Isnin, 29 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Musa Hassan sertai panel keselamatan Pakatan, bimbang dengan keganasan politik

Posted: 29 Apr 2013 12:58 AM PDT

Oleh Emily Ding

April 29, 2013

Musa bimbang dengan keganasan politik dalam Pilihan Raya 2013. - Gambar The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 29 April — Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan telah menyertai majlis penasihat keselamatan Pakatan Rakyat (PR), dan mengatakan hari ini beliau bimbang dengan keganasan politik dalam Pilihan Raya 2013.

Musa menegaskan dirinya tidak memihak kepada mana-mana parti politik, memberitahu pemberita beliau akan melakukan perkara sama jika pemerintah Barisan Nasional (BN) meminta nasihatnya mengenai urusan keselamatan.

"Saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik… Saya datang hari ini kerana saya mengambil urusan keselamatan rakyat dengan serius," kata Musa dalam sidang akhbar di sini.

MENYUSUL LAGI

Najib minta rakyat pastikan Johor kekal kubu BN

Posted: 29 Apr 2013 12:45 AM PDT

April 29, 2013

Najib berkata rakyat perlu memilih pemimpin yang mempunyai agenda masa depan dan bukan setakat pemimpin yang hanya tahu menabur janji-janji kosong seperti yang dilakukan pihak pembangkang di Selangor. - Gambar The Malaysian Insider PONTIAN, 29 April — Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Johor supaya tidak mengenepikan sejarah bahawa negeri ini merupakan tempat bermulanya sejarah Malaysia Moden.

Beliau berkata, rakyat di negeri ini wajib memastikan perjuangan Malaysia Moden dipertahankan daripada pihak yang hanya mahukan kuasa semata-mata tanpa mempunyai kelayakan untuk mentadbirnya.

"Jangan buta sejarah, kita wajib pastikan perjuangan Malaysia Moden dipertahankan.

"Kita kerajaan (Barisan Nasional) BN bukan semata-mata hendak kuasa tetapi

kita menuntut mandat daripada rakyat sebab kita lebih layak memimpin negeri ini dan bukannya kerana meminta sokongan secara membuta tuli," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap di  Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat di Dataran Pasar Lambak, Pekan Nenas di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Turut hadir calon BN bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai Datuk Wee Jack Seng, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup Suhaimi Salleh dan calon DUN Pekan Nenas Wong You Fong.

Najib berkata rakyat perlu memilih pemimpin yang mempunyai agenda masa depan dan bukan setakat pemimpin yang hanya tahu menabur janji-janji kosong seperti yang dilakukan pihak pembangkang di Selangor.

"Saya tahu sebab saya Pengerusi BN, rakyat Selangor telah kena tipu lima tahun, Menteri Besarnya angkat punggung lari tengah malam tanding di Pelabuhan Klang, kita tunggu dia di sana dan orang Ijok tahu dia hanya janji kosong di sana tanpa buat apa-apa.   

"Sedangkan kerajaan BN kita mempunyai agenda wawasan bukan hanya main janji kosong dan main tabur janji. Kita ada peta jalan dan perancangan serta kemampuan untuk laksanakan," katanya.

Menurutnya pilihan raya umum kali ini akan menentukan destinasi dan hala tuju negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Kita tengok muka anak-anak dan isteri di rumah dan tanya diri kita apakah bentuk Malaysia yang hendak kita warisi. Kita harus tanya diri kita, kalau kita diberi kuasa, pilihlah orang dan parti yang boleh beri masa depan yang lebih cerah.

"Jangan pilih masa depan yang sarat dengan masalah, sarat dengan masalah dan konflik serius dan jangan tolak keharmonian yang telah terbukti selama ini berlaku di Johor," katanya.

Sehubungan itu, katanya, semua rakyat termasuk rakyat Johor tidak mempunyai pilihan lain selain terus menyokong BN dan mereka perlu memberikan sokongan penuh kepada calon-calon BN supaya parti itu mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum nanti.

Katanya, kemenangan besar BN di Johor akan menjadi hadiah perpisahan terbaik kepada Abdul Ghani yang selama ini telah mencurahkan bakti sebagai Menteri Besar Johor selama 18 tahun.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan pembinaan 1,000 unit rumah rakyat dan mampu milik untuk penduduk di Parlimen Tanjung Piai. – Bernama 

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved