah yang sama turut menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan dua daripada tiga pertuduhan yang dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara.

Semasa prosiding hari ini, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamad dan Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria manakala kedua-dua pemimpin pembangkang itu diwakili peguam S.N Nair dan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden. – Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved