Jumaat, 26 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Rowena Yam gabung pengalaman pikat pengundi di Pulau Tikus

Posted: 26 Apr 2013 02:07 AM PDT

April 26, 2013

GEORGE TOWN, 26 April — Rowena Yam, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tikus menggabungkan pengalamannya sebagai peguam dan penyelaras DUN bagi menghadapi saingan daripada pencabarnya Yap Soo Huey dari DAP.

Kedua-duanya adalah muka baharu dalam pilihan raya ini dan masing-masing mengakui bersaing hebat bagi memikat hati pengundi.

Rowena, 44, berkelulusan Ijazah Undang-undang dari Universiti Wolverhampton United Kingdom, yakin pengalamannya sebagai peguam selama 19 tahun memberi keyakinan kepada beliau untuk berucap dan berdialog dengan orang ramai.

"Ini adalah satu peluang yang akan digunakan sebaik mungkin untuk membuktikan bahawa wanita mampu membuat perubahan dalam landskap politik," katanya ketika ditemui di sini.

Rowena yang juga Ketua Wanita BN Pulau Pinang itu berkata, beliau belajar untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat apabila dilantik sebagai penyelaras DUN sejak tiga tahun lepas.

"Ia adalah sangat penting untuk mengenali penduduk dan berkhidmat terlebih dahulu sebab rekod anda akan menjadi penentu sama ada boleh membuat kerja atau tidak," kata ibu kepada dua orang anak itu.

Bagi Yap, 30, yang juga Naib Ketua Dapsy, walaupun masih bujang dan baru dalam politik, beliau yakin mampu melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat kerana minatnya dalam politik bermula sejak beliau masih remaja.

Katanya sebagai Pegawai Sains dan Teknologi yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri, beliau gemarkan sesuatu yang mencabar dan yakin ia memberi kelebihan untuk berhadapan dengan rakyat dan menyelesaikan masalah mereka.

DUN Pulau Tikus mempunyai 17,936 pengundi dan 54 peratus daripadanya adalah pengundi wanita.

Pada PRU 12, calon DAP Koay Teng Hai mengalahkan calon BN Datuk Dr Teng Hock Nan dengan majoriti 1,714 undi. – Bernama 

Idris Jusoh: Jangan ulangi kesilapan 1999

Posted: 26 Apr 2013 02:02 AM PDT

April 26, 2013

BESUT, 26 April — Calon Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh mengingatkan rakyat Terengganu agar tidak mengulangi kesilapan pada tahun 1999 yang menyaksikan negeri ini jatuh ke tangan PAS.

Beliau berkata ini kerana selepas memenangi pilihan raya umum ke-11 (PRU11)PAS telah melakukan pelbagai kemungkaran, penganiayaan dan bersikap tamak sehingga 2004.

"Tidakkah rakyat Terengganu ingat di mana pemimpin PAS berebut-rebut kawasan balak termasuk menerokai tanah kosong untuk ahli-ahlinya serta tidak mengotakan janji yang telah dibuat mereka," katanya semasa berucap pada lebih 150 penduduk Perumahan Taman Teratur di sini hari ini.

Idris yang juga bekas menteri besar berkata sejarah itu pasti akan berulang jika kuasa pemerintahan diberikan lagi kepada PAS kerana perjuangan mereka bukan untuk membangunkan Terengganu tetapi untuk membolot segala kemewahan yang ada di Terengganu.

"Sebab itulah ketika berceramah, calon-calon pembangkang tidak pernah memberitahu tentang rancangan masa depan mereka tetapi asyik menuduh calon-calon Barisan Nasional dengan tomahan dan fitnah yang tidak benar bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada pemerintah," katanya.

Idris yang juga Pengerusi Mara berkata kerajaan mempunyai banyak rancangan pembangunan untuk dilaksanakan sekiranya terus diberi mandat pada PRU13. – Bernama 

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved