Ahad, 21 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Konsep lesemarataan DAP akan sebabkan yang tercicir makin ketinggalan

Posted: 21 Apr 2013 02:55 AM PDT

April 21, 2013

PASIR GUDANG, 21 April — Konsep kesamarataan yang diperjuangkan DAP hanya akan menyebabkan golongan yang masih tercicir akan terus ketinggalan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ini kerana katanya golongan terbabit terpaksa bersaing dengan mereka yang sudahpun mencapai kemajuan, dan kelompok itu pula akan terus mara ke tahap lebih tinggi.

"Kesamarataan ini hanya boleh dipakai sekiranya rakyat mempunyai tahap pencapaian, kemajuan, masalah, isu atau latar belakang yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi dan 'Women In Social Enterprise' (Wise) 2013, di sini hari ini.

Katanya dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini, kaum bumiputera yang masih ramai ketinggalan dalam pelbagai bidang, akan terus ketinggalan jika terpaksa bersaing secara terbuka berdasarkan konsep kesamarataan DAP itu.

Khaled yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri Permas pada pilihan raya umum ke-13 ini, berkata berbeza dengan pembangkang, BN mengamalkan konsep kemajuan berdasarkan kesaksamaan yang pada masa sama mengekalkan permuafakatan bagi mencapai taraf negara maju.

"Permuafakatan itu membolehkan kita berdepan dengan pelbagai cabaran atau masalah seperti yang berlaku di negara-negara lain," katanya.

Penghapusan perbezaan yang dinyatakan dalam manifesto pembangkang katanya bermakna tiada polisi atau perhatian dibuat bagi membantu memperkasakan kaum bumiputera yang masih ketinggalan dalam pelbagai bidang.

"Jika kita berdasarkan kepada kesamarataan, 'free for all market forces', jurang perbezaan antara kaum dan polarisasi akan berlaku," katanya. — Bernama

Polis siasat perbuatan merosak dan membakar bendera parti

Posted: 21 Apr 2013 02:52 AM PDT

April 21, 2013

BESUT, 21 April — Polis sedang menyiasat bagi mengesan dalang yang merosak dan membakar bendera kempen sebuah parti di kawasan Kampung Air Tawar dalam Dewan Undangan Negeri Kota Putera malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pihaknya menerima laporan daripada pemimpin sebuah parti yang mengadu sebanyak 200 bendera partinya yang dipacakkan di dua lokasi telah dirosak dan dipatah termasuk empat dibakar. 

Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini hari ini, beliau berkata kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Bahru Air Tawar dan di satu kawasan berhampiran Masjid Kampung Air Tawar kira-kira jam 10.30 malam. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved