Khamis, 4 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib yakin BN menang besar, manifesto tumpu kepada ekonomi

Posted: 04 Apr 2013 01:27 AM PDT

Oleh Boo Su-Lyn
April 04, 2013

KUALA LUMPUR, 4 April — Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam Pilihan Raya 2013 dengan manifesto gabungan pemerintah itu akan memfokuskan untuk mengubah standard kehidupan rakyat Malaysia dan keadaan ekonomi.

Akan tetapi menurut Najib (gambar), gabungan pemerintah itu perlu bekerja keras dan mengurangkan pergaduhan dalaman.

"Kita komited kepada janji yang dibuat," kata Najib kepada pemberita selepas mesyuarat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini .

"Based on national transformation, the manifesto's emphasis will be on improving the living standards of people and improving the economy," said the BN chairman, adding that BN's manifesto would be unveiled this Saturday at Bukit Jalil here.

"Berdasarkan transformasi nasional, manifesto akan menekankan untuk mengubah standard kehidupan rakyat dan memperbaiki ekonomi, " kata pengerusi BN itu, sambil menambah manifesto BN akan dilancarkan Sabtu ini di Bukit Jalil.

Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan manifesto pilihan raya mereka Febuari lalu, menjanjikan penyusunan semula dasar-dasar ekonomi negara untuk memastikan setiap isi rumah Malaysia mendapat pendapatan bulanan minimum sebanyak RM4,000.

Najib mengatakan hari ini calon pilihan raya BN akan diumumkan lebih cepat dari selalu, akan tetapi tidak memberikan tarikh.

"Kami mahu umumkan lebih awal bagi membenarkan mereka berkempen di samping itu ada masa untuk BN perhatikan reaksi kepada calon-calon kita seperti apa perkara yang harus dilakukan sekiranya timbul sebarang masalah dan sebagainya," katanya.

Najib juga berkata beliau berharap keganasan tidak berlaku semasa hari mengundi.

"Demokrasi berparlimen mesti mengutamakan menghormati integriti dan membenarkan rakyat untuk membuat keputusan secara bebas, tidak menakutkan mereka atau menghalang mereka," katanya.

Pembangkang telah mengalami beberapa serangan ganas yang didakwa dilakukan oleh penyokong BN atau kumpulan yang dikaitkan dengan Umno, menjelang Pilihan Raya 2013 yang dijangka akan diadakan menjelang akhir bulan.

Pilihan Raya 2013 dijangka menjadi yang paling sengit dipertandingkan dalam sejarah selepas BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya umum 2008, yang digelar sebagai "tsunami politik" Malaysia.

Tok Mon berhasrat bertanding lagi di Kuala Terengganu

Posted: 04 Apr 2013 12:40 AM PDT

April 04, 2013

KUALA TERENGGANU, 4 April — Warga emas Maimun Jusuh, 94, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2008, kali ini menawarkan diri sebagai calon di kawasan pilihan raya parlimen yang sama — Kuala Terengganu.

Lebih mesra dengan panggilan Tok Mon, beliau berkata hasratnya untuk bertanding lagi ialah "atas amanah orang lama".

"Menang (atau) kalah, tok bertanding sahaja sebab mengingatkan amanah orang," katanya kepada pemberita ketika datang seorang diri dengan "teksi sapu" untuk mengambil borang penamaan calon di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri di sini.

Kedatangan beliau menarik perhatian wakil media yang berada di situ.

"Tok nak bertanding banyak kali dah, tapi dacing (Barisan Nasional) kuat belaka ... nak cari pencadang dan penyokong, dua orang pun payah (sekarang)," katanya.

Tok Mon berkata beliau bertanding kerana berasa bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat seperti golongan miskin dan warga tua.

Tok Mon tidak berhasrat menyertai mana-mana parti sekiranya ditakdir memenangi pilihan raya itu nanti.

Ditanya mengenai modal untuk bertanding, Tok Mon berkata beliau tidak risau kerana anak-anak buahnya akan membantu.

"Tok ini minta dengan orang. Untuk kempen nanti pandailah Tok buat. Anak tahu Tok bertanding tapi mereka tidak suka Tok abiskan pitih (wang)," katanya.

Mengenai lambang Bebas yang akan digunakan, katanya, SPR tidak membenarkan beliau menggunakan simbol Istana cadangannya.

"Kita tunggulah keputusan daripada SPR. Tok ada sijil dah diamanahkan pakai logo itu," katanya sambil mengeluarkan sijil perakuan "Civics Course" bertarikh tahun 1954 daripada beg kanvas berwarna biru.

Pada PRU12 beliau menggunakan lambang kunci dan bertanding menentang Timbalan Menteri Pelajaran (Allahyarham) Datuk Razali Ismail (BN) serta Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu.

Tok Mon hanya mendapat 685 undi dan hilang wang pertaruhan. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved