Sabtu, 20 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Semua kerusi Parlimen, DUN ditandingi, kata SPR

Posted: 20 Apr 2013 03:00 AM PDT

April 20, 2013

KUALA LUMPUR, 20 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan ada pertandingan di semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari pengundian 5 Mei ini.

Selepas hari penamaan calon ditutup, seramai 579 calon disahkan layak bertanding bagi kerusi Parlimen lapor The Star Online.

Mereka terdiri daripada 221 calon daripada Barisan Nasional (BN), PKR (99), PAS (73), DAP (51), Bebas (79), STAR (28), Berjasa (9), SAPP (8), SWP (6), Kita (2), PCM (2) dan Bersama (1).

Bagi kerusi DUN, SPR mengesahkan 1,320 calon layak bertanding.

Dengan calon BN seramai 505, PAS (236), PKR (172), DAP (102), Bebas (190), STAR (49), SAPP (41), Berjasa (5), Kita (11), Bersama (4), PCM (3) dan PSM (2).

Kerjaya politik saya belum berakhir — Ong Tee Keat

Posted: 20 Apr 2013 02:43 AM PDT

April 20, 2013

KUALA LUMPUR, 20 April — Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar) menafikan dakwaan bahawa bekas setiausaha peribadinya Allan Tan Yew Leng, yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Pandan (Selangor), adalah 'proksi' beliau. Ong berkata Tan berbuat demikian atas pilihannya sendiri dan beliau tidak boleh menghalangnya.

"Proksi atau apa pun yang karut itu tetap karut...yang tidak benar itu tetap tidak benar sebab itu pilihan dia sendiri dan saya tidak akan menghalang dia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum ini, Tan akan menentang calon Barisan Nasional (BN) Lim Chin Yee dan Mohd Rafizi Ramli daripada Parti Keadilan rakyat (PKR) bagi kerusi itu yang mempunyai 83,857 pengundi.

Ong yang juga bekas Menteri Pengangkutan berkata beliau akur dengan keputusan kepimpinan BN yang melihatnya sebagai calon yang tidak mempunyai harapan untuk menang.

"Saya terpaksa akur walaupun ingin bertanding dan menawarkan diri saya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. Kerjaya politik saya tidak akan berakhir di sini tapi hanya dihenti buat sementara waktu," katanya.

Ong berkata sumber kewangannya kini cukup terhad untuk melibatkan diri dalam kempen pilihan raya.

"Saya perlu membuat pilihan berdasarkan sumber dana yang ada dan ia cukup terhad, kalau saya belanjakan untuk diri saya dalam PRU13 maka program-program yang saya usahakan akan tergendala.

"Kekangan dari segi kewangan menjadikan saya untuk memilih terus berkhidmat untuk rakyat dengan apa yang telah saya usahakan sebelum ini seperti Klinik Bergerak Tabib Amal dan program MyKasih bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan," katanya.

Ong pernah menjadi anggota Parlimen BN bagi kawasan Ampang sejak 1989 dan Pandan sejak 2004. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved