Jumaat, 5 April 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Dr M berperanan penting sebagai ketua kempen de facto BN

Posted: 05 Apr 2013 02:54 AM PDT

TERKINI @ 06:25:54 PM 05-04-2013

Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita

April 05, 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai ketua kempen de facto BN menjelang PRU ke 13 ini. - Gambar fail.KUALA LUMPUR, 5 April — 10 tahun selepas bersara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa teman Kabinet lamanya muncul semula kebelakangan ini sebagai wajah dalam kempen Barisan Nasional (BN) bertujuan untuk kekal berkuasa pada Pilihan Raya 2013.

Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam BN sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit.

Menjelang pilihan raya yang semakin dekat, wajah Dr Mahathir dilihat lebih ketara daripada pemimpin lain dalam parti kerajaan - selain Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang merentasi seluruh negara memberikan penerangan tentang formula perkongsian kuasa bertujuan menghidupkan sokongan kepada Najib khususnya.

Bekas perdana menteri tersebut telah bekerja keras sejak beberapa minggu ini terutamanya dalam memberikan sokongan kepada Najib, anak kepada bekas mentornya Tun Razak Hussein, kaedah yang berbeza sama sekali semasa yang tidak pernah dilakukannya semasa dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikannya pada Oktober 2003.

Beliau juga menggesa orang ramai untuk mengundi BN jika mahukan kestabilan dan kemakmuran yang berterusan.

"Rakyat Malaysia yang cintakan negara ini harus memegang konsep mereka boleh bekerja dalam negara yang berbilang kaum ini - konsep kongsi," kata Dr Mahathir dalam ruangan kolumnya di akhbar New Straits Times hari ini.

"Hanya BN boleh memberikan kongsi ini. 

Pembangkang semata-mata tidak boleh kongsi. Memberi mandat untuk pembangkang adalah bencana kepada Malaysia," katanya, dengan menggunakan kata Melayu "perkongsian" dalam akhbar bahasa Inggeris tersebut untuk merujuk kepada fomula 13 gabungan yang memegang tampuk kuasa diperingkat persekutuan sejak negara merdeka pada tahun 1957.

Menurut Dr Mahathir, ketiga-tiga parti pembangkang yang membentuk PR cuba untuk meniru konsep perkongsian kuasa BN yang berjaya mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi Malaysia serta memastikan masyarakat yang pelbagai kaum dan agama di negara ini dapat merasai sama rata.

"Tetapi mereka bukan berkongsi. Mereka adalah 'pakatan'," kata beliau dengan menggunakan perkataan Melayu "pakatan" untuk merujuk kepada perkongsian antara PKR-DAP-PAS, serta menunjukkan perbezaan antara kedua-dua blok parti politik tersebut.

Ketiga-tiga parti pembangkang tidak mendaftarkan diri untuk bertanding sebagai satu gabungan, oleh sebab itu calon-calon daripada PR yang akan bertanding dalam pilihan raya menggunakan bendera parti berbeza dalam pilihan raya kali ini. 

Ia berbeza sama sekali dengan BN yang akan menggunakan satu bendera sama, warna biru dan dacing putih, logo yang digunakan mereka sejak tahun 1973 bagi menggantikan Perikatan yang menjadi orang tengah dalam kemerdekaan negara daripada penjajah British.

"Kongsi adalah tentang perkongsian. 

"Pakat adalah kerjasama sementara untuk tujuan tertentu. Tidak memberi dan menerima. Tiada perkongsian," kata pemimpin veteran Umno itu. 

Beliau berkata perjanjian itu adalah sama dengan "konspirasi" dan mencadangkan jika PR memenangi Pilihan Raya 2013, ketiga-tiga parti tidak akan dapat mengekalkan kerjasama dan bekerja sebagai sebuah kerajaan campuran yang mampu membawa negara ke hadapan. 

"Setiap mereka akan membawa haluan masing-masing," katanya.

Walaupun sudah berusia, jadual Dr Mahathir amat ketat dan menjelajah setiap sudut negara, termasuk di Laut China Selatan di kampung-kampung terpencil kedua-dua negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak - dimana baru-baru ini digemparkan dengan pencerobohan bersenjata yang mengakui daripada Sulu telah mendarat di Lahad Datu, Sabah.

Perdana menteri keempat negara dilihat seolah-olah ketua kepada kempen pilihan raya Najib yang keluar memberi ceramah hampir setiap hari menerangkan tentang perkongsian kuasa untuk kestabilan memandangkan dunia terus dibuai oleh krisis politik dan ekonomi yang telah meningkat akibat penggangguran yang tinggi dan pergolakkan sosial di Eropah, Afrika dan Timur Tengah.

Beberapa ahli Kabinet senior Mahathir juga dilihat mula keluar daripada bersikap berada dibelakang tabir selepas bersara daripada kerajaan mula keluar secara umum untuk menyampaikan pesanan sama dan menyokong Najib.

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin keluar daripada gua politiknya baru-baru ini dan menasihati Najib untuk membuang pemimpin yang sudah luput daripada kabinet sedia adanya.

Teugran pesaran kerajaan berusia 74 tahun itu dilihat sebagai kritikan tajam terhadap pentadbiran sekarang, namun Daim masih mempertahankan Najib telah menjalankan "tugasnya dengan agak baik" sebagai perdana menteri keenam dan yakin BN akan menang pada pilihan raya nanti.

Baru-baru ini juga, bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Samy Vellu dilaporkan mengumumkan dirinya sebagai "calon boleh menang" jika bertanding dalam pilihan raya walaupun tewas kerusi Parlimen Sungai Siput dengan majoriti agak besar 1,821 kepada pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj pada Pilihan Raya 2008.

DUN Pulau Pinang bubar hari ini

Posted: 05 Apr 2013 02:45 AM PDT

April 05, 2013

GEORGE TOWN, 5 April — Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubar secara rasmi hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 berlangsung serentak dengan pilihan raya peringkat Parlimen.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau berjumpa dengan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pagi ini bagi mendapat perkenan pembubaran DUN negeri itu.

Berucap pada majlis perjumpaan dengan Anggota Exco dan pegawai-pwgawai kanan kerajaan negeri di sini, Lim berkata Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussin telah menyerahkan notis pengisytiharan pembubaran berkenaan kepada SPR negeri pada pukul 11 pagi.

Pulau Pinang mempunyai 40 kawasan DUN dengan 19 kerusi terletak di pulau, dan selebihnya di tanah besar.

Pada pilihan raya umum lepas, pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri apabila DAP memenangi 19 kerusi DUN, PKR memenangi sembilan kerusi dan PAS memenangi satu kerusi DUN iaitu di Permatang Pasir.

BN pula hanya memenangi 11 kerusi DUN dan kesemuanya diwakili Umno.

Bagi 13 kerusi Parlimen, pada pilihan raya umum 2008 DAP miliki tujuh, PKR empat dan Umno dua.

Bagaimanapun, dua daripada anggota parlimen PKR iaitu Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) kemudiannya meninggalkan parti berkenaan dan mengisytiharkan sebagai wakil rakyat bebas. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved