Selasa, 30 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib: Kita bina sekolah Cina di Pokok Sena jika BN menang

Posted: 30 Apr 2013 02:23 AM PDT

April 30, 2013

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua dari kanan) diiringi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (kiri) merasmikan Sekolah Kebangsaan Taman Awana, Alor Setar. — Gambar oleh Choo Choo MayALOR SETAR, 30 April — Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk membina Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa 3 di kawasan Parlimen Pokok Sena, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata projek itu akan dilaksanakan berikutan permintaan masyarakat Cina di kawasan berkenaan.

"Kerajaan setuju untuk bina sekolah itu kerana permohonan yang banyak daripada masyarakat setempat dan Barisan Nasional sokong dengan apa yang kita kira terbaik untuk masyarakat Cina," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Kebangsaan Taman Awana, Pokok Sena dekat sini, hari ini.

Tanpa menyebut kos dan bila pembinaan sekolah itu akan dimulakan, Najib berkata segala perancangan projek tersebut akan diteliti sepenuhnya calon BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga, Dr Cheah Soon Hai yang juga penyandang kerusi itu.

"Dr Cheah yang akan cari tanah untuk bina sekolah itu. Segala perancangan atas dia. Tetapi, apapun kita (rakyat) kena pastikan Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum ke-13 kali ini," kata Najib yang juga Pengerusi BN.

Sementara itu, Cheah berterima kasih kepada perdana menteri kerana keperluan bagi sekolah itu sudah lama dibangkitkan masyarakat Cina di kawasan Parlimen Pokok Sena.

"Saya akan memastikan segala perancangan akan dibuat seperti urusan mencari tanah dan sebagainya.

"Kita nak buat (bina) sekolah ini sebab SMJK Keat Hwa 1 dan 2 hanya terdapat di Kuala Kedah dan ini menyukarkan sebahagian keluarga Cina di sini menghantar anak mereka ke sana," jelasnya. — Bernama

PDRM: Jangan bimbang keluar mengundi, keselamatan terjamin

Posted: 30 Apr 2013 02:19 AM PDT

April 30, 2013

SEREMBAN, 30 April — Orang ramai di Negeri Sembilan tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi pada Ahad ini (5 Mei) kerana keselamatan mereka dan ketenteraman awam adalah terjamin.

Ketua Polis negeri Datuk Osman Salleh berkata anggota polis berada di semua tempat mengundi untuk mengawal, memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap kemungkinan ada pihak yang berniat jahat untuk cuba menggagalkan proses pilihan raya umum kali ini.  

"Kita bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku kerana kita mempunyai anggota yang mencukupi untuk menghadapi situasi berkenaan. Saya beri jaminan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjamin," katanya kepada pemberita selepas mengundi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan pengundi keluar awal, di sebelah pagi, bagi mengelak kemungkinan hujan pada sebelah petang.

Osman turut meminta mereka yang keluar mengundi agar berkongsi kenderaan bagi mengelak kesesakan di tempat mengundi.

"Saya juga nasihatkan pengundi yang balik mengundi ke negeri masing-masing (luar Negeri Sembilan) dan meninggalkan rumah, jika perlu, maklumkan kepada polis kerana anggota polis akan membuat rondaan dan pengawasan," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved